Apr 7, 2012

Jual buah pinggang kerana nak beli Iphone dan Ipad



Salam hari sabtu uolllsss...

Tengahari nie dah makan ke?? Uollsss masak apa hari nie.. Aku just makan kari sardin saja sama dengan ikan rebus goreng.. Sesekali makan menu macam nie best jugak kan hehe... Lepas makan terus masuk bilik komputer sebab nak siapkan belog lagi satu sambil dengar THR Gegar Pantai Timur..

Ehem².. dalam kata x de mood nak berbelog , tapi boleh pulak nak menambah lagi belog kan hehe...Nak tahu belog apa , uolllsss kena tunggu la sampai semuanya siap...Mane yang rajin skodeng facebook aku tue sure dah tahu kan...

Actually hari nie aku x de niat pun nak update sinar raudah tapi di sebabkan tadi aku terdengar berita di radio berkenaan dengan seorang hamba Allah nie sanggup menjual buah pinggangnya hanya kerana nak beli Iphone dan Ipad..Tergamam kejap! Gila la sanggup jual organ badan hanya kerana nak beli gadget terkini.. Kalau jual organ kerana niat nak membantu orang yang memerlukan , x pe la jugak kan..macam x masuk akal je...Mujurlah bukan dari negara kita..Kalau tidak, tak tahu la nak cakap apa???

Itulah kata orang jangan terlalu ikutkan nafsu..kalau tidak beginilah jadinya. Nafsu kan selalu mempengaruhi akal fikiran untuk melakukan kejahatan.Maka ingatlah walaupun akal sentiasa berkuasa mengawal diri, kadangkala nafsu tetap akan cuba mempengaruhi akal dan akal akan tetap di pergunakan untuk sesuatu tujuan..Jadi peliharalah diri dari godaan dunia, nafsu dan syaitan...Syaitan dan nafsu sentiasa menyuruh dan mempengaruhi akal untuk meragu²kan dan mewas²kan kita. Tanpa ilmu yang benar dan menyeluruh, kita akan terperangkap di dalam perangkap syaitan. Nauzubillah min zalik!



7 comments:

Liza Abu Bakar said...

pendek akal

kurus said...

aduhh biar benar nie
ade2 aje orang2 skrg nie huhuhu

Mizz Atie Zieya Shukri said...

snggup nuh dia buat mcm tuh....mnusia zaman skunk ni mcm2 ragam

Cikrosecute said...

semata-mata nak pakai I-pad sanggupnya dia...

mummyrinazone beauty said...

memang betul2 tak patutlah..mcm terdesak sgt tapi mcm lebih pd nafsu.gilos

eima said...

gilo.....

Sheherazade said...

buah pinggang anugerah dr Ilahi yg tak ternilai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign