Salam pagi Jumaat semua..
Baru² nie aku ada tertonton satu siaran television berbaur politik.. Rasanya x perlu la aku mention stesyen television mane, nanti x pasal² kena saman pulak huhu..
Actually sebelum nie, aku rajin juga mengikuti perkembangan politik di negara kita. Itu pun gara² terikut² dengan rakan² business. Dorang semua orang kuat politik. Aku join je tapi atas dasar perniagaan tak lebih dari itu. Mane yang betul aku ikut tapi mane yang salah tetap salah..Tak guna pun mengiakan perkara yang x betul!..Oklah berbalik pada topik asal..
Kelihatan yang menyampaikan tue baru berusia 40-an. Tapi cara beliau bercakap dan menyampaikan seolah² seperti membuat statement yang terlalu 'masuk bakul angkat sendiri' apabila bercerita sebelah pihak.. Aku yang menontonnya pun terasa seolah² slot begitu seperti berat sebelah. Cara penyampaian dah la kolot! Pemikiran yang terlalu terhad dan matlamat yang terlalu rapuh..Macam tue ke cara nak memperjuangkan bangsa , agama dan negara.. Adoi sakit hati betul la! tak pasal² emosi pulak aku tulis post nie Grrrr..
Harapan aku semoga generasi akan datang akan lebih peka terhadap dunia politik dan ekonomi akan datang.. Ingat anda adalah warisan kami.. Hari ini, biarpun 'kita' kelihatan 'kosong' namun, penuhilah dada dengan ilmu dan persediaan.. Semoga hari esok, bila satu arahan jatuh ke bahu, kita sentiasa bersedia atas apa jua yang bakal di lalui..
Note : Sebagai rakyat berbangsa Melayu, aku bangga dengan bangsa aku dan aku bangga menjadi Melayu. Aku juga mahukan bangsa aku hebat di mata dunia dengan memiliki maruah dan harga diri yang tinggi .
6 comments:
setuju dgn "note" tu dear
ya saya bangga dengan bangsa saya
betul tue cik rose sokong...
setuju amy ..
lain org lain pandangananya
mana yg baik kita ambil
mana yg buruk tuu kita anggap sahaja itu pandangan dia dan jadikan sempadan bagi kita .. ;)
hakikat: politik x kotot tp bla xde ilmu n lbh kn diri sendiri, tu yg menyebabkan politik tercemar...
Whatever political view ...Islam is the Best.
Post a Comment