Selamat tengahari...
Baru balik dari hospital.. Malangnya la hari nie , parking kereta x de.. dekat setengah jam mencari parking akhirnya park dekat pasaraya mydin kubang kerian je.. Pastu menapak ke HUSM. Menapak tue x de hal la tapi yang x bestnya bila menapak ada pulak yang mengacau.. Tak suka betul la!
Bila masuk jalan utama HUSM , orang x de sangat malainkan kereta yang keluar masuk je..Aku nie kalau berjalan memang x pandang kiri kanan.. Sekali berhenti sebuah kereta myvi berwarna putih memberi salam..Orang bagi salam, aku pun jawab la wa'alaikumsalam. Tengok dalam kereta ada 2 orang lelaki sambil bertanya sore ja??.. alahai dah terang² aku sorang lagi mau tanya ke.. malas nak layan aku diam je tanpa membalas sepatah pun. Tiba² hp berbunyi.. Alamak m.call la pulak!tertera nama bapak saudara aku. Aku pun mendail semula no tersebut dengan harapan mamat dua orang nie cepat beredar dari bilik doktor...
Berborak gan bapak saudara sambil meluahkan rasa x puas hati...Borak punya borak x sedar aku dah pun berada di depan pintu klinik. Fon di letakkan dan aku terus berjumpa dengan misi. Daftar nama dan tunggu giliran number di panggil..Lewat setengah jam jugak tadi , appoitment pukul 10am aku sampai 10.35..Settle semua aku pun beredar la dari hospital.
Keluar pintu klinik tengok ramai orang menjual.. Sempat la kejap aku cuci mata hehe.... sekali ada seorang lelaki panggil aku. Orangnya berkaca mata , nampak skema je , berpakaian kemas office.. Masa dia panggil aku just menunjukkan isyarat tangan , menandakan tidak mahu! Aku sangkakan mamat tue salesman tapi rupanya tidak..
Otw jalan kaki dia follow aku dengan kereta..3 kali la dia dok pusing depan aku. dalam hati aku berkata , apahal pulak la si mamat nie.kebetulan time tue adik perempuan aku call sebab nak confirmkan order.. So berborak la aku sambil berjalan. Sekali mamat tadi berhenti kereta sambil berkata , nak tumpang?? Aku jawab dengan baik , x pe.. x pe.. Adik aku yang sedang dalam talian bertanya ' sapa tue lang" aku pun membebel la kat adik aku berikutan mamat nie dok follow dari dalam hospital lagi.
Sampai di jalan besar , lampu traffic light merah?? So kete mamat tadi berhenti sambil membuka tingkap dia meminta no fon.. perghh!! x sukanya dengan situasi macam tue.. Orang tengok je , apa orang akan fikir nanti. Aku x hiraukan just sembang gan adik sampai aku berada dalam kereta. Bila hidupkan enjin kereta sekali mamat tue ada depan kete aku. Sial betul la!
Aku buat bodoh je..Dia follow aku sampai simpang rumah , last baru dia pergi..Perghhh!!! takut pun ada.. pelik² la orang sekarang...Aku call en.hubby bagitahu tapi en.hubby x cakap apa sebab dia tengah makan. Mesti petang nanti en.hubby akan cakap macam nie " Sebab tu papa suruh mama pakai niqab , kalau pakai niqab x de sapa nak kacau' huhuhu....betul kan , tue la salah satu sebab kenapa en.hubby menyuruh aku memakai niqab!Moga terbuka pintu hati aku untuk memakai niqab sepenuhnya..~amin
Apasal entri aku nie macam karangan sekolah erk!
23 comments:
alhamdulillah...
begitulah lah caranya untuk menghindar diri dari gangguan
takut juge,t.care dear
sb tu la sekarang hubby pia xbg jln sorang2,bkn jeles.risau
insyAllah pia doakan ye
apa rasa sis pakai niqab eh..
ish seramnyer baca cite akak nih... sampai camtu sekali yek diaorang mengaco... yg mamat tu siap folow lg... mmg nmpak sgt nk cari mangsa kan... ish2
mungkin betul kata suami akak tu... utk keselamatan jugak... lainla kalu akak kemana2 berteman... kalu tak bahaya gk sorang2 ni kan kak
Kakak belum terbuka lagi tapi sungguh kalau itu terbaik kenapa tidak...
org skrg ni ramai je yg macam tu kan amy... izan yg baca ni pun seram je. yelah... kita tak tahu kan apa niat dorg ni semua...
*kalau dah terbuka hati nak berniqab apa salahnya... izan doakan yg terbaik buat amy ye...
jauh bezanya terasa bila tertutup dan terbuka :)
Alololololo.. Kak amy kena kacau r.. Hehehe.. Lain kali p hospital dgn hubby ye..
takutnye..
alhamdullilah
Amy,
kalau nak pakai niqab tu kena betul betul ikut garisan yang Islam unjurkan..
sebab ada yang pakai purdah tapi junjung tinggi tumggul kat kepala..yang org kata macam tunggul unta tu
sungguh tak cantik....
semuga Amy sentiasa selamat..ngeri lak baca kisah amy nih
salam..
orang sekarang ni memang giler...main hentam je nak kacau org..ade die pikir org tu dah kawen ke..ntah2 tunang orang ke...hehehe
ambik yg baik, buang yg tak baik.. hehe
* pnh kne ikut jugk dgn org yg x dikenli, mmg takott
AdOI..sERAMNYA..
Kalau dah ikut sampai ke rumah tu, bahaya juga sebab dia tahu di mana Amy tinggal. Waspada selalu ya.
Assalamualaikum Amy
Alhamdulillah
tak jadi apa2
salam
mmg berani giler jantan2 tu kan...hidung belang betul...
jantan x de keje lain la tu
Assalamualaikum Amy.
Lucu juga baca entry kali ni, tp macam serius pun ada. Klu cite pasal lelaki ni, memang begitulah sifat lelaki. Pantang betul nampak wanita.
Apa2 pun, sejuk mata bila tgok Amy ber'purdah. Ini baru kita panggil menutup aurat. bukannya mem"balut" tubuh mcm fesyen budak zaman sekarang.
Tapi sy paling suka jawapan Encik Hubby tuh. Hahaha.. Terbaik! Tahniah Encik Hubby.
p/s: Alangkah manis bila 'sayang' sy juga berpurdah seperti Amy. Ehehehe
takutnya sis,sampai mcm tu sekali dia kacau,huhu...kalau nana mmg xberani jalan sorang2..
lain kali kalau ada org follow, bawa ke balai polis... jangan balik rumah dulu... tunggu sampai 1/2 jam atau minta suami/saudara ambil datang teman...
salam..
alhamdulillah..
moga di berkati Allah
dengan amalan yang baik
comel sangat tu... kalau kak liza pun nak ngorat jugak. risau pulak. hati2 tau amy. serius kak liza memang suka tengok org yg berniqab ni. kadang 2 kali berpaling nak tengok.. dok pikir2 juga.
Post a Comment