Oct 31, 2011

Doa menolak atau menghentikan hujan


Selamat petang..

U all pernah dengar tak petua yang kononya kalau kita hendak hentikan hujan, terutama bagi majlis kenduri kahwin. Kita hendaklah mengambil pakaian si pengantin yang sudah di pakai sebelumnya tanpa pengetahuan si pengantin untuk di jadikan bahan menghentikan hujan. Pakaian itu akan di lambung ke atas bumbung rumah dan di biarkan pakaian itu berada di atas sana untuk semalaman. Petua ini di katakan dapat menghentikan hujan yang mungkin akan menggangu majlis.Betul meh!boleh pakai ke petua mengarut nie..

Kalau ada pun perkara nie benar² terjadi , itu hanya sekadar kebetulan saja. Apa kena mengena baju orang dengan hujan pulak kan. Kalau Allah dah putuskan untuk menurunkan hujan , akan turun juga walau seisi alam ini cuba untuk menghalangnya. Ia pasti akan terjadi. Siapa kita untuk menghalangNya. Allah tidak perlukan keizinan sesiapa untuk melakukan sesuatu perkara tetapi seluruh isi alam ini perlu mendapat ke izinannya untuk melakukan sesuatu perkara. tanpa izin Allah ianya tidak akan terjadi.

Jadi untuk mendapat keizinan Allah , kita perlu banyakkan berdoa , berzikir dan sentiasa menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambanya. Insyaallah setiap doa yang kita pinta pasti akan di makburkannya tapi bukan dengan melakukan perkara yang syirik ini.Di sini aku ada sertakan doa bagi mereka yang ingin menghentikan hujan. Ini baru cara yang betul..


اَللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا. اَللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ، وَالظِّرَابِ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Bermaksud: “Ya Allah! Lindungilah kami dan janganlah (Engkau) binasakan Kami. Ya Allah! (Engkau gerakkanlah hujan ini menghala) ke arah bukit-bukau, gunung-ganang yang kecil, kawasan-kawasan lembah dan tempat tumbuhnya pohonan (yang lebih memerlukan air).

Doa di atas berdasarkan sebuah hadith SOHIH daripada Anas bin Maalik; riwayat al-Bukhariy (no. 1013) dan Muslim (no. 897).

Berkata as-Syaikh 'Abdur-Razzaaq bin 'Abdul Muhsin Al-Badr di dalam kitabnya yang berjudul "FIQHUL-AD'IYAH WAL-AZKAAR; 'AMALUL-YAUMI WAL-LAILAH" (m/s 241; cetakan Daar Ibnil-Qayyim dan Daar Ibni 'Affaan):

"... dalam hadith / doa ini, menunjukkan di bolehkan oleh syara' untuk bermohon dihentikan hujan; tatkala berpanjangan hujan tersebut serta semakin banyak dan (sampai) mencetuskan bahaya pula."





Muhasabah : Kahwin muda sebab dah gatal dan tak sabar nak berlaki

Benarkah berkahwin awal / muda itu di katakan sudah gatal dan sudah tidak sabar sangat hendak berlaki.. kalau ada yang berkata begitu mungkin sangkaan anda salah..jom ikuti perbualan si gadis dengan si polan ini..


****

Si gadis 
Rase macam dah WAJIB kahwin .

Si Polan 
- Kahwin awal buat ape ? dah cukup sedia sangat ke nak pikul tanggungjawab ?
- Dah gatal sangat lah tu ? Dah cukup terbalas dah jase parents kat awk ?
- Muda sangat lagi lah . haih . apelah . Ikut nak seronok lah tu ....

Si gadis 
Sebab nye saya dah cukup SYARAT-SYARAT WAJIB untuk berkahwin .
Bukan masalah gatal atau tidak. Sebab saya nak balas jasa PARENTS saya lah saya nak kahwin awal . Saya tak nak tambah dosa-dosa saya yang mereka terpaksa tanggung selama saya berkawan dengan seseorang yang bukan mahram saya . Saya juga tahu dunia semakin kejam .Saya hendak keluar ke mana-mana / bekerja ? Boleh ke parents saya awasi dan ikut saya kemana sahaja yang saya pergi ? Ditemani sahabat² perempuan juga tidak selamat . Halal bukan jika saya bersama SUAMI dan bukan ke hulur hilir dengan "TEMAN LELAKI" ?

Si Polan 
Bersedia ke ? Bukan mudah seperti yang disangka. Semuanya tak kekal lama bila sama² berdarah muda .

Si Gadis  
Pucuk pangkalnya niat dan sama² berjanji untuk cuba pelajari dan laksanakan tanggungjawab sehabis baik . Selagi hubungan yang dibina diredhai Allah dan IBUBAPA . Percayalah . Allah akan permudahkan jalan menuju RAHMATNYA . "

Note : Satu pasangan muda ke pejabat KADI utk berkahwin , apabila diberitahu usia mereka .IMAM dan seisi USTAZ memeluk pemuda tersebut dan mengucapkan TAHNIAH ! kerana ? Pasangan itu bakal mengurangkan catatan 4000 KES MAKSIAT REMAJA MUDA SEHARI di MALAYSIA .

perghhh!!! satu angka yang cukup besar. So lepas nie kalau ada yang kahwin awal tue jangan la pulak mengata , mungkin niat mereka tue betul nak kahwin kerana tak nak terus melakukan dosa. Nanti perkara yang haram di halalkan dah susah pulak kan jadi lepaskan je la.ke macam mane??? apa pendapat u all pula..




Broken angle ( Arash & Helena ) lirik

Selamat tengahari...

Jom layan lagu nie , serius aku dah jatuh hati dengan lagu nie. Kalau tension² tue boleh la luangkan masa beberapa minit dengan mendengar lagu yang di nyanyikan oleh ARASH dan HELENA nie. Best wei..Layannnn!!!!


I'm so lonely broken angel
I'm so lonely, listen to my heart

Man dooset daram
Be cheshme man gerye nade
Na nemitoonam
Bedoone to halam bade

I'm so lonely broken angel
I'm so lonely, listen to my heart

One and only broken angel
Come and save me, before I fall apart

To har jaa ke bashi kenaretam
Taa aakharesh divoonatam
To to nemidooni ke joonami
Bargard pisham

I'm so lonely broken angel
I'm so lonely, listen to my heart

One and only broken angel
Come and save me, before I fall apart

Lala lejli Lala lejli lalala lala
Lala lejli Lala lejli lalala lala

I'm so lonely broken angel
I'm so lonely, lïsten to my heart

One and only broken angel
Come and save me, before I fall apart

I'm so lonely broken angel
I'm so lonely, lïsten to my heart

One and only broken angel
Come and save me, before I fall apart

Lala lejli Lala lejli lalala lala
Lala lejli Lala lejli lalala lala



Persatuan Mak Anon teraniaya dah mula meroyan di belog aku



Entri ini sambungan bagi entri tadi..

Sejak bila pulak mak anon ada persatuan nie ye. Kalau tak salah kenapa nak melatah pulak. X kisah la kau nak cakap apa tapi aku nak bagitahu satu perkara je , aku tidak bodoh macam kau. Di sebabkan nak traffic kau sanggup memperbodohkan diri sendiri. Bukan aku je tapi ramai lagi orang yang setuju dengan aku. Tak ada seorang pun yang akan buat keje bodoh nie , tulis di komen sendiri kemudian tujukan pada orang lain. Kalau macam tu orang yang kena serangan Mak Anon nie kira macam aku juga la.

Cuba kau tanya Ben Ashaari , mak anon yang serang dia dulu cakap dia macam² tue , mak anon ke atau Ben sendiri yang reka cerita. Atau pun kau tanya blogger MTT masa mak anon serang beliau berkenaan dengan cara penulisan beliau dengan Yuyu Zulaikha hampir ada persamaan tue , adakah MTT yang reka cerita untuk mendapat traffic.Cuba fikir secara logik la , tak ada sapa nak membodohkan diri untuk mendapatkan perhatian macam tue.

Kalau aku buat macam tu dapat duit berjuta x pe la jugak , ni setakat nak menagih duit nuffnang yang tak seberapa tue yang kau nak hebohkan..Blogger Diana pun pernah kena serangan mak anon dan beberapa blogger lain macam panglima 7 , adakah mereka juga seperti aku. Tulis komen dan kemudian tujukan pada orang lain. Jangan sebab kau buat macam tue kau nak samakan orang lain macam kau.

Apa ke bangangnya , aku yang terlantar sakit hari tu nak tulis semua tue. Sedangkan nak online pun aku tak larat inikan pula nak menulis.Kalau ada yang tak suka macam² la orang akan cakap tapi cuba kalau dah suka kentut busuk pun jadi wangi.. Sorry la mak anon ko nak komen bape banyak pun aku x de hal.. Kalau setakat nak cari publisiti murahan baik kau pergi tepi² lorong tue , selak sikit nampak betih confirm dapat la perhatian. kalau itu yang kau kejar²kan selama nie dengan mencari perhatian ramai.


Note: Aku print screen itu je , kang kalau aku letak lagi komen yang kuar nie mahu macam² lagi mak anon ni cakap. Habis seluruh persatuan mak anon PHD datang serang pulak...




Anon yang sebarkan berita palsu tue kini memberi amaran pula




As'salammualaikum...

Tak tahu bagaimana nak mulakan bicara pagi nie. Terasa sedih pun ada bila buka belog, sekali lihat ada komen macam nie. Rasa geram pun ada sebab tak tahu hujung pangkal tiba² kena sound pulak! Rasa bersalah pun ada sebab aku dah buat orang sakit hati. Rasa tertanya² pun ada sebab bunyi komen ini seolah² hamba Allah yang bergelar Anon nie seperti mengenali diri aku.Rasa nak suka pun ada sebab tak sangka dalam dunia macam nie masih ada lagi manusia yang bersikap begini. Rasa kagum pun ada sebab hamba Allah nie sanggup meluahkan rasa hatinya di sini , walaupun caranya agak tidak sesuai.

Kalau ia pun ada yang tidak puas hati dengan aku , berdepan la kenapa perlu main sembunyi². Selagi kau menyembunyikan diri selagi itu masalah kau dan aku tidak akan selesai. Serius kalau aku baca dua tiga kali pun komen kau nie, aku tetap rasakan yang kau adalah teman yang mengenali diri aku. Kalau tidak manekan kau tahu perkembangan diri aku dari dulu sehingga kini. Sudah pasti kau adalah teman aku yang sentiasa mengikuti perkembangan aku. Tapi yang buat aku pelik, cara kau membenci aku!

Benci kerana aku sentiasa lebih dari kau.Apa kelebihan yang aku ada??! Rasanya tidak ada apa yang lebihnya, semua sama je. Kalau ada pun rezeki yang lebih itu semua atas usaha aku , kenapa perlu nak cemburu.Sepatutnya kita berbangga melihat kejayaan teman kita tapi bukan dengan cara iri hati macam nie.Kehidupan aku pun seperti orang lain , adakalanya berada di atas dan adakalanya di bawah.Tang mane lebihnya dan tang mane dapat perhatiannya. Kalau ada perhatian sekali pun semua cerita mengenai kelemahan dan kekurangan aku.Rasanya sikit pun x ada mengenai kelebihan aku. So apa yang kau marah sangat.

Kau nak suruh aku berhenti dari menulis. Tapi apa masalah penulisan aku dengan kau. Serius aku tak faham dowh!!! Kalau aku nie femes macam Ben Ashaari ke, Hanis Zalikha ke, Red Mummy ke atau pun Mat Gebu ke boleh la kau nak jeles, nak sound bagai suruh aku stop dari menulis. Nie belog cikai ni yang traffic segan² nak ada ni yang kau nak jeleskan.Tak faham sungguh aku.

Satu lagi bab mati nie. Aku tak faham la apa yang kau dapat! tabur fitnah sana sini , lepas tu sebarkan berita yang tidak benar. Kalau kau di beri gaji untuk buat semua tue x pe la juga , kira berbaloi la usaha kau tapi aku rasa satu sen pun kau tak dapat. Kau punya la susah payah sebarkan dekat blogger lain tapi end of the day aku tetap macam nie. Meneruskan kehidupan aku seperti biasa tanpa ada cacat dan cela. Tang mane untungnya perbuatan kau nie, rasanya merugikan setiap masa yang kau ada lagi la.

So please! please! please! hentikan semua ini. tak ada faedahnya kau terus buat macam nie. Aku tidak akan sesekali mengundur diri hanya kerana kau. Dan aku pun tidak berminat untuk terus bermusuh dengan kau. Kau nak bagi aku susah , di persilakan!!! Sikit pun aku tak gentar.. Aku percaya dengan karma , setiap perbuatan jahat pasti akan di balas dengan jahat tapi kalau sekali kita berbuat baik pasti akan selama²nya kita di balas baik.Allah akan sentiasa berada dengan orang yang teraniaya, jadi fikir²kan lah ye...


Note: Aku rasa kenal sangat sapa mak anon nie. terima kasih la sebab kamu terlalu amek berat pasal diri aku nie sampaikan setiap waktu nak tahu perkembangan aku. Cuma satu aku nak cakap tak kisah la kau nak teruskan membenci aku ke apa tapi as a human aku dah maafkan perbuatan kau.Aku tak berminat nak bermusuh atau mencari musuh.So minta faham betul² ayat aku nie..

Note 1 : Percutian aku last week terpaksa di batalkan dik kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.Nie kali kedua program terpaksa di batalkan huhuhuhu! sedih setiap kali nak pergi ada je halangan, mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya huhuhu! sabarrr....



Oct 28, 2011

Di duga dengan kematian


Salam Jumaat semua..

Syukur alhamdulillah kerana aku masih di beri peluang untuk bernafas di bumi yang nyata ini. Hampir seminggu lebih aku terlantar dik kerana di serang demam panas yang mengejut. Setelah membuat pemeriksaan darah ternyata darah aku positif denggi. Huwaaaa!!! sekali lagi aku di serang demam denggi.Kalau sebelum nie aku hanya di suspect denggi tapi kali ni ianya benar² terjadi. Habis seluruh anggota badan aku kesakitan. Rasa tidak tertanggung di buatnya.

Dalam keadaan aku yang lemah , aku di duga lagi. En.hubby yang sebelum ini tidak henti melayan kerenah aku turut demam panas. Mil yang berusaha menyediakan sup ketam untuk aku juga turut tidak sihat, demam. Hanya tinggal Fil je lagi yang terpaksa menghandle ketiga² kami. Ayahanda dan bonda risaukan keadaan aku. Mereka ingin ke sini tapi aku tidak mengizinkan dik kerana faktor cuaca yang kurang baik. Risau juga ayahanda bukannya segagah dulu nak drive jauh².

Tidak cukup dengan itu , ada pula hamba Allah yang sanggup mengambil kesempatan di atas kelemahan diri orang lain.Tergamak mereka mengatakan yang aku sudah TIADA. Serius time tu hanya Allah saja yang tahu bagaimana perasaan aku. Terkejut , sedih semua ada. Aku masih bernyawa lagi tapi sudah ada yang mendoakan diri aku untuk pergi buat selama²nya.Hubby cuba sedapkan hati aku , mungkin ianya hanya salah faham yang tidak di sengajakan oleh pihak² tertentu kot.Better aku tak payah fikirkan sangat. Lagipun ianya tak baik untuk kesihatan...

Terima kasih kepada semua rakan² yang tidak henti² mendoakan kesejahteraan aku. Terharu sangat! hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian.Terima kasih kerana sudi bertanyakan khabar di belog ini , di facebook , di email mahupun di telifon bimbit aku. Serius aku terlalu menghargainya. Tak lupa juga kepada blogger MTT kerana beliau terlalu banyak mengambil berat tentang diri aku nie.Kepada blogger eelobor maaf , aku baru di beritahu berkenaan dengan device yang masih belum sampai ke tangan beliau. Akan aku cuba usahakan dalam masa terdekat ini.

Kepada yang bersusah payah membuat entri tentang diri aku ini samaada mendoakan kesejahteraan aku mahupun sebaliknya, terima kasih di ucapkan. Apa yang terjadi mungkin salah faham yang tidak di sengajakan. Jangan risau , sikit pun aku tidak menyalahkan sesiapa apatah lagi marah kepada mereka. Aku terima ini semua mungkin ujian buat diri ku...Alhamdulillah , keadaan diri aku sudah semakin pulih. Cuma tinggal en.hubby saja lagi. Masih demam Rubella. Habis seluruh anggota badan di penuhi dengan ruam² halus berwarna merah. Moga hubby cepat sembuh...



Oct 20, 2011

Tips : Perbezaan di antara handphone Original dan Ap set

Morning all..

Pagi nie aku nak share sedikit info mengenai gadget elektronik di antara original dan  ap. Dan post ini juga khas buat customer² online aku. Soalan yang sering di ajukan , samaada handphone ini original atau tidak??! dan warranty under mane??! Kenapa murah.. So aku cuba terangkan di sini dengan lebih jelas lagi..Di harap dengan penerangan ini , sedikit sebanyak ia dapat membantu anda semua..

First kita cuba fahami di antara gadget original , ap set , recon set or under water set.



Original set

* Pengedar rasmi Nokia adalah Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
* Pengedar rasmi Sony Ericsson adalah T-Choice, Grandtech, Midlands dan Thorus.
* First Mobile Group (FMG) adalah pengedar utama telefon bimbit Samsung.
* FMG memberikan warranty selama 18 bulan.
* Pengedar rasmi Motorola adalah Satellite Technics, Zitron dan MDM.
* Pengedar rasmi Siemens adalah Zitron dan FMG.
* Pengedar rasmi Panasonic adalah Zitron.
* Pengedar rasmi LG’s adalah Zitron.
* Anda boleh servis telefon bimbit anda di mana-mana pusat servis.
(Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres, etc)
* 1 tahun warranty termasuk charger, bateri dan handsfree.
* Alat ganti tulen digunakan ketika membaiki telefon yang rosak.

Ap set

* Maksud AP pula adalah Approval Products
* Selalunya ia akan di import dari luar negera dan dijual kepada pengguna
* Warranty bagi AP set adalah daripada syarikat tempatan seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax dan lain-lain lagi.
* 1 tahun warranty untuk telefon dan sebulan untuk aksesori seperti charger, bateri, handsfree.
* Sekiranya telefon anda rosak, anda perlu hantar ke tempat dimana anda membeli telefon tersebut.

Recon set.

* Recondition set adalah henset lame yang di baik pulih dan komponan luarannya di ganti baru.
* Biasanya harga bagi recon set ini lebih murah dari harga ori dan ap set.
* kebanyakkan tauke kedai tidak jujur dengan menjual baragan recon sama dengan ap set.
* Tiada warranty bertulis , hanya warranty kedai. Selalunya dalam sebulan atau paling lame dalam 6 bulan. Ini bagi mengaburi mata si pembeli.
* Berisiko kerana kualitinya sangat la rendah kerana ia berasal dari hp yang telah rosak

Under water set

* Telefon yang dicuri atau dibeli daripada luar negeri tanpa membayar cukai seperti mendapatkan pelekat SIRIM. Di cap sebagai haram. Selalunya dibawa oleh pelajar yang belajar diluar negeri.
* Kebiasaan di jual tanpa aksesori , hanya handphone dan charger saja di beri
* Kadang kala juga hanphone ini di lock , tidak boleh masuk sim malaysia kerana telah di lock telco negara asal.
* Tiada warranty dan biasanya hanya warranty kedai selama sebulan.

Mengenal pasto original dan ap set

1. Keluarkan bateri telefon
2. Set original mempunyai pelekat rasmi syarikat. (Zitron, Avaxx, T-Choice, Midland & etc)
3. Set AP pula mempunyai pelekat syarikat seperti Final Choice, CSL dan lain-lain
4. Tekan *#06# untuk memeriksa 15 digit nombor siri (IMEI)
5. Bandingkan dengan IMEI yang ada ditempat letak bateri dan juga pelekat di kotak telefon.
6. Untuk set original, nombor siri adalah sama.

Ok itu saja yang dapat aku kongsikan untuk hari ini. Selamat mencuba..


Note: Kalau ada yang berminat untuk melihat gadget terkini dengan harga yang kurang dari pasaran anda boleh la lihat di SINI. Make sure sebelum add , pls mesej saya terlebih dahulu kerana saya tidak akan sewenang² approve orang..TQ!



Oct 19, 2011

Doa mudah bersalin..


Selamat tengahari..

Sedang sibuk mencari maklumat di internet sekali terjumpa satu artikel nie berkenaan dengan ibu hamil. Sangat teruja dan aku rasa perlu di kongsikan bersama di sini. Bagi para ibu yang bakal menimang cahaya mata , anda boleh la mengamalkan doa ini semasa kehamilan anda mencecah 7 bulan. Baca doa ini setiap hari dengan meletakkan tangan di atas perut dan sewaktu dalam kesakitan hendak bersalin.Insyaallah di mudahkan oleh Allah untuk melahirkan anak.

Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk menimang cahaya mata , anda boleh jadikan doa ini sebagai persediaan untuk di masa akan datang.


Maksud ayat ini: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur." (Al-Nahl 16:78)


Note: Banyak perkara perlu belajar nie..excited lebih hehe!



Tips perkahwinan dari Ustaz Azhar Idrus


1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana
anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



Wordless Wednesday : Menguji kepantasan mata

Fokus! Ada berapa ekor kucing di dalam gambar ini..







Oct 18, 2011

Tutorial : Cara hantar ticket pada nuffnang


Selamat Malam..

Tadi aku ada terima mesej dari sis diana minta aku kasi link untuk tutorial aku yang sudah lepas tapi memandangkan entri itu tidak dapat di kesan dan mungkin juga entri sudah hilang kerana sebelum nie belog aku mengalami masalah dan separuh dari entri aku sebelum nie hilang tanpa dapat di kesan.jadi aku cuba buat satu lagi tutorial untuk rujukkan pada yang memerlukan.

Ok tutorial ini sangat berguna untuk mereka yang jarang dapat BE. Sekiranya anda ingin BE muncul , anda hanya perlu menghantar ticket kepada nuffnang dan menyuarakan apa yang anda rasa tidak puas hati.Tidak puas hati tue bukan be'erti marah ok tapi tidak puas hati kenapa BE susah sangat nak muncul dekat belog anda.So ikuti langkah²nya bagaimana cara anda ingin menghantar ticket pada nuffnang..

Let's follow the steps below :

Step 1


1. Log In akaun Nuffnang anda..
2. Di dashboard Nuffnang click pada Contact Us seperti di bawah..


Step 2

Then keluar paparan seperti di bawah. Klik Create Ticket > Tick Blogger Enquiries/Suggestions > Next. Contoh di bawah.


Step 3

Muncul pula paparan seperti di bawah nie .Now anda dah boleh hantar ticket. Bahagian Subject itu tulis BE jika nak tanya pasal BE kat Nuffnang. Tulis apa yang hendak ditanya pada pihakNuffnang pada kotak Message itu. Then masukkan verification code and then Submit.



Step 4

Dalam tempoh 48jam ticket anda akan dijawab oleh Nuffnang. Check pada email yang anda gunakan semasa menghantar ticket kepada Nuffnang. Senang kan.

Selamat mencuba..




Sinetron tv3 , puteri yang di tukar

Selamat petang all...

Bagi mereka yang tidak bekerja atau suri rumah sepenuh masa , di waktu ini apa yang kalian sedang lakukan ye??! Aku, kalau tiada urusan di luar aku pasti akan menghabiskan masa di rumah dengan menonton cerita sinetron indonesia yang di tayangkan di tv3 setiap hari isnin dan khamis tepat pada pukul 2 petang. Drama sinetron yang bertajuk Puteri yang di tukar ini , mengambil masa satu jam untuk di tayangkan. 

U all tengok tak cerita nie??! Kalau aku tak ada buat apa, aku pasti akan menghabiskan masa satu jam dengan menonton sinetron ini. ceritanya best cuma kadang kala cerita indonesia nie banyak tak logik dari logiknya. Tapi kan x logik , x logik pun aku tetap nak tengok jugak.Tak tahu kenapa , sedangkan aku tahu kalau dah nama drama indonesia pasti banyak x logiknya. Jalan cerita pendek je tapi bila di olah jadi panjang , mesti jadi berbelit².tapi x kisah la janji aku boleh layan hehehe...

Ok bagi sesiapa yang tidak tahu atau tidak pernah menonton sinetron ini. Di sini aku ada sertakan sinopsis ceritanya. Mane tahu lepas u all baca di sini u all boleh jadi minat pulak macam aku..hehehe!



Amira dan Zahira memiliki kehidupan yang berbeda. Amira hidup sederhana bersama kedua orang tuanya, Ihsan dan Utari. Sedangkan Zahira hidup mewah bersama kedua orang tuanya, Prabu dan Aini, serta ibu tiri Selena dan kakak tiri Meisya.

Tidak seperti Amira yang hidup penuh cinta dalam keluarganya. Sedangkan Zahira, walaupun mendapatkan kasih sayang yang berlimpah dari kedua orang tuanya, tetapi ia selalu mendapat perlakuan tidak baik dari Selena dan Meisya. Arman lah, supir pribadinya, satu²nya orang di rumah yang tahu perihal itu, dan selalu membuat Zahira tegar.

Tanpa seorang pun tahu, Zahira sebenarnya adalah anak Ihsan dan Utari. Sedangkan Amira adalah anak Prabu dan Aini. Wisnu yang dendam pada Prabu kerana telah membuatnya cacat, menukarkan kedua bayi tersebut yang lahir bersamaan. Wisnu ingin memberi Prabu pelajaran, kerana ia mengasuh anak dari musuhnya, Ihsan, yang adalah cinta sejati isteri keduanya, Aini. Wisnu pun yang pernah berjanji untuk menjodohkan anaknya dengan anak Ihsan dan Utari pun menitipkan anaknya ke Surti, pembantu di keluarga Prabu. Dan anaknya itu adalah Arman.

Kerumitan terjadi saat masing² keduanya dipertemukan, Amira dan Zahira. Amira pun bertemu secara tidak sengaja dengan Prabu dan Aini. Amira pun bertemu dan berkenalan dengan Zahira dan Arman, saat ia mengalami kecelakaan karena hampir ditabrak oleh pemuda kaya bernama Rizqi.

Amira semakin bingung ketika Prabu, Aini dan Zahira datang ke pemakaman ayahnya, Ihsan. Amira yang sedang bersedih langsung shock ketika Prabu mengenalkan namanya, karena Amira mendengar bahwa Prabu lah yang menyebabkan ayahnya meninggal dunia.

Waktu pun terus bergulir, dan mereka semua seperi hidup dalam lingkaran yang tidak terputus. Akan adakah kebenaran yang akan terungkap?.. bagaimanakah reaksi Amira dan Zahira ketika tahu kebenarannya?..

*********************************************************************************

Note : Suka lihat muka zahira , comel sangat....


Pucuk muda kerabu taugeh , apa kena mengena dengan ayahanda MTT


Selamat tengahari..

Sebelum aku memulakan bicara , aku ingin mohon maaf pada blogger MTT kerana aku sudah cilok gambar ini dari album beliau hehe..Jangan marah na nanti kalau marah cepat tua hehe! Kenapa aku cilok pic nie sebab aku nak story pasal ayahanda MTT nie..

Kisahnya bermula beberapa hari lepas , MTT ada minta BB Pin. So aku pun kasi la BB pin aku. Masa aku bagi kat MTT tue aku lupa kasi tahu en.hubby kerana memandangkan BB aku di pakai oleh en.hubby sementara menunggu BB torch dia sampai hari nie. So masa MTT add tu en.hubby dengan rasa tidak bersalah telah ignore permintaan dari cik kak kita nie. Than selang beberapa minit cik katek aka kawan baik ku merangkap sepupu kepada MTT telah meninggalkan mesej di facebook. menurut kata beliau MTT tidak dapat mengesan aku.

So tengah sedap² berbalas mesej di facebook , en.hubby pun pulang. Belum sempat aku bertanya dia telah beritahu. Ada orang add dekat BBM tadi tapi papa dah remove. Terus aku menyampuk , tue member mama la pa , padan la dia add x dapat. en.hubby pun jawab, mana papa tahu mama x kasi tahu pun huhu..salah aku so aku add kembali MTT..

Ok stop cerita pasal tue.. Malam tadi masa hubby tertidur depan tv dan aku pulak dok sibuk blogwalking tiba² aku terdengar suara yang aku rasa sangat familiar dengan suara itu. So sepantas kilat mata aku memandang ke arah suara yang kedengaran tadi. Sekali tidak salah lagi sangkaan aku. Aku pun terus mengejutkan en.hubby. Hubby yang time tue macam orang lalok kerana kemamaian , menganggukkan kepala. sambil berkata kenal..kenal..

U all nak tahu apa yang aku tunjukkan.. Masa aku bagitahu en.hubby yang MTT ni anak salah seorang pelakon dia macam x percaya. Jadi aku berusaha la menunjukkan gambar seperti di atas tue.Tapi en.hubby still tak kenal. Jadi kerana x puas hati aku cuba nak menyakinkan en.hubby. Kebetulan malam tadi di astro ada siarankan drama yang di lakonkan oleh bapa MTT. Kalau tak silap tajuknya " Pucuk muda kerabu taugeh " yang di bintangi oleh ayahanda MTT . Azman Jantan , Fauzi Nawawi , Yasmin Hani , Khadijah Tan , Eina Azman dan Azza AF. 

Bila lihat wajah ayahanda MTT , so cepat² aku kejutkan en.hubby. Puas hati aku sebab akhirnya dapat tunjukkan pada en.hubby..jadi begitulah ceritanya...


Note: Itulah sikap aku bila tidak dapat tunjukkan bukti selagi itu aku akan berusaha untuk mencarinya..




Kerana Rizal Fahmi player Kelantan laki aku jadi mangsa


As'salammualaikum...

Excited gila pagi nie aku nak buat entri. Bukan sebab banyak idea datang mencurah² seperti hujan yang membasahi bandar Kota Bharu nie tapi di sebabkan ada story yang agak lucu bagi aku. Sebelum aku cerita lebih panjang lebar lagi , ingin aku mohon maaf kepada pihak berkenaan sekiranya entri nie akan menguris hati kalian.Tak terniat pun nak buat anda berkecil hati tapi ianya sekadar suatu cerita yang tidak di sengajakan.

Cerita nie berkenaan dengan perlawanan bola sepak. Selama nie aku x pernah pun menjejakkan kaki di stadium Kelantan tapi baru² nie entah apa mimpi en.hubby , dia mengajak aku ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Seawal lagi kami sudah ke stadium kerana risau tidak dapat tempat duduk. Ternyata hari tue kali tidak lucky , tiba awal pun stadium sudah di banjiri oleh penonton. Jadi aku dan en.hubby terpaksa la berdiri. Naik lenguh juga la kaki sebab terpaksa berdiri.

Selepas selesai menyanyikan lagu , perlawanan pun di mulakan.Aku yang berdiri dari tadi agak pelik melihat orang sekeliling. Mereka seperti hairan melihat aku. Dalam hati berkata , ish x kan la mereka tahu aku ni penyokong Perak kot. Agak² la bukan aku pakai baju perak pun. Malas nak melayan aku buat tak tahu je..

Selepas beberapa minit perlawanan tiba² perlawanan terpaksa di berhentikan dik kerana salah seorang player kelantan di timpa musibah.Selang beberapa minit ada seseorang telah membuat pengumuman yang perlawanan pada malam itu terpaksa di batalkan..Semua ini gara² seorang player kelantan Rizal Fahmi mengalami kecederaan teruk.

Aku yang agak frust terus menyepak satu objek yang aku sendiri tak berapa pasti apakah objek itu. Kononnya tanda protes la. Pas aku sepak , baru aku tersedar rupanya aku telah menyepak en.suami la..Hai la mimpi dalam banyak² orang dalam dunia nie pasal apa la si Rizal fahmi tue yang datang dalam mimpi aku. Mujur la dalam mimpi tue en.hubby ada sekali kalau tak memang kes nanya nie..

Aku dengan rasa bersalah minta maaf dekat en.hubby sebab x sengaja boleh tersepak dia. Mujur en.hubby tak cakap apa , dia just ketawakan aku je. Mesti dalam hati dia berkata " Tue la hari tue gelakkan dia mimpi sepak bola sampai tersepak dinding" sekarang kena kat diri. Mujur la x sepak kuat kalau tak mahu terjun katil.hahahahahahaha!!!

Moral : Sebelum tido jangan sibuk nak tengok bola. Inilah akibatnya sampai terbawa² dalam mimpi. Tapi kan aku pelik kenapa Rizal Fahmi tue yang muncul kenapa tak Remi Ishak ke , Aaron Aziz ke , Tiq Zakiah ke , eh silap tiq x masuk dalam senarai hahahahaahahaha...


Sekian...




Oct 17, 2011

Tutorial : Gantikan dashboard lame kepada yang baru atau yang baru kepada yang lame

Selamat malam...

Setelah sekian lame mencari punca masalah belog aku nie akhirnya aku menemui jalan penyelesaiannya. Now bloglist aku sudah kembali seperti sebelumnya. Alhamdulillah! Lagi buat aku teruja dan happy gila babas , apabila dashboard belog aku sudah boleh di adjust ke dashboard yang lame. Dashboard lame means dashboard yang mudah di faham dan bukan dashboard yang baru nie , yang agak fenin² lalat di gitu.

Mungkin anda semua dah mengetahui cara ni dan mungkin juga aku ketinggalan ke belakang tapi tak kisah la sebab sebelum nie , masa aku dok sibuk bertanya kepada beberapa orang rakan blogger mengenai masalah ini, mereka juga tidak tahu macam mane nak membantu.terutama sekali kak Diana siap buat entri lagi tue.Terharu sangat.. Kepada C'ma juga thanks sebab dia pun salah seorang yang cuba membantu masalah aku nie tapi tidak menemui jalan.

Hari nie setelah aku mengodek² isi perut belog aku nie , akhirnya aku temui cara dan langkah untuk ubah dashboard belog ke dashboard lame. Kalau u all x faham dashboard yang di maksudkan , u all boleh lihat pada gambar. Aku tak tahu nak sebut apa jadi aku sebut je dashboard hehehe.. Jangan ketawakan aku ok..

Tapi x kisah la u all nak cakap aku ni ketinggalan ke , perkara mudah macam tue baru nak tahu ke janji yang penting aku dapat belajar sesuatu yang baru. Ala orang yang dah pandai tue pun sebelum nie macam aku gak. Masih tercari² dan cuba belajar. dan akhirnya mereka boleh pandai segala²nya hehehe..ayat cover malu hahahahaha!

Ok kepada yang masih tak tahu tue meh aku tunjukkan caranya..bila dah tahu tue lebih baik di kongsikan.Ilmu tak baik simpan² sorang diri..lebih afdhal kalau di kongsikan hehe...



Step 1

Ok ni dashboard lame! ramai blogger lebih suka menggunakan dashboard lame nie berbanding yang baru, kerana ianya lebih mudah dan tidak memeningkan kepala.Biasa la kalau benda baru mesti amek masa untuk pelajari kan!



Step 2

Ini pulak dashboard baru yang aku rasa sangat x best menggunakannya. Agak pening dan serabut! Mungkin aku je yang rasa begitu tapi anda² semua mungkin selesa..Tapi bagi mereka yang tidak selesa , anda boleh menukarnya sekarang.. 

Step 3 

Dengan cara click perkataan yang bertulis switch back to the old interface. Setelah itu dashboard anda akan berwajah seperti sebelumnya. Mudah kan!

Selamat mencuba..


Note: Post ni mesti korang akan ketawakan aku , sebab perkara ni simple je tapi aku baru nak tahu. huhuhu! macam aku cakap tadi x kisah la janji aku belajar sesuatu yang baru...





Baget 2012! mati dulu baru rasa


Selamat tengahari..

Baru lepas selesai berurusan dengan bank dan pejabat pos. Malangnya hari nie hari aku menunggu. Tadi di pejabat pos orang tidak la ramai mane , kaunter hanya buka satu saja dan selebihnya staff dok melepak berborak. Yang berurusan di kaunter pulak , boleh la bersembang bagai seolah² x ada orang yang nak berurusan lagi. Memang geram la sebab aku kena kejar ke bank pula. Duit harus di masukkan sebelum jam 1.

Lepas aku bersuara minta cepat sikit , baru la pok cik di kaunter tue mengambil barang aku yang ingin di poskan. Selepas selesai cepat² bergegas ke bank. Nak deposit duit banyak kali pulak la mesin tendang duit. Jenuh aku dok betulkan duit tue tapi hampeh.banyak kali cuba baru boleh..

Lepas ke bank aku pun nak cari makanan. So singgah la di Hayaki untuk beli mee kari. Aku minta tapaw 4 bungkus. Selebihnya boleh makan petang nanti. Tunggu punya tunggu dekat setengah jam x siap² jugak. Last aku panggil la adik yang keje kat situ. Aku cakap kalau lame lagi aku x jadi la beli, terus dia cakap kejap je kak... Rupanya baru nak bungkus meenya. Padahal orang x de la ramai mane pun. Tak faham betul la.

Tadi masa di Hayaki aku sempat curi² dengar perbualan orang di table sebelah berkenaan dengan politik. Ala kes pekerja asing dapat taraf warganegara tue. Sekali ada sorang uncle nie cakap , mujur la dia masih hidup baru rasa kalau yang akan datang tue mungkin mati dulu baru rasa. Bila terdengar tue , aku rasa tertarik dengan ayat yang di gunakan uncle tue. Jenuh aku fikir last baru dapat tangkap. nie mesti kes pencen. Untung orang yang pencen sebelum nie sebab dapat merasa duit pencen sebelum mati tapi berbeza pula dengan orang yang pencen akan datang, sebab mati dulu baru dapat merasa duit pencen..Lawak betul la..

Tapi kalau di fikirkan balik ada benarnya kata uncle tue. Sepatutnya bila dah umur 55 tahun tue rasa dah perlu rehat. Nak habiskan masa dengan beramal ibadat tapi bukan menghabiskan sisa² hari tua di pejabat...Adoi macam mane la nanti ye , x dapat di bayangkan huhuhu..


Note: Hilang stress aku bila dengar dorang bersembang. Di sini politik bulan memang kuat kalau rasa diri tue dacing better tak yah sibuk² nak join sekaki. mesti kena paku punya hahahaha...




Tolong respect orang sikit ok!

Morning all...

Pagi ni aku cuma nak menyuarakan rasa tidak puas hati aku pada seorang mamat nie. Aku akui aku sememangnya seorang facebook tegar. Boleh di katakan setiap hour aku akan online. Kalau u all skodeng page aku mesti u all akan perasan, wall aku sentiasa berupdate...Aku online bukan sekadar suka², bukan nak menggatal dan bukan juga nak buang masa tak tentu hala tapi sebaliknya kerana bisness online yang aku jalankan sekarang.

So please! jangan nak amek kesempatan pula. Aku ramah dengan semua orang bukan bermakna aku nie seorang yang suka nak melayan tapi sebaliknya aku bersikap profesional dalam berurusan dengan orang. Tak kan la orang bertanya aku nak diam , nak berlagak sombong.Kalau macam tue baik tak payah nak berniaga..Buat orang sakit hati jee...

Mula² tanya pasal itu ini.Aku cuba penuhi coz bagi aku nak berniaga ni mulut kena manis. En.hubby pun x melarang aku nak berurusan dengan sesiapa pun , as long as aku tahu batas sebagai seorang isteri. Tapi bila en.hubby dah bagi keizinan jangan la pulak ada yang cuba nak amek kesempatan. 

Tak kisah la dia tu kawan baik aku ke , kawan masa kecil aku ke atau kawan yang aku kenal di alam maya nie ke.. janji dia tue lelaki so mesti tahu batas untuk berbicara dengan aku.Aku tak nak hanya kerana kata² ia akan menguris hati suami aku. Walaupun en.hubby tidak pernah ambil hati , tapi sebagai seorang isteri aku patut menghalang mereka dari terus mengeluarkan kata² yang kurang enak. Tolong respect la orang sikit.

Semalam seorang lagi! mula² sembang pasal bangla. PM aku tanya pasal gadget! last jadi lain pulak. Ada ke slumber badak ajak aku tukar status??! Apa dia ingat sebab aku melayan sebelum nie dia boleh la nak macam² dengan aku. Please ok! aku melayan semua berkenaan dengan bisness , sikit pun aku tidak layan kalau bab personal.


Aku tidak kisah kalau nak bergurau seperti ini..



Tapi yang aku tidak boleh terima , bila ada yang bergurau seperti ini..



Oct 16, 2011

Mata aku yang silap ke atau benar Noraniza Idris sudah tidak berhijab


persandingan noraniza dan jeffri

Habis cerita pasal si mulut laser dan lady gaga Malaysia tue keluar pulak cite pasal Kak Ani kita nie.Sebelum tue aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat Noraniza Idris dan juga Suami.Semoga perkahwinan kali ini akan berkekalan sampai akhir hayat.

Aku respect pada beliau , kerana jarang² sekali kita dapat lihat artis menjemput anak² yatim dan insan kurang upaya untuk hadir dalam majlis perkahwinan mereka tapi berbeza dengan artis ini.Part nie aku puji tapi part yang aku rasa kureng sikit. Bab hijab. Aku tak pasti samaada gambar temuramah tadi menampak kan Noraniza Idris tidak berhijab atau sekadar memakai scarf saja. Tapi yang aku lihat dengan jelas tadi seperti memakai rambut palsu.Sedangkan kita mengenali Artis ini sudah berhijab. So sangat la tidak sesuai kalau benar beliau menanggalkan hijab itu semata² untuk majlis perkahwinannya.

Tapi sekiranya mata aku salah aku mohon maaf la ye! Maklum la di usia yang semakin meningkat nie , membuatkan mata semakin kurang jelas.. ke mata aku tak salah! Anda yang lihat bagaimana pulak??!! Adakah mata anda seperti mata ku atau sememangnya mata ku yang salah pandang...



Azwan Hj Ali dan Didie Alias masih berantakkan

   

Salam hujung minggu ,

Baru lepas layan Galaksi di tv9. Hurm.. agak hot juga gosip yang di paparkan. Salah satu yang menarik perhatian aku , part Azwan Hj Ali dengan Didie Alias. Sebelum nie aku dah pernah buat entri mengenai mereka berdua ni , nak tahu pasal apa u all boleh lihat di SINI. Artis berperang di twitter.

Tak tahu la mane satu yang betul. Dua² mempunyai ego yang tinggi dan tidak mahu mengaku kalah. Serius aku rasa malu bila lihat artis di negara kita seperti ini. Kenapa perlu keruhkan lagi keadaan , dengan sebelah pihak pang pung pang sana sini dan yang sebelah pihak lagi tum tam tum tam balas.. Sampai bila pun x ada kesudahan. Sepatutnya cari la jalan untuk selesaikan kemelut yang melanda tapi bukan dengan memburukkan lagi keadaan.

Pendapat aku la , sekiranya mereka benar ada rasa tidak puas hati better bersemuka . Cakap dari hati ke hati. Be profesional tapi jangan la macam ke anak²an.Kalau betul ada yang tak puas hati lepaskan depan². Rasanya x perlu gunakan media kerana bagi aku media nie sekadar mengambil kesempatan je. Kadang² benda kecil pun boleh jadi besar.

Tengok la macam tadi yang sebelah pihak cakap macam nie dan yang sebelah pihak lagi cakap macam nie. Tak ke ia  menambahkan lagi api kemarahan. Aku yakin kalau Lady gaga Malaysia mahupun si mulut laser tu lihat , confirm terbakorrr punya. Jadi sampai bila pun kemelut ini tidak akan selesai..





Oct 14, 2011

Harapan Kelantan ke Shah Alam tidak kesampaian


Harapan Kelantan untuk ke Shah Alam tidak kesampaian , apabila Kelantan kalah di tangan Terengganu. Tapi apa pun tahniah di ucapkan kepada pasukan Kelantan kerana masih dapat mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat sendiri..

Kepada penyokong Kelantan pula , di harap selepas ini kalian dapat bersikap lebih profesional lagi. Cubalah terima keputusan seadanya. Mungkin bukan rezeki Kelantan untuk beraksi di piala malaysia. Cukuplah sebelum nie Kelantan sudah berjaya bergelar juara.Kita tunggu next season pulak ok!

Kepada Terengganu, Selangor, T-Team , Tahniah di ucapkan kerana telah berjaya ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Berikut adalah keputusan suku akhir piala malaysia pusingan kedua:

Sabah 1 vs 2 T-Team (1-2) - Agregat 2-4 Final
Selangor 1 vs 0 Perak (3-1) - Agregat 3-1 Final
Felda United 0 vs 1 Negeri Sembilan (1-0) - Agregat 1-1
Terengganu 2 vs 2 Kelantan (3-1) - Agregat 5-3 Final



Note: Kelantan kalah! Perak pun kalah! pasni aku nak sokong team mane la pulak erk! 

Note 1 : Walaupun Kelantan kalah dengan jaringan gol tapi Kelantan tidak pernah kalah dengan sokongan penonton. Gila kau penuh stadium tue....Orang kata biar x menang janji menang pada sorakan!Kelas kau tempat lain ado hahahahaha...

Ending Tahajjud Cinta sungguh mengecewakan


Selamat Malam...

Malam nie layan bola sepak di astro Arena di antara Kelantan dan Terengganu.Game agak membosankan di sebabkan awal² lagi Terengganu sudah sumbat 2 gol. Jadi beralih la aku menonton Tahajjud Cinta. 

Memang setiap minggu aku akan mengikuti drama bersiri nie. Tapi x sangka pulak malam nie adalah malam terakhir tayanganya. Ending cerita ni memang x best.Dalam Suraya sedang berusaha untuk menggoda ustaz , tiba² Soleh dan bapa Seri serta orang kampung datang ke rumahnya. Ustaz keluar dan Suraya pula meninjau ke jendela. Pandang memandang than TAMAT! 

Serius memang x boleh terima la ending macam tue. Rasa macam cerita tue tergantung je.Seri dah melarikan diri dengan Citra. Tapi apa kesudahan Seri?? Apa pula tindakkan Citra terhadap ustaz?? Tak kan perbuatan ustaz tue terlepas macam tue je?? Apa pulak yang akan terjadi pada Umairah yang cuba membunuh ustaz tue. Banyak la part yang aku rasa tergantung.Kita kena berfikir pulak!

Tidak di nafikan jalan cerita drama nie memang best. Cuma endingnya saja yang mengecewakan penonton. Aku yakin bukan aku seorang je yang rasa hampa tapi anda yang menonton drama nie pun pasti berasa hampa kan. Rasa tak puas hati sangat huhuhuhu.....

Note : Apa pendapat anda tentang ending cerita nie??!!
Note sedih : Ada harapan lagi ke kelantan nak menang??!!







Benarkah bercouple itu haram..




Realiti Time couple ' BABY '
Dah break ' BABI ' .

Time couple ' SAYANG '
Dah break ' BANGANG ' .

Time couple ' I- YOU '
Dah break ' WA - LU ' .

Time couple ' I LOVE YOU KBAII '
Dah break ' I HATE YOU CIBAI ' .

Time couple ' HI DARLING '
Dah break ' BYE ANJING ' .

Time couple ' HANDSOMENYA '
Dah break ' SAKAINYA ' .

Time couple ' YOU LAWALAH '
Dah break ' EH SIAL LAH '


Posisi hubungan seks ketika hamil


Selamat tengahari..

Selepas mendirikan rumahtangga , baru aku perasan yang aku sekarang nie sudah mempunyai satu minat baru. Tak tahu la samaada minat nie aku sorang je ke yang suka  atau mungkin anda² semua pun sama. Bukan kerana terlebih gatal ke apa tapi kerana aku rasa ianya sangat penting untuk di ambil tahu. Rasanya x salah kan kalau kita ingin menimba ilmu asalkan ilmu yang kita timba itu tidak menyalahi hukum hakam agama kita.

Perkara ini mungkin normal bagi mereka yang baru mendirikan rumahtangga. Seperti aku , satu fasa ke satu fasa aku cuba pelajari. Tambahan pula zaman sekarang nie dah serba maju , semua ada di hujung jari. Tak perlu susah² lagi nak ke kedai untuk membeli buku itu dan ini.Tapi harus di ingat! pastikan bahan yang di baca adalah dari sumber yang boleh di percayai.

Sekarang ni aku sudah masuk ke fasa pembelajaran untuk posisi hubungan seks ketika hamil. Walaupun aku masih belum ada tanda² ke arah itu , tapi aku rasa ianya sangat perlu untuk aku ambil tahu. Maklum la nak bertanya kepada Bonda aku segan , nak bertanya kepada kakak , aku x ada kakak...x kan la nak bertanya kepada abang pula kan. Jadi inilah salah satu cara untuk aku mengetahuinya , dengan cara membuat research di internet.So inilah hasil research yang aku dapat dan aku ingin kongsikan di sini bersama pembaca² Sinar Raudah.

Bagi para perawan kalau rasa nak menimba ilmu pun x ada masalah. tapi pada yang rasa segan dan rasa entri ini agak keterlaluan. Sila tekan tanda X di atas sana dan segeralah beredar dari sini.

Posisi hubungan seks ketika hamil

Bagi mereka yang sedang hamil , ia tidak bermakna yang anda tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Atau dalam erti kata lainnya anda perlu berpuasa sehingga sembilan bulan.Kalau ada yang berfikiran begitu. anda salah. Walaupun sedang hamil anda masih boleh melakukan hubungan seks dengan cara mengetahui posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil :

Posisi wanita di atas
Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan wanita hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal ke dalaman penetrasi.

Posisi duduk. 
Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.

Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.

Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar anda tidak memberi tekanan atau beban pada perut ibu hamil.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing².


Sumber : bacaan...


Kita tahu kita muslim tapi mengapa kita...


As'salammualaikum semua..

Salam perkongsian di hari Jumaat.
Renung²kan dan selamat beramal...

*********************

kita tahu kita MUSLIM
kita tahu ALLAH adalah TUHAN kita
kita tahu ada peraturan untuk dipatuhi
kita tahu kita diCIPTA bukan TERCIPTA
kita tahu kita akan kembali padaNYA

TAPI MENGAPA

DIPEKAKKAN TELINGA
DIBUTAKAN MATA
DIKAKUKAN TANGAN
DIGELAPKKAN SINAR HATI

dan bersikap seperti kita tak tahu ?

AL-QURAN SUDAH DIBENTANG
BERIBU HADIS SUDAH DIRIWAYATKAN
SUDAH SELAUTAN NASIHAT DICURAHKAN
MASIH ADAKAH ALASAN UNTUK BERBUAT DOSA ?

tepuk dada dan tanya pada diri...



Oct 13, 2011

Iphone 4s is coming , grab it now!


As'salammualaikum..

Tengahari nie aku nak cerita pasal iphone 4s. Aku yakin ramai di kalangan kita sedang menanti² akan kehadiran gadget yang terhangat di pasaran ini sampai ke Malaysia untuk di miliki.Gadget yang mendapat perhatian pertama di dunia ini , di katakan telah di lancarkan oleh  Apple awal bulan hari tue dan di jangka akan mula menjual gadget ini di Amerika Syarikat pada 14 oct iaitu pada esok hari.

Gadget yang baru di lancarkan oleh Apple ini di katakan akan berada di pasaran dengan harga AS$199 hingga AS$399 iaitu dalam RM600 ke RM1200 dengan kontrak selama 2 tahun..Telifon mudah alih ini juga di katakan telah mendapat tempahan tertinggi iaitu 1 million unit dalam tempoh 24 jam.Ini menunjukkan iphone 4s yang di ikhtirafkan dari segi keupayaan video dan kamera yang lebih pantas telah mencatat rekod sejarah baru dalam sejarah penjualan produk Apple. 

Gadget canggih ini akan dipasarkan ke 22 buah negara termasuk Eropah pada akhir bulan ini.So apa tunggu lagi sediakan duit anda untuk memilikinya...Iphone 4s ini memiliki design yang sama dengan iphone 4 tapi yang membezakannya adalah dari segi spesifikasi yang telah di tingkatkan.

Spesifikasi:

Layar: 3.5 inch 640x960

Storage: 16/32/64 GB

Kamera: (belakang/depan/video) 8MP/VGA/1080p

Dimensi: 4.5 x 2.31 x 0.37

Berat: 4.9 ons

Kekuatan baterai: 8 jam talk time/200 jam standby/6 jam 3G web/9 jam Wi-Fi web/10 jam video/40 jam audio


Prosesor: Dual-core A5

Warna: Hitam/Putih   



Note: Sekiranya ada di kalangan anda yang ingin memilikinya tanpa mengikat sebarang kontrak boleh la menghubungi saya di SINI. kepada brother EEloborr harap bersabar ye next week gadget ini pasti berada di tangan anda. Maaf di atas kelewatan , dik kerana adinda ku yang berada di luar kawasan .kursus untuk kenaikan pangkat... Harap sabarrr ye!




Mertua yang terlalu demand ke atau menantu yang tak ada duit

               

Selamat Pagi..

Cepatnya masa berlalu , pejam celik pejam celik..kita sudah pun berada di penghujung tahun. Tinggal 2 bulan saja lagi tahun 2011 akan melabuh tirainya.Banyak perkara yang belum tercapai lagi tapi akan aku cuba usahakan untuk mendapatkannya tahun ini.Insyaallah!

Bila sudah di penghujung tahun , jemputan kenduri pun banyak la. Ramai yang akan mendirikan rumahtangga dan ramai juga yang terpaksa menangguhkan hasrat baik itu , dik kerana masalah kewangan. Bukan kerana duit tak ada untuk melamar anak orang tapi dik kerana masalah mertua yang terlalu demand sehingga meletakkan harga diri anak seperti ingin membeli sebuah istana.Wajar ke??

Jom ikuti perbualan Bakal mertua dan bakal menantu ini....
BAKAL MERTUA
"Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Mak cik tak nak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu²nya anak perempuan mak cik. Harap faham²lah ye.. ".

BAKAL MENANTU 
"Saya paham maksud mak cik. Tapi saya harap mak cik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa di tangguhkan nanti. Biarlah di cepatkan, biar jauh dari maksiat "..

BAKAL MERTUA 
Kalau kamu tak mampu, anak mak cik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

* Kenapa perlu sibuk fikirkan orang lain sepatutnya fikirlah kehidupan anak tu nanti*

BAKAL MENANTU 
Kalau mak cik nak jual anak mak cik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak mak cik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak mak cik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!


Note: nie la salah satu sebab kenapa  ramai lelaki kawen lambat..haiyaa..!!!



Oct 12, 2011

Wordless wednesday : So cute!

I wished I own this walker when I was a baby. sooo cute!!




Note: Meeting untuk hari kedua , so pagi nie still x dapat bw rumah u all , seperti semalam malam baru boleh skodeng!







Oct 11, 2011

Antara Manusia , Malaikat dan Syaitan...

Selamat malam...

Kepenatan dan keletihan. Esok continue lagi meeting huhuhu! Now baru sempat nak skodeng sana sini , insyaallah akan cuba sampai ke rumah u all malam nie..tungguuuuu..........

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ni...awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui!
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh? letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1  Anda - Patut ke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk² biar je disini..kalau boleh delete je.




Lan A to Z , Marcella dan Beautifulnara bikin belog aku panas saja!

Selamat Tengahari...

Semalam aku update satu entri je tapi yang aku pelik kenapa traffic belog aku naik mencanak.Memang surprise sebab selalunya kalau nak dapatkan traffic more than 500 sehari at least kena update 4 ke 5 post baru dapat. Ye la belog aku ni bukannya fofular macam belog akak semua huhuhu! so dah tentu trafficnya suam² kuku gitu , ada pasang surut. Kalau rajin blogwalking banyak la tapi kalau setakat blogwalking macam semalam hanya beberapa buah belog je , selalunya bawah 300 je tapi berbeza sangat semalam. Aku pulak naik hairan dan sibuk nak cari puncanya di mane...

Jumlah yang views belog aku semalam more than 1000 but uv less than that! Lagi buat aku hairan setiap jam pasti ada banyak visitor yang masuk.Apa yang dorang cari erk! sedangkan aku just update pasal Dr.Cermin je.. Setelah di belek² dari pelbagai sudut , baru la aku jumpa jawapannya...Rupanya aku dapat tempias dari entri abang Nara.. Nak tahu apa tempiasnya,  u all boleh baca di SINI dan di SINI.

Ternyata selepas keluar entri itu , ramai yang nak tahu pasal Lan A to Z dan bekas isterinya Marcella. Lan yang bakal mendirikan rumahtangga kedua pada november ini bersama pasangan yang cantik manis iaitu Siti Nur Ain.Selamat pengantin baru buat mereka berdua.



     

Ok berbalik pada topik asal , aku menyedari hal ini setelah aku melihat keywords semalam. Ternyata penggunaan keywords semalam hampir keseluruhanya atas nama lan dan bekas isterinya. Itu menunjukkan mereka masih ada peminat dan peminat masih ingin tahu perkembangan mereka.Nak tahu cerita lebih lanjut lagi mengenai mereka , selalu²lah mengikuti perkembangan di Beautifulnara...


Note: Traffic tinggi pun still x puas hati sebab semalam aku berhutang lagi dengan blogger. Banyak belog x dapat singgah hope by this week aku dapat selesaikan semua hutang tue...pasni nak belajar penggunaan keywords dengan en.zulkbo dan en.ozzy la..


Bila diri di ganggu makhluk halus


Selamat Pagi..

Rumah aku kini diserang oleh makhkluk halus yang sukar ditumpaskan dengan tenaga biasa..kehadiran dan kemunculan makhluk ini bisa membuatkan semua orang di rumah ini histeria bagai menggila..Kelibatnya sukar dikesan dengan mata kasar..susuk tubuhnya juga pasti mengundang gerun tatkala dia menunjukkan diri..terbang ke sana sini mencari mangsa..

Aku rasa kalau panggil bomoh, pawang, tok dukun, tok imam, ustaz atau yang sama waktu dengannya, belum pasti mereka mahu menyelesaikan masalah makhluk halus ini

Sekali terkena, pasti merana satu badan..meronta bagai dirasuk..meringai bagai puntianak harum sundal malam..berjoget seperti T.Pinkie..menggelecek seperti Robinho..    menggelumpur seperti lembu kena sembelih..mengaum seperti harimau kelaparan..dahsyat sungguh tanda-tanda rasukan setelah terkena penangan makhluk halus ini..

Aku sendiri terkena dengan perbuatan makhluk halus ini..pelbagai kaedah telah aku cuba..mendiamkan diri..berlari keluar dari rumah ini..tetapi dia tetap mengejar aku biar larian ku seperti tak cukup tanah untuk dijejak..

Tekad aku untuk menggunakan alternatif terakhir seperti yang pernah diajarkan oleh Sarjan Misai ..aku perlu membalas serangan makhluk halus ini..dengan serangan yang diberi nama Serampang Dua Mata..












ridsect                 shieldtox


Note : ENtri hari nie semua autopublish.Tuan x tanah busy hari nie ada meeting satu hari nie..so malam baru blogwalking deh..



Oct 10, 2011

Cermin kereta sakit , jumpa la Dr. Cermin


Selamat pagi..

Tiga hari bercuti dari mengupdate belog.Keinginan nak bercerita tu ada tapi mood je x sampai². Nie semua gara² belog aku buat hal la. Jenuh aku cari di mana silapnya tapi sampai sekarang x jumpa² lagi. Sakitnya la hati! Bloglist aku still x keluar sepenuhnya , walaupun sudah di update baru.. Kemudian bloglist di blogger lain juga x keluar untuk update terkini. Apa la masalahnya pun tak tahu la! Kalau orang sakit boleh jumpa doktor , kalau kereta sakit leh pergi bengkel tapi kalau belog aku sakit mane aku nak pergi huwaaaaa!

Cerita pasal kereta nie , tadi seawal pagi lagi adinda ku telifon menceritakan masalahnya. Cermin keretanya retak dari kecik dah membawa ke besar.X tahu kenapa secara tiba² je..padahal kereta tu kereta baru tapi boleh jadi macam tue. Masalah sekarang adinda aku nie x ada amek insurans untuk cover cermin kereta, jadi terduduk la dia bila dengar kena beli cermin kereta baru huhuhuhu! Sebelah tangan dah confirm keluar punya.

Sebelum ganti cermin kereta baru , en.hubby menyarankan supaya adinda pergi ke doktor cermin untuk mengubati cermin tue.At least boleh pakai untuk tige ke enam bulan lagi. So dalam jangka masa tue boleh la kalau dia nak kumpul duit.Tak ada la terasa duit banyak keluar.

Sekarang nie banyak kedai yang boleh membaiki cermin retak , sumbing , terkopek , pecah dan sebagainya di sebabkan oleh batu, skru atau apa² makhluk asing yang berterbangan sewaktu kita memandu.Terutama sekali di kawasan yang banyak batu² kecik dan tambahan pula kalau kereta kita berada di belakang lori. Lagi la mudah terkena objek asing tue!Atau mungkin juga cermin itu retak secara tak semena² tanpa ada objek yang terkena di cermin kereta. Kalau keadaan macam tue , kira cermin yang di gunakan tidak berkualiti ke atau macam mane???!!

Tapi ada masalah lagi kalau nak pergi jumpa doktor cermin nie , bila adinda bertanyakan orang di mane boleh baiki cermin atau berjumpa dengan doktor cermin. Semua orang akan ketawakan dia..Bunyinya agak lawak tapi hakikatnya ia memang wujud. Sebagai contoh di shah alam dekat Taman Sri Muda. Di sana ada kedai untuk membaiki cermin. Nama kedai ni Dr. Cermin.Harga agak munasabah. Ada 7 jenis pecah yang boleh dirawat. Harga mengikut jenis pecah dan saiznya.(kalau pecah nya kecik jer, tapi kalau besar, baiklah tukar jer windscreen tu)

So lepas ni kalau cermin kereta anda mengalam luka kecil , boleh la pergi berjumpa dengan dr.cermin.





Oct 7, 2011

10 Pesanan iman Shafie yang perlu di ikuti


Salam Jumaat semua..

Semalam aku terbaca pesanan ini dan rasanya ia perlu dihayati oleh kita semua.. Anda semua boleh membacanya di bawah ini..

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ”

Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
  1. Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada. 
  2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH 
  3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi. 
  4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
  5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan. 
  6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah. 
  7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak. 
  8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat. 
  9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH. 
  10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign