Oct 5, 2011

Dengki dan khianat..adakah itu sebenarnya budaya kita

Selamat petang..

Setuju tak kalau aku katakan hidup ini sebenarnya terlalu singkat. Rasanya kalau manusia ini sedar betapa cepatnya masa berlalu, dan betapa sikitnya bekalan yang bakal kita bawa ke Akhirat nanti, mungkin kita tidak akan berbuat apa² lagi kecuali beramal ibadat sepanjang masa.Hakikatnya, manusia ini mudah lupa atau mungkin sengaja memilih untuk tidak mempedulikannya. Ramai daripada kita yang terlalu lalai serta hanyut dalam keseronokan duniawi. Tidak kurang juga yang berkelakuan seolah-olah dunia ini tidak ada penghujungnya.

Fitnah, khianat mengkhianati adalah fenomena biasa dalam kehidupan manusia. Malah ada di antara kita berpendapat ianya adalah lumrah dunia. "Kita tidak dapat lari daripada itu semua" . Hampir seluruh masyarakat dan di dunia ini menghadapi masalah yang sama.

Dengki mendengki, khianat mengkhianati sesama sendiri. Kita tidak boleh melihat orang lain lebih baik, lebih berjaya atau lebih hebat daripada diri kita sendiri. Kita juga tidak rela melihat bangsa sendiri maju ke hadapan kerana bimbang tergugat kepentingan peribadi.    Hasilnya.. kita akan cuba menjatuhkan sesiapa sahaja yang cuba menonjolkan diri. Tidak kira kaum keluarga, sahabat handai mahupun rakan sendiri. Realitinya biarlah aku sahaja yang dipuja dan terus dipuji. Orang lain tidak boleh dan tidak berhak memiliki semua ini.

Mungkin itulah punca kenapa orang Melayu masih gagal untuk maju di bumi sendiri. Banyak faktor sebenarnya. Walau bagaimanapun dengki dan khianat mengkhianati mungkin boleh dikategorikan sebagai antara punca utama kegagalan kita. Kita semua suka bersengketa. Berpuak² menjadi amalan zaman berzaman. Bacalah mana² buku sejarah Melayu. Akan ada cerita dan kisah yang boleh dijadikan sempadan dan bukannya teladan....







18 comments:

SoLy SoLicious said...

segalaya bermula dr hati...

eMMe said...

ramai yg dengki
ramai yg khianat
hati2 la dalam ramai2 ni
nak cari 1 yg baik hati, amat payah!
so, percaya pada diri sendiri, n Allah Maha Berkuasa ke atas setiap makhluk ciptaannya...

atuk said...

Assalamualaikum Amy

memang betul apa yg dikatakan itu
kita balik kepangkal jalan dan senantiasa diatas jalan yg lurus


Wassalam

Lieya said...

Aiseyy.. belul habis type dah tertekan publish..iskkkk komen balik..

Betul betul betul... masyarakat kite ni terlalu tinggi sangat perasaan dengki, khianat, cemburu, iri hati dan sebagainya. Pantang nampak kite senang sikit, maju sikit.. haa mula menjalankan planning haramnya.. nauzubillahiminzaliq...

ahmad humairi said...

khianat, sifat orang munafik.

Zul fattah said...

memang budaya kita la.. aku benci r org cam ni.. agak2 r.. jgan r sampai tikam dari blakang..

Anonymous said...

dah pernah terkena dgn org dengki2 ni..drpd sakit hati pikirkan pasal apa yg dah org tu buat pd kita..baik kita wat derk jer
semoga Allah jer yg balas apa yg org tu buat..

aizamia3 said...

manusia memang tak pernah lari dari perasaan itu.. nak pulak kalau orang melayu.. mintak maaf cakap.. walaupun hanya segelintir tapi impaknya cukup besar..

faraherda.razalan said...

Betul. Hakikat org Melayu. Masih mempersoalkan kenapa. Tanya pada diri sendiri dulu.

Sedihkan?

Anonymous said...

setuju.masih ramai yang berhasad dengki sesama sendiri..hemm..cubalah think +ve kn.

Ce'gu JAERA said...

dengki mendengki, khianat mengkhianati, adalah dua perkara buruk yang bisa menjatuhkan air muka sesama kita..

semoga kita dihindari daripada sifat sedemikian... kembali lah kepada yang Maha Esa, ikhlaskan diri dalam kehidupan abadi

KaK LimAh Si SupiR said...

rase mcm dh laen laa msuk sini :P

Chik Att said...

akhir zaman .... benda2 ropeee ini ...dah jadi makanan dah...

☾SHiemaCMa786☾ said...

x tau cane nk didik org yg ade phd ni..
huhuh...

azieazah said...

Zaman dulu bomoh menang pengaruh. Zaman moden sekarang bomoh jadi kaya dan pakai keta mewah....

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sifat yg makin menebal...

Sheherazade said...

tu la masalah orang kita

ozzy said...

Assalam..

Dengki, khianat & iri hati semakin lama semakin menebal pada jiwa kaum melayu cuma peliknya sifat itu hanya semakin menebal antara sesama melayu saja.. kita semakin menghormati & bertoleransi dgn kaum lain sbb takut dianggap rasis tapi kalau sengketa sesama melayu x akan dianggap rasis maka bertembunglah kita sesama kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign