Oct 5, 2011

Haramkan Ustazah Pilihan


Moga bermanafaat,berikut adalah pendapat dari Ulama berkenaan Ustazah Pilihan. Di harap,teman² share ilmunya;moga menjadi bekalan di akhirat kelak. Insyaallah...aamiin ya Allah.

* Ustaz Mujahid: Apa sahaja program yang meletakkan wanita di atas pentas, samaada nasyed atau sebagainya melainkan dia seorang pendakwah, itu pun yang ustazah² tua², kerana kalau muda akan menimbulkan fitnah, maka saya berpendapat ianya haram. Apatah lagi dengan program seperti ustazah pilihan ini.

Kerosakan akan berlaku. Memperagakan wanita di atas pentas, melihat wajah mereka, mendengar suara mereka. Dan jutaan manusia akan tertumpu kepada mereka. Khususnya kaum adam. Mereka hanya ingin melihat awek² tersebut sahaja sebenarnya. Maka, ini boleh menyebabkan si wanita itu turut berdosa kerana membuatkan orang lain berdosa. Apatah lagi di dalamnya, para peserta perlu melakukan perkara² bid'ah. Itu semestinya haram. saya sangat menentang program seperti ini.~ himpunan pendapat Ulama hingga kini. Insyaallah akan di kongsi lagi ilmunya.wallahhualam.


Note : Nak bagi pendapat pun x pandai sebab x berapa tahu jadi baik serahkan kepada mereka yang lebih ariff dalam hal agama...~sumber facebook..

29 comments:

eelobor said...

dalam paper hari nie wartawan meminta pandangan para artis berkenaan isu murtad. soalan di tanya pada bukan pakar agama, maka kenyataan yang keluar sangat2 mendukacitakan.

☾SHiemaCMa786☾ said...

ade yg sokong ade yg x..
huhu...
tggu dan lihat..

Rina Rahamat said...

kawan sy terpilih masuk ustazah pilihan ni..masfira..dh bersuami dan ada anak..


sy pandang positif pd rancangan sebegini..sbb ini satu cara mendekatkan golongan muda ke arah kebaikan..selama ni muda-mudi asyik disogok dgn program hiburan..sekurang-kurangnya program ustazah pilihan ni boleh menarik minat golongan muda ke arah keagamaan..

Unknown said...

selamat malam amy..

tulah fenomena yang berlaku...
walau macamana pun kak ayu yakin..
program tv akan tetap berjalan kan???

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

tgk bagaimana perjalanan nye nanti...

arituarini said...

ermm entah lah..kena tingalkan ke suami dan anak? ermm.. brapa lama lak tu..

Anonymous said...

mungkin dengan program seperti ini anak-anak muda akan lebih mudah untuk mendekatkan diri dengan keagamaan.. Mungkin kesederhanaan perlu dalam program tu.

Eera Shera said...

thx for sharing kak..dah lama terpikir kan rancangan ni.boleh ke x sbnrnye.

emm..kena tgk dulu kot camne rancangannya

Anonymous said...

Rina : kena pandang jauh. bila benda2 yg kita nampak boleh memudaratkan, kita patut elak. suami yang membenarkan isteri menjadi tontonan umum dikira dayus. rancangan begini memang bagus tapi cukup untuk lelaki saja, fitnah pun kurang.

wallahualam.

azwa amani said...

seorg perempuan yang mengaji di khalayak ramai (ada himpunan lelali yg bukan mahram) pun diharamkan, kerana takut menimbulkan fitnah, ke surau pun tidak digalakkan krn fitnah, inikan pula dipertontonkan di khalayak ramai..

eB said...

g2 eh?... tq... baik utk dipikir2kan

eMMe said...

betul, Me stuju dgn kata2 ustaz Azhar Idrus tu... berhibur boleh, tapi ada hadnya kan...

me suya said...

ada terbaca jugak pasal ni.. tp macam akak kata..serahkan aje pada mereka yg pandai :)

eima said...

skrg ni semua nk dibuat rancangan realiti .. mende yg tak patut....

Unknown said...

ustazah yg mengendalikan rancangan itu sepatutnyer lebih arif ttg hukum hakam nie...seolah2 rumah siap pahat berbunyi jer

Fazleyatul Aini said...

sama la.kita ni nak bagi pendapat, ilmu tak tinggi.dengarlah apa kata ulama. =)

Sheherazade said...

renung2kan

ozzy said...

Assalam..

Saya juga x brapa pandai tp teringin juga nak beri pendapat.
Kalau kemunculan mcm ni pun dianggap haram dimana perempuan islam boleh muncul?kena tunggu tua dulu ke baru boleh muncul?maknanya x akan ada pelakon atau penyanyi dr wanita islam?mcm mana pula dgn ahli politik wanita yg berceramah diatas pentas sambil ditonton oleh kaum adam?..
just my opinion sbb makin lama makin keliru & makin celaru.

WuMing said...

Setuju

Unknown said...

dah start ke belum ustazah pilihan ni??betul..ramai ulamak kata haram...

jadi artis2 wanita tu kan pekerjaan mereka haram la eik??

Unknown said...

emm..kalo ikutkan sebenarnye xboleh..tp x reti la nk komen2 lebih..tggu info baru la dr yg lebih arif

AzeedA said...

Assalamualaikom amy.. :)

memang byk buruknye drpd yg baik. biasenye kalu progremnye dh buat mesti disiarkan juge. tgklah & bg feedback.. jgn diam je. sape lg yg nk bela pihak muslimah kalu bukan kite sndiri ye dak?

aanie said...

xtau lagi apa isi kandungan cite ni...tp rasanya kalau rancangan utk lelaki rasanya ok lagi kan...

Unknown said...

ada gak terfikir pasal ni. Memang tak patut rasanya rancangan tu di teruskan...

Unknown said...

ada betul kata ustaz tu...harap ia mengikut syariat agama...

aamalinaazman said...

hurrmm
mimi pon ade dgr jugak pasal ustazah pilihan ni x boleh
hurmm
x tawla kan

Fiza Rahman said...

Rancangan ni memang tak patut lah. Tak sesuai utk wanita.

Dr. Amirah said...

rasanya tak perlu kan?pendakwah wanita kita pun macam ustazah siti nurbaiyah pun xdtg dri progra realiti.imam muda pun sebenarnya tak perlu.sebab pemerhatian saya kepada wanita yang fanatik sangat menduka citakan.

ekhwany said...

Asalamualaikum. Baik kita sama2 fikirkan idea membina agar rancangan ini boleh diperbaiki selaras dgn syariat dan bnar2 dpt membawa kebaikan. Kalau asyik nak diharamkan banyak rancngn astrooasis tu yg x boleh siar. Akhirnya saluran tu tutup diganti dgn siaran org2 yahudi tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign