Oct 14, 2011

Posisi hubungan seks ketika hamil


Selamat tengahari..

Selepas mendirikan rumahtangga , baru aku perasan yang aku sekarang nie sudah mempunyai satu minat baru. Tak tahu la samaada minat nie aku sorang je ke yang suka  atau mungkin anda² semua pun sama. Bukan kerana terlebih gatal ke apa tapi kerana aku rasa ianya sangat penting untuk di ambil tahu. Rasanya x salah kan kalau kita ingin menimba ilmu asalkan ilmu yang kita timba itu tidak menyalahi hukum hakam agama kita.

Perkara ini mungkin normal bagi mereka yang baru mendirikan rumahtangga. Seperti aku , satu fasa ke satu fasa aku cuba pelajari. Tambahan pula zaman sekarang nie dah serba maju , semua ada di hujung jari. Tak perlu susah² lagi nak ke kedai untuk membeli buku itu dan ini.Tapi harus di ingat! pastikan bahan yang di baca adalah dari sumber yang boleh di percayai.

Sekarang ni aku sudah masuk ke fasa pembelajaran untuk posisi hubungan seks ketika hamil. Walaupun aku masih belum ada tanda² ke arah itu , tapi aku rasa ianya sangat perlu untuk aku ambil tahu. Maklum la nak bertanya kepada Bonda aku segan , nak bertanya kepada kakak , aku x ada kakak...x kan la nak bertanya kepada abang pula kan. Jadi inilah salah satu cara untuk aku mengetahuinya , dengan cara membuat research di internet.So inilah hasil research yang aku dapat dan aku ingin kongsikan di sini bersama pembaca² Sinar Raudah.

Bagi para perawan kalau rasa nak menimba ilmu pun x ada masalah. tapi pada yang rasa segan dan rasa entri ini agak keterlaluan. Sila tekan tanda X di atas sana dan segeralah beredar dari sini.

Posisi hubungan seks ketika hamil

Bagi mereka yang sedang hamil , ia tidak bermakna yang anda tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Atau dalam erti kata lainnya anda perlu berpuasa sehingga sembilan bulan.Kalau ada yang berfikiran begitu. anda salah. Walaupun sedang hamil anda masih boleh melakukan hubungan seks dengan cara mengetahui posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil :

Posisi wanita di atas
Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan wanita hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal ke dalaman penetrasi.

Posisi duduk. 
Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.

Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.

Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar anda tidak memberi tekanan atau beban pada perut ibu hamil.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing².


Sumber : bacaan...


15 comments:

NzA said...

skrg nk cari maklumat hanya dihujung jari je, kalu dulu pndai2 le sndiri...he...

ozzy said...

x nak komen apa2 cuma entry ni bakal meningkatkan traffic hehe..

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Thx for sharing.. ^_^

Unknown said...

buku2 pon dh ade keluarkan tp versi kartun yg menutup aurat la..x silap dalam buku pa n ma..mmg tuk simpanan peribadi

kurus said...

bagus info ini ..
secara x langsung ramai yg akan tahu .. kalau bukan disini , di mana2 laman blog pun kita boleh baca kan dik .. nak tahu dan x nak tahu je

@ en ozzy

kenapa erkkk , salah ke kalau entry nie naikkan traffic sesuatu blog .. ok lah kan kalau itu yg menjadi minat org utk berkunjung :)

Unknown said...

eh, ingat salah masuk blog tadi... hehehe

tapi bagus utk yg baru berumahtangga, sbb jgn jadikan alasan hamil utk tak bersama suami kan...

semoga amy segera dikurnia cahayamata yg bakal meyerikan lagi rumahtangga :)

Unknown said...

akak ada kawan yang sepanjang hamil dia tak buat hubungan seks dengan suami..
pelik kan???
dia kata takut...
ni masalah nya bila tak de pendedahan...

BeloG MTT said...

Nak baca entri ni tapi malu malu sepod sedod :D

h4ni3 said...

hehe.. senyum baca komen k.nza kat atas tu :)

☾SHiemaCMa786☾ said...

hehe..maklumat dihujung jari..
tq for sharing.. :)

Eera Shera said...

*baca sambil malu2* hehehe...

azieazah said...

Berkongsi info berguna. Ada orang sudah bertahun kahwin pun masih keliru dan kurang jelas.

Sebagai wanita di zaman moden dan mencabar, elok kita menambah ilmu untuk kebaikan diri sendiri dan rumahtangga yang disayangi.

zahidah seran said...

benda ni pun kena amik tahu juga...
take it positive way...

exora said...

ooo..gtu yer, thanx 4 sharing

Cahaya Mama said...

hehe,.masih perawan tapi amik inisiatif bace sebagai ilmu,.yela,sme je kite ni nnti,.semua malu nk bertanya,.ni la die carenye,.banyakkn mmbaca,xsalah kan.hehe,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign