Oct 18, 2011

Kerana Rizal Fahmi player Kelantan laki aku jadi mangsa


As'salammualaikum...

Excited gila pagi nie aku nak buat entri. Bukan sebab banyak idea datang mencurah² seperti hujan yang membasahi bandar Kota Bharu nie tapi di sebabkan ada story yang agak lucu bagi aku. Sebelum aku cerita lebih panjang lebar lagi , ingin aku mohon maaf kepada pihak berkenaan sekiranya entri nie akan menguris hati kalian.Tak terniat pun nak buat anda berkecil hati tapi ianya sekadar suatu cerita yang tidak di sengajakan.

Cerita nie berkenaan dengan perlawanan bola sepak. Selama nie aku x pernah pun menjejakkan kaki di stadium Kelantan tapi baru² nie entah apa mimpi en.hubby , dia mengajak aku ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Seawal lagi kami sudah ke stadium kerana risau tidak dapat tempat duduk. Ternyata hari tue kali tidak lucky , tiba awal pun stadium sudah di banjiri oleh penonton. Jadi aku dan en.hubby terpaksa la berdiri. Naik lenguh juga la kaki sebab terpaksa berdiri.

Selepas selesai menyanyikan lagu , perlawanan pun di mulakan.Aku yang berdiri dari tadi agak pelik melihat orang sekeliling. Mereka seperti hairan melihat aku. Dalam hati berkata , ish x kan la mereka tahu aku ni penyokong Perak kot. Agak² la bukan aku pakai baju perak pun. Malas nak melayan aku buat tak tahu je..

Selepas beberapa minit perlawanan tiba² perlawanan terpaksa di berhentikan dik kerana salah seorang player kelantan di timpa musibah.Selang beberapa minit ada seseorang telah membuat pengumuman yang perlawanan pada malam itu terpaksa di batalkan..Semua ini gara² seorang player kelantan Rizal Fahmi mengalami kecederaan teruk.

Aku yang agak frust terus menyepak satu objek yang aku sendiri tak berapa pasti apakah objek itu. Kononnya tanda protes la. Pas aku sepak , baru aku tersedar rupanya aku telah menyepak en.suami la..Hai la mimpi dalam banyak² orang dalam dunia nie pasal apa la si Rizal fahmi tue yang datang dalam mimpi aku. Mujur la dalam mimpi tue en.hubby ada sekali kalau tak memang kes nanya nie..

Aku dengan rasa bersalah minta maaf dekat en.hubby sebab x sengaja boleh tersepak dia. Mujur en.hubby tak cakap apa , dia just ketawakan aku je. Mesti dalam hati dia berkata " Tue la hari tue gelakkan dia mimpi sepak bola sampai tersepak dinding" sekarang kena kat diri. Mujur la x sepak kuat kalau tak mahu terjun katil.hahahahahahaha!!!

Moral : Sebelum tido jangan sibuk nak tengok bola. Inilah akibatnya sampai terbawa² dalam mimpi. Tapi kan aku pelik kenapa Rizal Fahmi tue yang muncul kenapa tak Remi Ishak ke , Aaron Aziz ke , Tiq Zakiah ke , eh silap tiq x masuk dalam senarai hahahahaahahaha...


Sekian...




13 comments:

cheqna said...

chesssssssss
dang lagi mimpi ko dik oiii
ingatkan betul..=)

Unknown said...

keh keh keh..kes sy bukan bola..masatu layan citer 4 madu lakonan apek..pastu siap mimpi hubby kawen 1 lagi..nanges sambil bercerita..hahaha..hubby plak gelak je..suke la tuuuu..huhuhu

uncle gedek said...

uncle tak masok dalam senarai?

hehe...

munna said...

peminat bolasepak ye Amy ni... tu sampai terbawa dlm mimpi

aanie said...

hahaha...punye la semangat nak tgk bola....

h4ni3 said...

heheh
tendang betul2 ker?

Unknown said...

ha..tu la..
sebab tu sambil tengok bola kena makan kuaci..supaya kita tak fokus satu benda je..'kalau idak senang mimpi..
wakakaka...

Hudalatip said...

wa..tak agak-agak tu..huhu...

nurkaloi said...

hahah camne boleyh mimpi pmain bola sepak nie
pape punn bola sepak memang daa sebati dlm hati kaloi
xcited piala malaysia tahun ni yeahh

Sheherazade said...

hihihi,klakar la.nsb baik hubby kan

tak sengaja

heee,suke aaron juga ;P

kurus said...

ekekek akak dah agak sure amy mimpi nie .. ekekke :)
kalau mimpikan aaron ker remy ker .. harus esoknya amy kena tidur luar bilik ekekek :)

Anum said...

hahahha
mimpi rupanya

Zura Tahir said...

kekdg ntah sapa2 yg dtg dlm mimpi kite..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign