Oct 20, 2011

Tips : Perbezaan di antara handphone Original dan Ap set

Morning all..

Pagi nie aku nak share sedikit info mengenai gadget elektronik di antara original dan  ap. Dan post ini juga khas buat customer² online aku. Soalan yang sering di ajukan , samaada handphone ini original atau tidak??! dan warranty under mane??! Kenapa murah.. So aku cuba terangkan di sini dengan lebih jelas lagi..Di harap dengan penerangan ini , sedikit sebanyak ia dapat membantu anda semua..

First kita cuba fahami di antara gadget original , ap set , recon set or under water set.



Original set

* Pengedar rasmi Nokia adalah Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
* Pengedar rasmi Sony Ericsson adalah T-Choice, Grandtech, Midlands dan Thorus.
* First Mobile Group (FMG) adalah pengedar utama telefon bimbit Samsung.
* FMG memberikan warranty selama 18 bulan.
* Pengedar rasmi Motorola adalah Satellite Technics, Zitron dan MDM.
* Pengedar rasmi Siemens adalah Zitron dan FMG.
* Pengedar rasmi Panasonic adalah Zitron.
* Pengedar rasmi LG’s adalah Zitron.
* Anda boleh servis telefon bimbit anda di mana-mana pusat servis.
(Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres, etc)
* 1 tahun warranty termasuk charger, bateri dan handsfree.
* Alat ganti tulen digunakan ketika membaiki telefon yang rosak.

Ap set

* Maksud AP pula adalah Approval Products
* Selalunya ia akan di import dari luar negera dan dijual kepada pengguna
* Warranty bagi AP set adalah daripada syarikat tempatan seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax dan lain-lain lagi.
* 1 tahun warranty untuk telefon dan sebulan untuk aksesori seperti charger, bateri, handsfree.
* Sekiranya telefon anda rosak, anda perlu hantar ke tempat dimana anda membeli telefon tersebut.

Recon set.

* Recondition set adalah henset lame yang di baik pulih dan komponan luarannya di ganti baru.
* Biasanya harga bagi recon set ini lebih murah dari harga ori dan ap set.
* kebanyakkan tauke kedai tidak jujur dengan menjual baragan recon sama dengan ap set.
* Tiada warranty bertulis , hanya warranty kedai. Selalunya dalam sebulan atau paling lame dalam 6 bulan. Ini bagi mengaburi mata si pembeli.
* Berisiko kerana kualitinya sangat la rendah kerana ia berasal dari hp yang telah rosak

Under water set

* Telefon yang dicuri atau dibeli daripada luar negeri tanpa membayar cukai seperti mendapatkan pelekat SIRIM. Di cap sebagai haram. Selalunya dibawa oleh pelajar yang belajar diluar negeri.
* Kebiasaan di jual tanpa aksesori , hanya handphone dan charger saja di beri
* Kadang kala juga hanphone ini di lock , tidak boleh masuk sim malaysia kerana telah di lock telco negara asal.
* Tiada warranty dan biasanya hanya warranty kedai selama sebulan.

Mengenal pasto original dan ap set

1. Keluarkan bateri telefon
2. Set original mempunyai pelekat rasmi syarikat. (Zitron, Avaxx, T-Choice, Midland & etc)
3. Set AP pula mempunyai pelekat syarikat seperti Final Choice, CSL dan lain-lain
4. Tekan *#06# untuk memeriksa 15 digit nombor siri (IMEI)
5. Bandingkan dengan IMEI yang ada ditempat letak bateri dan juga pelekat di kotak telefon.
6. Untuk set original, nombor siri adalah sama.

Ok itu saja yang dapat aku kongsikan untuk hari ini. Selamat mencuba..


Note: Kalau ada yang berminat untuk melihat gadget terkini dengan harga yang kurang dari pasaran anda boleh la lihat di SINI. Make sure sebelum add , pls mesej saya terlebih dahulu kerana saya tidak akan sewenang² approve orang..TQ!



46 comments:

Qhaifa Nur said...

memang betul tu nak beli kena cek betul2....nanti kena yang palsu melayang duit....

mcm bapa mertua beli kat pertonas, ori2 kata org tu...2 hari pakai rosak...beli kat pengedar yang sah/tulen

qemaishak said...

nak juga sambar gadget (HP) baru ni tapi tgh pening nak pilih yang mana..nak yg murah & berbaloi, blh pakai lama hehe..

Unknown said...

ooo...sy tepon ni x reti mana la..janji g kedai ty ori ke x..bukan skali 14 kali..smpai puas ati..ori ke tak???..hoho

*SiRibenMerah said...

thanks for da info.. baru ku tahu....

Kak Amy said...

@Qhaifa Nur dearrr ni pendapat amy je , even beli kat tempat sah pun kalau nak rosak² juga , sebab komponan dalam dia suma komponan elektronik , orang yang sihat pun tiba² boleh sakit inikan pula barang ciptaan manusia...kalau ori x perlu risau coz ada jaminan yg risau tu kalau x de jaminan , warranty x tahu kemana hala..

Unknown said...

ada duit nanti akak nak beli enpon dengan amy je la..
tapi tak tau bila nak ada duit tu..
hahhaha

faraherda.razalan said...

Susah gak nak beli hp kan? Tp sy ley guna tips kat entry nie. Sy jarang2 tukar hp. Tgu smpi betul2 tak ley guna, bru tuka len. Maka, sy agak kurang pengetahuan bab hp2 nie.

ZianaRazali said...

tq k.amy..
bsanya tak pandai bab2 gadget2 nih..pegi kedai tengok yang berkenan luaran jer..huhu..

Tieah Madian said...

Ade jugak tadi org share pasal benda ni dalam fb.. Tapi cek kat hp.. Nnati lah nak share jugak.. Tapi bukan yg cam kak amy share.. Ini lagi details kot..



Entry Terbaru : Tak Malu Ke Gaduh Pasal Lelaki Di Tempat Awam?

Unknown said...

thanks for the info amy..

munna said...

PERNAH KENA TIPU MASA BELI H/P DULU...SKRG NI MMG KENA HATI2

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakak tak tahu itu semua Amy. Dah terangkan pun kalau tak tengok balik mesti tak tahu...

☾SHiemaCMa786☾ said...

yes..tq for the info dear.!

me suya said...

tq sis.. sgt berguna...
setahu suya.. samsung xde recon nyer product.hehehe so jum beli samsung~ 2nd hand tu ade la kan

ibuintan said...

tq atas infonya Amy... baru tahu cara nak check yg ori

eelobor said...

lambatnya ari sabtu atau ahad

zulkbo said...

salam..
baru tahu tentang produk
underwater tu..ermm..macam-macam
orang meniaga ye..saya suka beli
di kedai yang jual produk
original sahaja..biar mahal sedikit

Sheherazade said...

ooo,baru pia tau sikit ;)

Sarah Syazwani said...

oo baru tau..sebelum ni mmg xtau mana AP n ori

Cahaya said...

apa maksud retrons pulak ek?

al-lavendari said...

ini satu maklumat yang sangat bagus .. selama ini saya beli main bedal je !

munna said...

...Amy semoga cepat sembuh ye...

dhiera zainudin said...

baru tahu..thanx sharing info amy.

pss: dgr2 kena denggi. get well soon dear. banyak kan minum air. sup ketam atau air kulit tembikai bahagian warna putih tu.

kasihibu said...

amy..
harap sudah beransur sembuh ye
semoga amy jaga diri baik baik

ozzy said...

tips yg sangat berguna pada semua pengguna

Panglima7 said...

Assalam Amy. Patutlah tak update Blog. Rupa-rupanya amy diserang demam D....InsyaAllah Panglima doakan Amy cepat sembuh.

Panglima7 said...

Semoga Amy bersabar dgn ujian Allah. Panglima doakan Amy cepat sembuh.

aamalinaazman said...

akak!
semoga akak cepat sembuh ye
patot lame x nmpak akak
huuu
maaf kan sy kak lmbt tawu pasl ni

semoga Tuhan memelihara akak..

Dinas Aldi said...

Semoga Allah SWT melindungi Amy, semoga cepat sembuh ya.

wahida said...

salam takziah pada amy sekeluarga..semoga rohnya dicucuri rahmat dan dibariskan bersama2 org yg beriman...

al fatihah...

aanie said...

amy...semoga amy cepat sembuh....minum 100 plus byk2...

AzeedA said...

innalillah.. al Fatihah :'(

wahida said...

salam amy...
mintak maaf byk2 pada amy dan keluarga atas ucapan takziah saya tadi...saya harap amy boleh delete komen saya tadi...
ada anonymous dtg komen ke blog saya dan inform hal yg tak betul ni...sepatutnya kami semua check dulu statement ni...huhu...


apapun amy, kami di sini sentiasa mendoakan kesihatan amy agar betul2 sembuh...sayang amy..

hanya Allah yg mampu membalas perbuatan mereka yg tak bertanggungjawab tu...

miss Fyqa said...

ohh. thanks 4 sharing.. nak share kat fb la eh.. :) tq.. ;)

eiela said...

saya memang selalu beli yang original, rasa selamat sikit, lebih tahan lama.

Panglima7 said...

Assalam Amy...Panglima dan semua tak putus-putus mendoakan kesihatan dan kesembuhan untuk Amy. Banyakkan minum air 100 Plus dan makan sup ketam. InsyaAllah cepat sembuh dan akan banyakkan pallate darah merah. Dan semoga cepat keluar dari hospital.

aizamia3 said...

last beli setahun lepas.. syukur masih ok sebab beli dari pengedar yang sah.. takpelah berhabis duit janji puas hati tak kena tipu..

che mid said...

Ya Allah Ya Rahim, berikan kesembuhan kepada sahabatku ini.. Amin

sarah-najwan said...

tengs amy sal info henpon ni..

####semoga amy cepat sembuh deh..bykkan rehat yer..

Panglima7 said...

Bagaimana laa.. keadaan amy sekarang ni kan? Semoga cepat sembuh.

kurus said...

salam dikk
cepat2 sembuh ya
akak pun baru tahu nie

miss u alotss
akak doakan x ada apa2 yg lebih teruk dan amy lekas2 sembuh ..
aminnnnnnnnn
be strong dear !! ..

Nadyahoney said...

akak..saya baru tau pasal akak...moga akan cepat sembuh...

dark said...

Thanks for the info...

=)

minta izin copy and re-share at my blog...

http://adnur89.com/2011/10/tips-how-do-you-recognize-your-original-handphone/

Unknown said...

ayie cuma tahu sony and nokia jer..thnkx for the info sis

semoga cept sembuh sis...

kasihibu said...

manalah amy nih..
sihat ke belum?
dah sembuh sepenuhnya ke belum..
amy!!!!!!

rehat banyak banyak ye...
harap beransur sembuh sepenuhnya.

ieza ashaari said...

yes ! hp ori.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign