Mar 17, 2011

Hidup ibarat kapal yang sedang berlayar di lautan


Hari ni agak sedikit lewat rasanya aku memulakan entry untuk hari ni..walaupun sedikit lewat, tapi still ada cerita yang aku nak sampaikan , walaupun sebenarnya idea belum datang. Tapi aku percaya ..idea akan datang sendiri selepas ini. Yang penting aku perlu memulakan dahulu sebelum idea yang sebenar akan muncul, kerana melalui pengalaman menguruskan blog ini, semakin banyak kita menaip semakin banyak idea yang akan muncul. Alhamdulillah setakat ini masih lagi belum mengalami ‘sindrom kekeringan idea’.

Sebagai manusia kita mempunyai jalan dan arah hidup yang tersendiri dan berbeza. Ada yang lurus sedikit, ada yang bersimpang siur,ada yang tenggelam timbul, pendek kata memang tak sama dan tak serupa.

Actually perjalanan hidup kita ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan yang amat luas.Tak tahu apa yang akan berlaku di tengah-tengah laut nanti, ada jerung ke, ombak besar atau tsunami kita sememangnya tak boleh nak jangka. Apabila sesuatu berlaku di tengah-tengah laut, kapal tersebut sudah pasti tidak boleh berpatah balik, kerana memang sukar juga untuk berpatah balik, sama susahnya juga seperti meneruskan perjalanan, Jadi apa jua yang berlaku, ombak besar atau apa saja, kapal tersebut terpaksa mengharunginya.

Begitu juga dengan hidup kita sebagai manusia. Kita sudah lama meninggalkan pelabuhan kehidupan dan sekarang kita sedang menghampiri destinasi,dan kita sendiri pun tak boleh jangka bilakah destinasi kita akan sampai. Yalah..kita memang tak boleh nak agak..bilakah usia kita akan berakhir dan dimana pengakhirannya.

Perjalan hidup kita memang tidak boleh dijangka, tetapi kita masih boleh merancang apa yang kita ingin lakukan, apa yang ingin kita elakkan. Tetapi tidak semestinya apa yang kita rancang benar-benar terjadi.

Jadi sebagai manusia kita hendaklah sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan kita hadapi. Teruskan kehidupan kita dengan penuh ketabahan dan kesabaran dan yang paling penting tanpa putus asa. Kerana setiap ujian dan dugaan yang ALLAH berikan pasti ada hikmahnya..



17 comments:

Sheherazade said...

setuju sgt

semoga kita tabah walaupon apa pon yg terjadi

apezs shah said...

Salam

Insyallah kak.. Jika ada manusia
yg sudi mengingati kita.
selagi itu kita akan berusaha
untuk berubah ke arah yg benar.
kerana kapal yg dilayar pon
kkdg leka akan nikmatnya. sebab tu
kita takkan terjangka.. ;)

eima said...

motivasi pagi hari ... bagus la amy nih hari2 bg motivasi kat semua

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah Amy kalau kita masih ingat bahawa perjalanan kita sesungguhnya memang terlalu panjang. Sebelum pengakhiran sebuah kehidupan kita kena berjuang dunia dan akhirat demi kebahagiaan keduanya sekali.

lalink7 said...

kite selalu mengalami sindrom kekeringan idea..hukhuk.. =((

Adinda Amy Sensei said...

hidup penuh dugaan
hadapinya dgn sabar...

sahromnasrudin said...

trime kasih atas entri ini..

saya cume berharap kapal yang sedang saya pandu ini tidak dirompak oleh lanun jika sampai di teluk Aden kelak hehehehehe

ozzy said...

Assalam..

Itulah hakikat kehidupan..walau sehebat mana gelombang kita perlu tempuhinya juga.

munna said...

semaik lama hidup ita semakib besar gelombang yg akan kita temouhi... yg pasti kita kena besiap sedia menghadapinya..

p/s : thanks... pasal header tu kak munna dah resize kan ... bertambah comel header kak munna

me suya said...

agree with akak
tapi yang penting kita berusaha kan kak

Bunga said...

Alhamdulillah..

yang penting usaha..cayokk..

Tieah Madian said...

Huhuhu.. Hidup ni comlicated kan.. Tapi itu semua dugaan/ujian.. Haus tabah dan berdoa untuk kehidupan yang lebih baik.. Ngee :)

Entry Terbaru : Warga Tua Dan Bayi Terselamat Dari Gempa Bumi Dan Tsunami, Bukan Maria Ozawa Sahaja!

Hanis Azla said...

setiap yg berlaku punya hikmah untuk kita lebih bertakwa kepadaNYA..

Unknown said...

akak tak pandai merancang...:p

Penjejak Mimpi said...

as-salam

amy, tq untuk entri ni.

mane 1 pilihan ati; gagal untuk merancang atau merancang untuk gagal?

AngahSayang2314 said...

betul tue...improve kan diri tuk kita kan???

- shay - said...

perumpamaan kapal tu kurang tepat..kapal skrg dah boleh menjangka ribut taufan melalui peralatan moden..kapal memang takkan berpatah balik,namun kapal akan singgah sementara di kawasan selamat sebelum teruskan perjalanan..bukannya sesuka je nak redah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign