Mar 3, 2011

Risiko kehilangan seorang pelanggan


Katakan korang membuka sebuah restoran atau warung makanan. Tiba-tiba disebabkan oleh kecuaian yang tidak disengajakan oleh pekerja korang atau kebetulan hari itu pelanggan terlalu ramai dan anda terlepas pandang seorang pelanggan yang sepatutnya telah lama menerima pesanannya dan pelanggan tersebut berang dan berlalu begitu sahaja. Yang harunya korang tidak pula memujuk atau meminta maaf kepada pelanggan itu. Agak-agak koranglah berapa korang rugi?

Mungkin korang akan berkata 'Ah biarlah kehilangan seorang pelanggan malam ni, pelanggan lain ramai lagi. Lagi pun habis banyak dia orang makan lebih kurang RM25.00'. Kalau itulah yang tersemat pada fikiran korang , korang telah membuat kesilapan yang amat besar dan tidak boleh dimaafkan.

Sebenarnya bukan RM25.00 tapi mungkin berpuluh-puluh ribu korang rugi. Kenapa? Kerana beliau mungkin tidak akan berkunjung lagi seumur hidupnya ke warung korang. Bayangkan kalau seminggu beliau berkunjung dua kali bermakna sebulan korang sudah kerugian sebanyak RM200.00 dari orang berkenaan. Bukan itu sahaja, dia tidak akan mengesyorkan kepada kawan2nya yang lain makan di tempat korang. Dan yang lebih menyedihkan lagi mungkin dia akan sebarkan kelembapan restoran/warung korang kepada sesiapa sahaja yang dia kenal sebaik sahaja keluar isu tempat yang hendak dikunjugi untuk makan-makan. Jadi jangan terkejut sebenarnya korang mungkin kerugian ratusan ribu ringgit disebabkan oleh kecuaian yang korang anggap kecil tadi.

Renung-renungkan dan selamat beramal....


14 comments:

white rose said...

btul tuh...
sedaya upaya laa jgn terlepas pelanggan...

mcm guru jugak...

murid adalah pelanggan...
mesti kena bgi servis yg baik & memuaskan...

Kak Amy said...

yap betul tue dear , setuju sangat dengan awak...

Unknown said...

akak pun pernah kena gini..
sedih betul la..
dah la kita lapar..
jadi gitu pulak..

sejak tu siap pesan kat kengkawan jangan
pi makan kat kedai tu..
hahha

eelobor said...

betul, bila sedap saya akan puji dalam blog. tapi bila ada masalah juga saya akan tulis kat blog.

memang ada kesan, mungkin jangka masa panjang...

ISZA said...

teringat kes amy search disaman..

Puan Besar Shag Yahaya said...

Skrg ramai sgt yg beranggapan hilang pelanggan hal biasa. Tak pernah nak muhasabah diri. Macam mana dia handle kedai. Macam mana pekerja dia layan pelanggan semua. Siap besar kepala adalah. Yela, dia kan toke kedai. Hehe :P

A.s.t.i.n.a said...

ni mesti ade kes tadi ni kan kan?

Anonymous said...

setuju sgt dgn amy..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

bende nie paling bahaya krn promosi dari mulut ke mulut nie sgt tajam..abes satu taman dicanangnya..kne jaga hati semua pelanggan woo huhuhuhhhh

azieazah said...

Dalam perniagaan, terutama makan, kena ikhlas dan jujur selalu.

InsyaAllah, kalu kurang sedap tapi layanan first class orang tak kisah datang lagi..

azieazah said...

Dalam perniagaan, terutama makan, kena ikhlas dan jujur selalu.

InsyaAllah, kalu kurang sedap tapi layanan first class orang tak kisah datang lagi..

cikpuanhady said...

wahh..lama tak datang sini dah berubah wajah..

ha'ah, dalam perniagaan, setiap customer adalah penting..

Jom skodeng :Notre Belle Histoire

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

apdm said...

salam

setuju sangat kak, kita kena jaga hati pelanggan ni sebaiknya, untung3 lagi murah rezeki kita.

Sheherazade said...

btl tu,pia kalu x puas hati kali pertama pg kedai mkn tu

pia akn ckp,this is first n the last time mkn kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign