Mar 2, 2011

Nenda dalam kenangan


Alhamdulillah aku dan en.hubby sudah selamat pulang ke Kota Bharu petang semalam. Travel satu hari memang sangat memenatkan. Kami bertolak seawal pagi dan sepanjang perjalanan kereta memang x de sangat , ye la gerak pukul 5.30 pagi la katakan. Confirm orang tak banyak guna jalan raya lagi.Sepanjang jalan gelap je sampaikan kami boleh tersalah masuk simpang.Padahal dalam 2 tahun kami melalui jalan tue , tak pernah pun masuk simpang tue. Jenuh pulak mencari jalan keluar. Last last terpaksa menentang arus. Sian en.hubby gara gara aku la nie. Macam mane aku boleh suruh dia masuk simpang tue pun tak tahu la. Mungkin kerana otak aku bercelaru kot.

Kami pun tak banyak bersembang dan membuatkan suasana pagi tue sunyi dan sepi je. Aku lebih banyak mendiamkan diri sambil sedekahkan apa yang patut di dalam hati. Sedang dok melayan perasan tiba tiba aku tersentap. Lalu bersuara kepada en.hubby ' uish benda putih apa tue' ? Sekali pandang balik rupa rupanya wanita bertelekung nak pergi menunaikan solat subuh di masjid. Cuak gile aku , ingatkan apa la. Dah la aku nie penakut bangat. En.hubby pun ketawakan aku sambil berkata sikit lagi mesti nampak lagi ramai.

Sebelum meneruskan perjalanan , kami berhenti sebentar di RNR di petronas untuk settlekan apa yang patut. Selepas selesai kami pun meneruskan perjalanan. Aku yang agak kepeningan dan kemualan , lalu meminta izin pada en.hubby untuk tido. Bukan apa takut aku uwek uwek nanti sebab jalan jeli grik tue dah la bengkang bengkok , pastu teruk lak tue. So masa baru nak tido tue tiba tiba en.hubby bersuara ' mama gajah'. Mengelupor aku bangun.Uish besarnya...

Dah 2 tahun lebih kita melalui jalan nie , inilah pertama kali kami jumpa gajah. Selalu jumpa najisnya je. Nasib la gajah tue di tepi jalan , kalau di tengah jalan macam bonda kena hari tue. Mesti bahaya! sebab orang tak de lalu kat situ. Boleh di kira berapa kete je.Mujur juga la aku x drive sorang sorang kalau tidak mahu keras aku ketakutan.

Kami sampai di rumah arwah nenda lebih kurang pukul 9.30 pagi. Time tue orang dah mandikan jenazah pun. Tak sempat aku nak tatap lame muka arwah. Arwah meninggal pada usia yang baru mencecah 90 tahun berbanding dengan arwah moyang * nenda punya bapa* meninggal pada usia 102 tahun. Di kebumikan sebelah kubur arwah atok , arwah nenek sedara dan arwah moyang. Selepas pengkembumian , aku terus ke rumah mak cik untuk bersihkan diri. Bukan apa aku nie lemah semangat sikit.

Selepas makan tengari dan kami pun berangkat pulang ke KB. Sepanjang perjalanan tidak ada sebarang masalah pun cuma aku sakit kepala je. Tiba di rumah betul betul time maghrib. Tak sempat pun nak stay lame sikit di luar rumah. Orang kata kalau kita pulang lewat , kita kena stay luar rumah dulu takut ada yang mengikut. Time nak tido semalam , aku merungut dekat en.hubby , asal la fikiran dok fikir arwah je. Asyik terbayang je..En.hubby suruh aku baca apa yang patut. Alhamdulillah lame lame terlelap juga.

Note : terima kasih kepada pihak bank kerana memberi pelepasan sehari kepada en.hubby. Dan terima kasih juga kepad semua yang telah mengucapkan salam takziah.Sorry tak sempat balas komen lagi. nanti amy balas ye!


23 comments:

Sheherazade said...

Al-Fatihah :(,saba ye Amy...xoxo

,pia blk kg hubby 1 1/2 jam jer,kadang2 tertido xsempat mtk izin, hehe

adventure juge ye perjalanan,syukurlah selamat sampai

Kak Amy said...

Pia > thanks dear.. amy kalau tak tido mesti lembik badan nanti asyik uwek2...tapi nasib travel kali nie ok x de banyak meragam hehe...

wahida said...

al fatihah utk nenda u sis...semoaga dia tenang di sana...amin...

Kak Amy said...

Wahida > Thanks dear.. semoga arwah tenang di sana..amin

Kakzakie Purvit said...

Putaran hidup semua kena alami. Syukur nenda Amy mampu menghabiskan sisa hidup sehingga 90 tahun. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman. Amin....

ibu qaleesya said...

alhamdulillah dah sampai pun

Linglung said...

takziah, Al-Fatihah untuk arwah nenek.

nurkass said...

alhamdulillah..
selamat perjalanan..
semoga roh nenda dicucuri rahmat..

sabar ye amy..

azzey said...

Slm takziah juga dari saya..

Tieah Madian said...

Alfatihah untuk nenek kakak..
Semoga rohnya dicucuri rahmat..
Alfatihah~



Entry Terbaru : Usianya Sudah 59 Tahun

Kak Amy said...

kak zakie > terima kasih kak.

Kak Amy said...

bani > alhamdulillah..sian kat bos awak mesti penat sangat.

Kak Amy said...

Linglung > terima kasih bro.

Kak Amy said...

Nurkass > thanks ye

Kak Amy said...

azziey > terima kasih azziey

Kak Amy said...

dtieh > terima kasih dik.

Bunga said...

takziah..setiapkejadian ada hikahnya..

Sarah Syazwani said...

alhamdulilah selamat pegi dan selamat sampai...x pernah lagi lalu grik tu..nak juga merasa adventure lalu situ

A.s.t.i.n.a said...

Al Fatihah.....

Anonymous said...

al fatihah dan salam takziah pada keluarganya.

::Budak Degil:: said...

alfatihah...bertemu lah nenda kak amy dengan arwah ayah sy di alam sana....

☾SHiemaCMa786☾ said...

alhamdulillah..semuanya selamat dn berjalan lancar..
takziah utk amy sekeluarga..
alfatihah utk nenda..

azieazah said...

Salam takziah..


alfatihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign