Salam hujung minggu ,
Baru lepas layan Galaksi di tv9. Hurm.. agak hot juga gosip yang di paparkan. Salah satu yang menarik perhatian aku , part Azwan Hj Ali dengan Didie Alias. Sebelum nie aku dah pernah buat entri mengenai mereka berdua ni , nak tahu pasal apa u all boleh lihat di SINI. Artis berperang di twitter.
Tak tahu la mane satu yang betul. Dua² mempunyai ego yang tinggi dan tidak mahu mengaku kalah. Serius aku rasa malu bila lihat artis di negara kita seperti ini. Kenapa perlu keruhkan lagi keadaan , dengan sebelah pihak pang pung pang sana sini dan yang sebelah pihak lagi tum tam tum tam balas.. Sampai bila pun x ada kesudahan. Sepatutnya cari la jalan untuk selesaikan kemelut yang melanda tapi bukan dengan memburukkan lagi keadaan.
Pendapat aku la , sekiranya mereka benar ada rasa tidak puas hati better bersemuka . Cakap dari hati ke hati. Be profesional tapi jangan la macam ke anak²an.Kalau betul ada yang tak puas hati lepaskan depan². Rasanya x perlu gunakan media kerana bagi aku media nie sekadar mengambil kesempatan je. Kadang² benda kecil pun boleh jadi besar.
Tengok la macam tadi yang sebelah pihak cakap macam nie dan yang sebelah pihak lagi cakap macam nie. Tak ke ia menambahkan lagi api kemarahan. Aku yakin kalau Lady gaga Malaysia mahupun si mulut laser tu lihat , confirm terbakorrr punya. Jadi sampai bila pun kemelut ini tidak akan selesai..
7 comments:
pas sorang..sorang gaduh ngan AA ni kan...
di twitter pun makin hebat kisah mereka ni.. mcm2 dunia artis ni =)
mereka sendiri yang membogelkan diri mereka di khalayak ramai
macam2 hal kan sis...
akak sihat?
lama xmenempel di sini. Suya busy sikit lately ;)
bila bergaduh macam ni, 1 malaya nampak kebodohan mereka. ntah hape2 je dorang ni
tak kuasa nk layan mereka
biasalah dah merundum...mulalah cari sebab nak femes balik
Post a Comment