Oct 17, 2011

Baget 2012! mati dulu baru rasa


Selamat tengahari..

Baru lepas selesai berurusan dengan bank dan pejabat pos. Malangnya hari nie hari aku menunggu. Tadi di pejabat pos orang tidak la ramai mane , kaunter hanya buka satu saja dan selebihnya staff dok melepak berborak. Yang berurusan di kaunter pulak , boleh la bersembang bagai seolah² x ada orang yang nak berurusan lagi. Memang geram la sebab aku kena kejar ke bank pula. Duit harus di masukkan sebelum jam 1.

Lepas aku bersuara minta cepat sikit , baru la pok cik di kaunter tue mengambil barang aku yang ingin di poskan. Selepas selesai cepat² bergegas ke bank. Nak deposit duit banyak kali pulak la mesin tendang duit. Jenuh aku dok betulkan duit tue tapi hampeh.banyak kali cuba baru boleh..

Lepas ke bank aku pun nak cari makanan. So singgah la di Hayaki untuk beli mee kari. Aku minta tapaw 4 bungkus. Selebihnya boleh makan petang nanti. Tunggu punya tunggu dekat setengah jam x siap² jugak. Last aku panggil la adik yang keje kat situ. Aku cakap kalau lame lagi aku x jadi la beli, terus dia cakap kejap je kak... Rupanya baru nak bungkus meenya. Padahal orang x de la ramai mane pun. Tak faham betul la.

Tadi masa di Hayaki aku sempat curi² dengar perbualan orang di table sebelah berkenaan dengan politik. Ala kes pekerja asing dapat taraf warganegara tue. Sekali ada sorang uncle nie cakap , mujur la dia masih hidup baru rasa kalau yang akan datang tue mungkin mati dulu baru rasa. Bila terdengar tue , aku rasa tertarik dengan ayat yang di gunakan uncle tue. Jenuh aku fikir last baru dapat tangkap. nie mesti kes pencen. Untung orang yang pencen sebelum nie sebab dapat merasa duit pencen sebelum mati tapi berbeza pula dengan orang yang pencen akan datang, sebab mati dulu baru dapat merasa duit pencen..Lawak betul la..

Tapi kalau di fikirkan balik ada benarnya kata uncle tue. Sepatutnya bila dah umur 55 tahun tue rasa dah perlu rehat. Nak habiskan masa dengan beramal ibadat tapi bukan menghabiskan sisa² hari tua di pejabat...Adoi macam mane la nanti ye , x dapat di bayangkan huhuhu..


Note: Hilang stress aku bila dengar dorang bersembang. Di sini politik bulan memang kuat kalau rasa diri tue dacing better tak yah sibuk² nak join sekaki. mesti kena paku punya hahahaha...




15 comments:

kurus said...

betul lah tuu dikk
kalau semua nie nak rasa time2 usia kita dah ujung2 , dah x der nikmat kan huhuh

che mid said...

Nak tambah sembang, lagi 2 -3 tahun nanti, bila anak cucu nak kawen kena tengok betul-betul asal mana... memanglah warganegara Malaysia tapi kok cakap macam Indon ha ha

terpatrisinarabadi said...

selalu staf diaorg mmg mcm tu, dah tau org ramai, buat keje sambil lewa jer...sakit mata tengokkan ek

Sarah Syazwani said...

rsnyer x laratla nk keje smpi 60..ms utk rehat je sebenarnyerr

Dee said...

org sembang tentang politik kalau tak berminat baik diam jelah..sengih2 sudah..hehehe..

Unknown said...

mmg seronok gak join smebang kedai kopi ni...hehe

dan ada betul ckp pakcik tu...huhuuu

Bardboo said...

betul tu..xkn sampai ke tua nk keje jer

Anonymous said...

paling tak suka berurusan di kaunter..susah nak cari muka manis..lebih2 lg di kaunter public bank sri muda s/alam..grrrrr

atuk said...

Assalamualaikum Amy

bajet pancing pancing...

Wassalam

Sheherazade said...

hehehe

pia pon selalu kena situasi yg menguji kesabaran

ct kektus said...

Tak sgup rasanya nk kerja smpi umur 6othn. Huhu

SoLy SoLicious said...

ade pro n kontranye.. paling xsuke isu kenaikan umur bersara..

Fazleyatul Aini said...

saya rasa mak saya nanti silap2 p mengajar pakai tongkat
abis dah pencen umur 60
patut dok umah main dgn cucu je
eh!

hihihihi

Acik Erna said...

Amy..betul katanya tu..sekarang ni..kalau nak naik gaji..kena terima pencen 60..nak tak nak kena sain..dan kita tetap nak pencen 56 jugak.kalau pendek umur..memang mati dulu..nampak sangat..memang dah tak dek duit nak bayar pencen..

SiTi said...

setuju sgt...55 tu dah ptut duk umah pulak...mmg dah x larat nak buat keja smpai 60thun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign