Di dalam dunia ini, segalanya sentiasa berubah. Musim silih berganti, air pasang dan surut, inflasi turun dan naik, orang yang bekerja boleh menganggur, semua itu adalah hukum alam yang perlu kita akur.
Zaman sekolah dulu, kalau kita belajar sains, Ada serangga yang bertukar warna apabila berada di sesuatu tempat mengikut warna tempat tersebut. Kenapa ia bertukar? salah satu sebabnya kerana keselamatan dan perlindungan. Inilah hukum alam, sesuaikan diri anda dengan kedaan ataupun anda akan ketinggalan dan terus lenyap..
Begitu juga dengan dunia perniagaan, banyak yang berubah dan pakar pun boleh silap dalam memberikan pandangan .Realiti kita boleh lihat sekarang betapa pentingnya komputer pada masa sekarang, samada bagi tujuan peribadi atau perniagaan, malahan komputer juga menjadi medium yang penting bagi komunikasi.
Jadi kesimpulan yang boleh aku nyatakan disini:
- Apa yang benar hari ini, mungkin tidak lagi menjadi satu kebenaran untuk hari esok, kerana keadaan yang sentiasa berubah mengikut keadaan.
- Kita gagal hari ini, tidak mungkin akan gagal lagi esok. Begitu juga sekiranya kita berjaya untuk hari ini, esok tidak pasti kita akan berjaya.
Bagi seorang yang telah berjaya, mereka bukan sahaja akan menerima sesuatu perubahan, malahan akan sentiasa mengalu²kan perubahan. Yang paling ketara dilihat, seseorang yang tidak sanggup menerima akan di anggap ketinggalan zaman. Soalan saya , adakah kita sanggup hidup hari ini mengikut persekitaran 10 tahun yang lepas? Fikirkanlah…
17 comments:
hidup untuk masa depan...=)
buka minda menerima perubahan
dan..belajar dari kesilapan...
hidup utk persekitaran 10 tahun lepas??
errkkk..x mungkin kut..
* cat baru la umah die...kaler ijau lg.. :)nk jugak la camni...kaler biru...ajarkan boleh...(sambil buat mata kelip2 )
salam singgah
moga ada perubahan utk diri saya..
tq..
dah follow jom follow back
kena selalu perhati dan muhasabah diri.. kena berubah menjadi lebih baik, bukan sebaliknya.. kadang2 kita terikut2 trend tanpa selidik buruk baik trend itu terlebih dahulu..
salam kenal dik.. :)
insyaAllah. terima kasih.
sangat logik....
Assalam..
Apa yg penting adalah perubahan kearah positif/lebih baik
p/s-wah wajah blog pun dah berubah ye..
assalamualaikum...
al quran jua yg benar belaka...kekal sehingga ke akhir zaman...
satu pandagan yg sngt menarik bagi amani...
amani sukakannya.. :)
insyaAllah... berubah dari kesilapan dan belajar dari pengalaman
sentiasa belajar :)
berubah untuk mkearah kebaikan mmg patut...
yer....memang betul tuh amy. i sokong sangat2
tak perlu berubah amy
kita maintain yang terbaik je,boleh kot?
ko dah bleh jd pakar motivasi dah ni ...slalu buka minda org utk berfikiran positif la....
aku suka kaler ijo ni ... cerah mata tau .... ceria je
Post a Comment