Selamat tengahari...
2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.
3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.
4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.
5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.
6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.
9 comments:
thanks for da tips dear
dlm rmh tga kena byk sabar n tolak ansur ;)
Cara KC mengatasi pertengkaran :- Cuba memahami en asben sebyk mngkin dan terima dia seadanya. Terluka, tercalar sikit2, itu biasa. Esok2 baik la tu, kan Amy kan. hihihi
kadang2 pertengkaran boleh merapatkan hubungan.. mengajar kita utk lebih memahami & mendalami hati pasangan kita..
apa yg penting kena sentiasa tolak ansur :)
krisis bole merapatkan sesuatu hubungan..
tapi perlu pandai menangani krisis tu
papepun, komunikasi yg berkesan itu adalah sangat penting :)
terima kasih :)
Ada juga yang selalu bergaduh dan bertengkar tapi anak setahun sorang hehe..
saya pulak lebih banyak gaduhnya dari baiknya...tapi seronok pulak, lebih manjewwwww gitu
Post a Comment