Sedang sibuk mencari maklumat berkenaan dengan persiapan perkahwinan sekali aku terbaca artikel nie dan terasa untuk di kongsikan di sini. Sumber halaqah.net
Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun. Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :
Dari Ibnu Umar r.a katanya: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan Baginda mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu." [hadith bil. 2003 : Sahih Muslim]
Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)" [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]
Jelas Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz: "Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari."
Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan. Tetapi masih ada lagi dikalangan masayarakat yang melakukannya. Nak kata tidak diberi penjelasan, saya kira sudah berbuih mulut ustaz-ustaz mahupun ulama'-ulama' mengatakan tentang hukum tersebut.
Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman..
Note:Mujurlah masa kahwin dulu x ukir² pape kat tangan , lagipun memang x minat.. nampak serabut semacam je tangan huhuhu~
18 comments:
suka sangat ngikut kaum lain punya cara~haih~
dah sll kluar statement sal ukir mengukir tgn nih..tp tetap rmai gak yg wat dono n buat.haishhh..hrp pd mereka2 yg nk cntik tu tak la smpai ketepikan hukum
arrr baca yg dr mashitah ckp blh plak kecuali jgn bentuk binatang etc....pening patik ngeee...x per zaman kawen ai dah lepas dan ai pow terukir gini gak uwaaaaaa kowaii
parents and bakal suami mmg tak bagi... so inai je biasa kat hujung jari
no komen
mcm2 hukum yg keluar...mana satu ni?
ade yg ckp boleh...
huuu
tulah...rmai yg pndg temeh dgn ni kan
huhuhuhu
nnti kawen nak pkai yg cm biase je
kan..hehe =]
TAK PAYAHLAH NAK IKUT CARA AGAMA LAIN... BUAT YG BIASA JE UDAH IKUT ADAT KITA....
sy masih belum teringin nk ukir..tapi ibu x kasi menyerupai tatu kan..
sy pon ukir gak ms kawen..tp xde la over sgt..gambar bunga2 aje..skang xtau la ape hukumnye..emmm
Pia pon tak berukir dulu,Alhamdulillah
mcm2 hukum mengenai berinai nie...masa kawen dulu pun lini berinai gak..de lukis bunga2 kat tgn tp jap jer dh ilang sbb bkn guna inai daun asli tu
x suka ukir. suka yg biasa je. he3
ada yg kata boleh ada yg kata x boleh =.=*
x suka yg berukir tu..
baik pki yg biasa
jat kan nk ukir gak tau,tp..cancel.kuatkan iman.
saya x suka tgk ukir2 tuh la. lemas rasa nya. berserabut beno
naseb bek xsuke sgt pakai inai ni..huhuhu..nt kawen, nk pakai kt hujung jari sket j..hew2 :P
Post a Comment