Oct 13, 2011

Mertua yang terlalu demand ke atau menantu yang tak ada duit

               

Selamat Pagi..

Cepatnya masa berlalu , pejam celik pejam celik..kita sudah pun berada di penghujung tahun. Tinggal 2 bulan saja lagi tahun 2011 akan melabuh tirainya.Banyak perkara yang belum tercapai lagi tapi akan aku cuba usahakan untuk mendapatkannya tahun ini.Insyaallah!

Bila sudah di penghujung tahun , jemputan kenduri pun banyak la. Ramai yang akan mendirikan rumahtangga dan ramai juga yang terpaksa menangguhkan hasrat baik itu , dik kerana masalah kewangan. Bukan kerana duit tak ada untuk melamar anak orang tapi dik kerana masalah mertua yang terlalu demand sehingga meletakkan harga diri anak seperti ingin membeli sebuah istana.Wajar ke??

Jom ikuti perbualan Bakal mertua dan bakal menantu ini....
BAKAL MERTUA
"Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Mak cik tak nak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu²nya anak perempuan mak cik. Harap faham²lah ye.. ".

BAKAL MENANTU 
"Saya paham maksud mak cik. Tapi saya harap mak cik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa di tangguhkan nanti. Biarlah di cepatkan, biar jauh dari maksiat "..

BAKAL MERTUA 
Kalau kamu tak mampu, anak mak cik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap."

* Kenapa perlu sibuk fikirkan orang lain sepatutnya fikirlah kehidupan anak tu nanti*

BAKAL MENANTU 
Kalau mak cik nak jual anak mak cik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak mak cik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus, anak mak cik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!


Note: nie la salah satu sebab kenapa  ramai lelaki kawen lambat..haiyaa..!!!



20 comments:

faraherda.razalan said...

Kenapa org tua suka letak harga tinggi2? Sng je. Klu org yg letak harga tinggi, ada 2 kemungkinan.

Satu - Mrk tak mampu. Jdk mengharap si lelaki menanggung seme melalui duit hantaran.

Dua - Tujuna untuk menjadi angkuh. klu dah duduk bersimpuh antara satu sama lain, bila org bertanya "Bape hantaran?" dan mrk boleh jwb dgn penuh keyakinan dan bangga "RMpuluh2 ribu"

=D

eelobor said...

Alhamdulillah.... keluarga mertua menerima saya seadanya.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

ituew la pasal bab hantara org skrng boley buat beli keta terus ngeeee

Unknown said...

oittt...kekeke..masing2 jangan demand sgt kan..idup bersederhana..janji bahagia..

yanamib said...

sy rasa lg bangga klau letak hantaran rendah..kehidupan lps kawen tu yg patot kita pndg..klu lps kawen bz byr hutang keliling pinggang pn xguna jugak..betul tak? =)

☾SHiemaCMa786☾ said...

nk jual anak ke nk terima menantu??
demand..

h4ni3 said...

aduhai.. tula.. hantaran banyak mana pun tak menjamin kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga

Hudalatip said...

betul la ni amy..

Sheherazade said...

huhu

dunia sekarang kan,niat baik nak bina masjid kalu ikut islam tak ssh mane

Anum said...

good sharing

AYuNG said...

setuju kes nih!

biasa nya family pempuan yg demand sgt..xagak2 letak harga anak ikut letak tinggi mana anak dia tuh belajar..

sudahnya, bakal menantu x sanggup...yg pempuan nih jugak laaa xkawen2..family punya kes..

adeiiihhh...

che mid said...

Salam, patut lah pejabat agama kat Selatan Thai tu sibuk memanjang....

Fariza said...

STGH MANUSIA skrg letakkan $ semata2. dlm Islam mana ada semua itu. nk ber boleh je. entahlah. kdg2 kesian dkt lelaki. kaya xpe. jika sederhana? mana nk cr oiiii. hik3. dlm hidup ini harus bersederhana. itukan lebih baik

Fazleyatul Aini said...

dan itu jugak sebab ramai pmpn kawen lambat, sbb parents skrg letak tinggi2.org laki takut nak dekat.skrg perbelanjaan sume tinggi. hantaran pon dah tinggi. tau la org pmpn skrg mmg ramai dari lelaki. so jgn la byk songeh mokcikkk oiiii

BeloG MTT said...

Kena fikirkan kemampuan si lelaki jugak kan..Kalau tak makin ramai la anak dara yang men-DARA sampai ke tua =..="

Mama Gee said...

sebenarnyaa boleh je kalau nk letak harga rendah..kenduri semua tu buat ala kadar je...ikut kemampuan..

tp kadang2 org tua ni memainkan peranan gak dlm meletakkan harga hantaran...kita dan pasangan dh sepakat nk letak mcm ni...nnti derang tak setuju..rendah sgt katanya....serba salah dibuatnya..huhu

Ibu Amani said...

huhu..kalau boleh harga hantaran tu biarlah sepadan ngan ngan taraf hidup bakal suami...kang kalau dah berhutang tak terbayar anak perempuan dia gak yang pening kepala...

ct kektus said...

tak semua lelaki kaya raya, buat majlis sederhana cukuplah kan. ;)

sw33tdarling said...

asalkan anak dra tu lepas sudah.. payah nak simpan anak dara lama2 tauuu

ozzy said...

Macam-macam ragam manusia skrg ni..anak lewat kawin sibuk tanya bila nak kawin tapi bila ada yg nak letak harga tinggi2 pulak..hmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign