Oct 6, 2011

Persediaan majlis perkahwinan


Semakin hari semakin merisaukan. Maklum la dah dekat 3 tahun tinggalkan debaran seperti itu. Mane tak rasa cuak!ni orang lain yang nak kawen aku pulak yang tak tidur malam huhuhu! Serius bila semakin hari semakin cepat masa berlalu , aku rasa x senang duduk pula. Tambahan dengan berbekalkan pengalaman  dulu rasanya masih belum cukup untuk aku pikul tanggungjawab nie..Macam besaw sangat tanggungjawabnya hehehe..

Aku nie ada 5 beradik je.. dua abang dan dua adik.. so kiranya aku di tengah² la. Walaupun aku anak ketiga tapi abang² lebih selesa bertanyakan pendapat aku , berbanding aku yang jarang bertanya kepada mereka . Tak tahu kenapa mungkin sebab aku dah biasa berdikari kot. Selepas study dulu aku dah berdikari sendiri sehinggalah beberapa bulan nak kawen baru aku tinggal bersama keluarga. Mungkin perkara itu yang mendorong aku untuk handle sendiri.

Kalau time aku nak kahwin dulu bonda la tempat untuk aku merujuk tentang persiapan perkahwinan. Jadi bila sampai giliran abang aku pula , tanggungjawab itu di berikan kepada aku , mungkin kerana pengalaman aku sebelum nie. Nak minta pertolongan bonda x sampai hati..bonda bukannya kuat seperti dulu lagi..So terpaksa la aku menguruskannya sendiri .

Perkara pertama yang aku harus lakukan adalah dengan membuat senarai bugget.Tapi masalahnya sekarang abang aku nie semua tak tahu. Nak pakai baju apa , x tahu! nak buat tema apa , x tahu! nak pelamin apa semua tak tahu..Naik pening kepala aku tapi ye la lelaki ni biasanya tak cerewet mane berbanding perempuan hehe..so setiap kali bawa ke butik pengantin , rasa macam aku pulak yang nak kahwin. Semua benda aku yang tanya dorang dok diam je..'malu sangat dua²nya huhuhu...

Beberapa hari lepas aku dah mula merungut dengan en.hubby. Mujurlah en.hubby faham dan sudi membantu.Tapi serius aku macam kaku x tahu nak mulakan dari mane huhuhu! sapa² yang mempunyai banyak pengalaman menguruskan perkahwinan , meh la kongsi di sini. Serius aku betul² nak tahu...



14 comments:

exora said...

menguruskan perkahwinan memang agak sukar...
yang paling penting kena tau bajet dulu berapa
baru ble rancang pelamin
dan tema majlis
lepas tu hantaran berapa
dulang berapa dan apa barang2nya,siapa pulak yg menguruskannya
dari segi lauk pauk kena tanya ketua keluarga la ayah n bonda...
cenderahatinya apa..siapa yg kena beli
agihkan tugasan dengan bijak
ini semua hanya persediaan sebelum kenduri, belum lagi semasa dan selepas...gud luck amy

Kakcik Seroja said...

Kakcik pun belum ada pengalaman. Berdebar2 juga kalau2 dalam masa terdekat tiba2 anak kata nak kahwin! ;-)

nick dot anis said...

sonok tu...i paling suka buat bahangian hantaran n pelamin:-)

SiTi said...

kalau ct laa..better ada tema & colour dulu...bile dah ada tu senang nak srvey & beli sikit2...klo xde tu nnti nak beli apa pun takut...

Sheherazade said...

macam mane ek?aduhai pia pon byk family tlg

mula kan yang penting2 dulu

Salina@IbuAqil said...

anak tunggal perempuan ye.. ;)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

menguruskan perkahwinan????
nan hado...

Unknown said...

boleh lini tahu majlisnyer bila?

faraherda.razalan said...

Kiranya, awak nie anak tunggal pompuanlah eh? Wah...ape rsnya eh?

Anum said...

anum x pandai sangat

Niena Muhammad said...

hehehe..cam majlis kawin sndiri plak rasa kan... :)

nina plak smlm dpt anak buah baru..rasa cam dpt ank sndiri, xsabar nk g tgk this weekend

Unknown said...

setuju dgn Exora klu nak lebih detail leh surf kt sini http://perkahwinan.com.my/ maybe leh membantu

Fazleyatul Aini said...

erk saya lagi la takde pengalaman. hehehe

eima said...

untung abg2 ...sbb ade adek pompuan....

klu tak teruk la bonda tu ....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign