Nov 30, 2011

Hadiah contest Sinar Raudah

Selamat pagi...

Setelah di fikir semasak²nya , akhirnya aku mengambil keputusan untuk tidak memberi hadiah device bagi contest sinar raudah kali ini.Ini kerana ia sangat tidak sesuai dengan tema contest aku sempena anniversary. Ada ke buat contest anniversary tapi nak kasi hadiah handphone..sangat tak sesuai kan!

Jadi aku bercadang untuk memberi hadiah seperti di bawah TETAPI , ada tetapi ye! bergantung juga pada stock. Actually pen di gital Al Quran ini masih tiada stock pada aku. Insyaallah hari nie supplier akan inform aku.If masih ada stock lagi , maka inilah hadiah yang bakal u all terima. Tetapi sekiranya masih tiada stock , maka aku terpaksa fikirkan hadiah lain samaada membelinya dari butik online kak Liza ataupun still dengan cadangan awal dengan memberi Al Quran cuma bezanya bukan digital...

Contest ini terbuka kepada semua blogger samaada yang di kenali mahupun tidak.Insyaallah contest ini akan bermula pada esok hari iaitu 1 DEC 2011. Aku masih mencari juri bagi contest ini tetapi sekiranya en.hubby sudi untuk mengadili sangat la di alu²kan.hehehe!

Sudi²kanlah diri anda untuk menyertai contest ANNIVERSARY sinar raudah ini...


*************************************

3 cadangan hadiah yang telah pilih :-

- Pen digital Al Quran ( hopefully ada stock )
- Al Quran ( pilihan kedua )
- Telekung ( pilihan ketiga)





Note: Kepada yang berminat untuk membeli Pen digital Al quran ini harganya RM290 sahaja!! Bagi Al Quran biasa RM140!! dan Telekung Cotton Paris Sulaman Penuh dari butik online kak Liza berharga RM130 tidak termasuk dengan postage...berminat boleh hubungi saya di SINI. hehehe! sempat buat promosi lagi..jangan marah na.






Nov 29, 2011

Tak ada masalah cari masalah


As'salammualaikum...

Lame bercuti mesti hari nie ada yang rasa malas nak berkerja kan.Anyway happy working all! x mau malas² na.Aku pulak hari nie macam biasa cuma moody sikit sejak dua tiga hari nie! nak kata perubahan hormon tidak pulak tapi mungkin aku terlalu stress membuatkan hari² aku jadi tidak seindah dulu huhuhu....

Terima kasih kepada yang sudi bertanyakan khabar aku di belog , facebook mahupun email. Terharu sangat di atas keperihatinan u all. Maaf!! mood aku sangat tak baik sejak last week lagi. Apa saja yang aku lakukan semua serba tak kena. Otak jem untuk berfikir. Pergerakkan terbatas apabila di timpa musibah. Di sebabkan itu belog aku jadi terabai.

Serius last week aku rasa down sangat.Satu² dugaan yang datang. Passport bangla sangkut dekat imegresen.. duit di bawa lari..barang di tahan kastam..ajen² dok push , customer kecoh tambah kena sembur dengan partner lagi sebab aku terlampau fokus pada bisness online sehingga aku lupa kerja asal aku huhuhuhu! Dah la di duga sedemikian rupa tambah aku di timpa musibah lagi , apabila terjatuh dalam bilik air.Now aku berjalan terhencut² dan segala pergerakkan aku terbatas.

Stress jangan cakap la.Rasa nak pecah kepala aku nie.Tak tahu macam mane nak handle semua nie dengan keadaan aku macam nie.Otak betul² jem.Alhamdulillah now satu² masalah sudah dapat di atasi. Tapi stress still menyelubungi diri aku lagi.Kadang bila fikirkan balik aku jadi give up , rasa tak sanggup nak hadapinya semua nie.Tapi nak buat macam mane aku yang pilih jalan nie jadi aku kena terima.

Thanks to my hubby kerana sangat memahami situasi aku.Alhamdulillah en.hubby juga sudah mula tunjukkan minat untuk membantu aku dalam perniagaan ini.Satu perkara yang sungguh menggembirakan aku.

Apa yang aku dapat lihat di sini, masalah ini timbul bila aku terlebih fokus pada bisness online. Serius pada awalnya aku sekadar ingin jadikan bisness ini sebagai part time job aku je.Tapi tak sangka pula . sedar tak sedar aku sudah berikan sepenuh fokus pada bisness online.Tambah pula aku mula timbulkan satu² masalah tanpa aku sedari. Nie orang cakap x de masalah cari masalah..Now hamek kau amy!

Sejujurnya aku katakan buat bisness online nie memang seronok. Satu kepuasan bila barang yang kita jual di beli orang.Kalau barang dah di beli sudah pasti ada keuntungan. So aku mula jadi lupa.Sepatutnya aku hanya peruntukkan 10 unit setiap bulan. So dengan menghadkan order , tidak timbul masalah barang lewat sampai. Tapi  berbeza sekarang setiap minggu aku ambil order more than 10 unit. So order jadi bertindih² dan di sebabkan itu panghantaran jadi lambat. Barang hanya boleh di bawa masuk dalam kuantiti yang sikit , if melebihi had yang telah di tetapkan maka tax akan di kenakan. Di sebabkan itu device terpaksa di tahan. Hopefully hari nie semuanya dah boleh keluar dari kastam.



Note: thanks pada kak ayu citarasa rinduan yang sudi call bertanyakan khabar...bersembang panjang walaupun pada waktu itu kak ayu agak sibuk menguruskan kedai..thanks kak! sangat hargainya...













Nov 23, 2011

Wordless Wednesday : Zizie Ezette Kini Bergelar Datin???

datin zizie

Wajarkah kita mengucapkan tahniah
di atas gelaran yang di terima Zizie Ezette itu??
sedangkan gelaran itu di terima di atas
keruntuhan rumahtangga orang lain...Ops!

tepuk dada tanya diri sendiri..!!!








Nov 22, 2011

Alhamdulillah rezeki , dapat duit dari Nuffnang lagi


Syukur alhamdulillah akhirnya penantian aku sudah berakhir.Selepas cashout untuk kali ke 3 pada bulan Ogos lalu. Aku nekad tidak mahu simpan terlalu lame amount yang di berikan oleh Nuffnang ini. Tapi di sebabkan angka yang aku idamkan masih tidak memenuhi sasaran , maka aku biarkan saja ia beranak pinak lagi. 

Dan semalam akhirnya segala penantian aku sudah berakhir.Duit Nuffnang , aku telah cashoutkan buat kali ke 4.Now masa untuk menunggu ceknya pula.

Terima kasih Nuffnang.Kini hanya tinggal dua BE saja.Di harap selepas ini akan bertambah lagi BE yang ada  bagi mengantikan BE yang telah bertukar status itu.Amin~

Insyaallah duit kali nie aku akan gunakan untuk contest sempena anniversary aku bulan hadapan.Agak² ada yang nak join tak!hehehe...





Tahniah Malaysia juara bola sepak sukan sea dan salam takziah kepada penyokong skuad kebangsaan yang telah kembali kerahmatullah


As'salammualaikum dan selamat pagi..

Happy!happy!happy!Sure semalam seluruh rakyat Malaysia dapat tido dengan lena sambil tersenyum memeluk bantal.Serius perlawanan semalam cukup mendebarkan.Rasanya nak ambil SPM pun tak berdebar macam tue. Jantung aku semalam berdegup laju sampaikan aku rasa x mampu nak teruskan menonton.Tapi atas keyakinan en.hubby maka aku teruskan juga sehingga akhir perlawanan. Tak sia² kau akhirnya kemenangan berpihak juga kepada kita.

Tahniah kepada semua player skuad kebangsaan! Tahniah kepada Khairul Fahmi Che Mat selalu keeper kebangsaan yang beraksi cukup cemerlang.Tahniah juga kepada Badrol Bahtiar kerana tendangan terakhir beliau dapat menembusi gawang Garuda sekali gus menobatkan Malaysia sebagai juara.Alhamdulillah syukur! Malaysia bolehhhh....

Dalam kegembiraan , ada juga yang bersedih. Bersedih di atas kehilangan insan tercinta. Sahabat kita yang telah kembali kerahmatullah malam semalam. Allahyarham di katakan meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan.Salam takziah buat keluarga arwah.Al fatihah~



Bagi mereka yang mengalami sakit jantung di nasihatkan supaya jangan menonton perlawanan seperti ini kerana ia boleh memudaratkan kesihatan anda. Kita yang normal nie pun dah terasa separuh nyawa hilang , dengan degupan jantung yang kencang.Inikan pula mereka yang sememangnya mengalami masalah jantung. Sayangilah diri anda! Jangan di sebabkan hal sebegini diri anda menjadi mangsa. Benar ajal dan maut itu di tangan Allah tetapi jangan la pula kita menempah maut.Jadi fikir²kanlah...

Note untuk Garuda : Salam Takziah juga dari kami seluruh rakyat Malaysia di atas kematian 2 penonton Indonesia yang di katakan cuba menceroboh masuk ke dalam stadium Gelora Bung Karno. Al Fatihah





Nov 21, 2011

Tak suka dengan blog dan blogger nie jadi nak unfollow boleh!

Selamat petang...

Masa suka di follow tapi masa tak suka di unfollow pulak.Tapi x semua orang ada sikap seperti ni , mungkin ada sebab musabab kenapa mereka berbuat begitu.Sama juga kalau sesetengah orang yang jenis singgah dan follow tapi di sebabkan tuan empunya belog lame tidak update atau lepas pandang maka dengan sepantas kilat mereka akan unfollow. Mereka unfollow pun mesti ada sebab , mungkin frust sebab belog yang di follow tak nak follow belog dia balik atau dia rasa orang tidak hargai dirinya keraa follow sesuatu belog. Waallahualam tepuk dada tanya diri ok..

Ok nie aku nak buat satu lagi tutorial berkenaan dengan unfollow.Aku yakin pasti ramai yang sudah tahu cara ini tapi bagi mereka yang x tahu boleh la lihat tutorial ini.Tapi make sure jangan unfollow belog aku pulak ye! hehehe..walaupun hakikatnya aku tahu ada yang telah unfollow di sini.hurmmm sorry.........

***********************************************.

Langkah 1
Masuk mane² belog yang anda rasa nak unfollow kemudian 
klik dekat FOLLOW/JOIN THIS SITE. Contoh anda boleh lihat di bawah


Langkah 2
Selepas itu akan keluar seperti gambar di bawah.
Masukkan jenis akaun yang anda guna than klik. Rujuk gambar bawah..


Langkah 3
sing in ke akaun anda..rujuk gambar di bawah


Langkah 4
Klik pada options dan kemudian diikuti dengan site setting.
rujuk gambar di bawah..


Langkah 5
Bila dah klik di site setting anda akan dapat lihat
di sebelah kanan ada tertulis stop following this site
than klik di situ


Langkah 6
Sekiranya ada belog lain lagi yang anda nak unfollow 
boleh klik dekat sites you've joined 
kemudian klik stop following
x faham boleh rujuk gambar di bawah


Itu saja SELAMAT MENCUBA!!!







Tutorial : Cara tukar email blog akibat di bannet oleh google adsanse


Tutorial oh tutorial!

U all perasan tak dah lame Sinar Raudah x buat tutorial.Kalau tak silap kali terakhir masa kak diana minta link tutorial tapi tutorial tue x dapat di kesan ke mana. Last² aku buat yang lain. Hari nie baru aku nak post tutorial baru atas permintaan blogger NISA AZMAN.

Menurut katanya , beliau mengalami masalah dengan gmail sehingga tidak dapat log in ke belognya.Di sebabkan masalah teknikal yang tidak tahu puncanya dari mane , jadi blogger ini telah create satu lagi belog. Rugikan kalau kita dah lame menantang belog kita tiba² mengalami masalah memang rasa nak meroyan di buatnya. Sabar ye dearrr amy cuba bantu dengan tutorial ini harap sedikit sebanyak ia dapat membantu awak..

Cara ini kalau tidak silap , aku pelajari dari forum.Masa tue heboh di perkatakan yang sesiapa tiada akaun google , belognya akan di delete. Maknanya sesiapa yang menggunakan akaun yahoo secara tak langsung akaun belog anda akan di delete tetapi ianya hanya khabar angin semata².Masa tue jenuh aku bertanya orang tapi biasa la x semua orang dapat memenuhi permintaan kita sehinggalah aku jumpa satu forum yang membincangkan soal ini.Jadi dari situ aku cuba buat satu tutorial tapi malangnya tutorial itu sudah hilang entah ke mana,huhuhu!

Tak mau sedih now kita teruskan kepada tutorial. Sebelum itu harus di ingatkan cara ini hanya untuk pengguna blogspot saja. Sekiranya anda menggunakan hosting sendiri sorry sangat memang tak boleh guna.

Cara ini juga sangat sesuai di gunakan bagi mereka yang baru di bannet oleh google adsanse kerana setiap email yang sudah di bannet tidak akan di terima lagi oleh google adsanse kecuali anda menggunakan email yang lain.Lepas nie anda x perlu risau lagi.


Step 1
Sekiranya anda masih belum ada email lain selain email sekarang, anda harus mendaftar satu lagi akaun email dengan masuk ke mail.google selepas anda siap mendaftar. Kemudian logout (email) dan selepas itu singin semula ke blogspot dengan menggunakan email lama.



Step 2
Selepas sign in anda akan jumpa dashboard terlebih dahulu , kemudian pergi ke setting > permission. Di sini anda hanya akan dapat lihat ada satu je admin iaitu anda sendiri..selepas itu anda lihat di bawah nama anda tue ada tak tertulis ADD AUTHOR , sekiranya ada..anda boleh klik di situ dan masukkan email anda yang baru dan kemudian submit. Boleh rujuk gambar atas dan bawah.




Step 3
Dah submit , anda perlu logout terlebih dulu dan kemudian login semula dengan menggunakan email yang baru.Di inbox anda akan menerima satu email dari email lame anda dan email tersebut berupa message invited dari email lama untuk join ke blog.Anda hanya perlu klik link tersebut untuk confirmation. Masukkan password dan di ruangan terakhir isi apa yang di perlukan oleh blogspot dan kemudian tekan tab continue.

Step 4
Selepas anda klik continue , anda akan jumpa dashboard belog semula.Masih belum siap lagi ye , selepas anda login anda masih belum menjadi admin sepenuhnya di belog anda tapi anda cuma boleh membuat posting sahaja. Function² lain masih tidak boleh di gunakan , maka anda perlu signout lagi dan kemudian signin semula dengan email lame anda.

Step 5
Bila dah signin di dashboard dengan berstatuskan bigadmin di belog ,maka anda perlu menukar kepada smalladmin dan menjadikan admin yang anda baru saja jadikan admin itu menjadi bigadmin. Anda hanya perlu masuk ke setting > permission ( caranya sama seperti gambar di atas). Di sini anda akan dapat lihat ada dua admin. Pada admin yang kedua itu anda just klik teks admin yang ada pada hujung nama admin dan pilih admin kemudian SAVE. Sekiranya anda menggunakan interface baru blogspot , anda tidak perlu lagi klik save kerana ianya akan save secara auto.

Step 6
Dah selesai , anda perlu signout lagi dan kemudian signin semula dengan menggunakan email baru.Ok now email baru anda sudah menjadi bigadmin yang sah!

Note
Untuk memadam admin yang lama anda perlu masuk kembali ke setting > permission dan delete lah admin lama.Harus di ingatkan ia wajib di lakukan bagi mereka yang baru di bannet oleh google adsanse.Ini bagi memastikan email baru anda selamat dari di bannet untuk kali kedua.
Ok dah siap , selamat mencuba!!!
*kalau ada yang tidak faham jangan segan² bertanya...























Kejamnya blogspot mendelete entri sinar raudah


Morning & happy monday all..

Di sini hujan lebat tak berhenti dari semalam.Mesti dua tiga hari nie negeri di pantai timur akan banjir.Kepada mereka yang tinggal di kawasan yang rendah , silalah buat persediaan awal sebelum banjir melanda.Kalau lihat daripada hujan yang turun berkemungkinan esok atau lusa confirm banjir.Tali air yang berhampiran dengan rumah pun dah mula naik air.Tunggu masa nak melimpah je!Mujur la kawasan rumah aku tinggi jadi terselamat la.huhuhuhu!

Ok pagi nie aku bukan nak story pasal banjir tapi aku nak story pasal blogspot yang agak kejam terhadap diri ku ini. Bukan sekali dua tapi dah banyak kali aku perasan perkara nie terjadi.Inilah akibatnya kalau kita menumpang di tempat orang , ikut suka dorang je nak buat apa. Tak perlu ada permission dorang berhak nak buat apa saja. Ye lah dah nama pun menumpangkan..huhuhu!

Mungkin ada di antara kalian pernah mengalami situasi seperti ini dan mungkin juga belum pernah terjadi. Aku pun agak pelik dalam banyak² belog , kenapa belog aku juga yang jadi mangsa.Tapi apa yang pasti , aku dapat lihat perkara nie kerap terjadi selepas aku tukar domain hari tue.Atau mungkin juga selepas belog aku di hack oleh hacker yang tak ada keje.

Banyak entri aku hilang. Kalau nak harapkan aku check satu² memang tidak sama sekali la. Tapi yang boleh buat aku perasan nie bila ada di antara blogger yang minta aku link back bagi tutorial yang pernah aku buat sebelum nie.Memandangkan home page aku sudah di buang maka agak sukar la bagi mereka untuk mencari link back sebagai rujukkan.

Bila cari punya cari link tue dah tiada. Sakitnya hati jangan cakap la.Dalam hati memang dah agak confirm kena delete dengan blogspot sebab sebelum nie sis diana, kak zah , dan beberapa blogger lain pernah minta link tutorial tapi malangnya aku x dapat nak cari.Jadi terpaksa la aku buat yang lain.huhuhu!Nampak gayanya lepas nie aku kena fikirkan soal hosting pula.Kalau ada hosting sendiri x de la risau mane. Nak simpan banyak mane pun x de hal kan...:)




Nov 20, 2011

Selamat pengantin baru kepada Dalili Michelle Abdullah serta pasangannya Deqwan


Alhamdulillah akhirnya Dalili Abdullah sah bergelar isteri kepada Deqwan pengacara Remaja di tv9.Tahniah kepada kedua mempelai. Dalili Abdullah atau lebih di kenali dengan nama Michelle iaitu wartawan hot serta penolong penerbit Melodi ini , telah sah bergelar isteri pada tengahari tadi.Lafaz akad nikah telah berlangsung di dewan Ampang dan secara live di Melodi.Serius pasangan ini nampak sepadan sekali.

Tahniah sekali lagi kepada Dalili dan Deqwan.Moga perkahwinan ini akan terus berpanjangan sehingga hujung nyawa dan yang paling penting sekali moga bahagia di samping suami tercinta.

Note: Alhamdulillah bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad..
credit gambar : Nas Ahmad (abg rambut getak)

Review belog follower 2345

Salam hujung minggu all..

Wah tiga hari tidak update belog terasa seperti 3 bulan lamenya. Serius rindu sangat nak membebel dan merepek dekat sini. Rumah rakan² pun dah lame aku x singgah. Nie semua gara² kesibukan yang melanda aku baru² nie dan di tambah pula dengan berita kematian dari belah en.hubby dan sebelah aku.HUHUHU!sorry..

Ada sapa² yang sudah lupa pada belog suam² nail aku nie ke. Harap x ada lagi la walaupun aku tahu pengunjung di belog ini semakin berkurangan.Jumlah visitor aku dah semakin merosot! nak dapat 400 uv pun memang sikit punya payah melainkan kalau aku belogwalking baru la dapat lebih.Itulah gunanya belogwalking. Salah satu kelebihan untuk mendapat uv yang banyak huhuhu!hurmmm...

Ok minggu lepas aku ada janji nak review belog follower 2345 sinar raudah.So hari nie aku nak gunakan masa yang ada untuk review belog beliau dan terima kasih juga kepada tuan empunya belog kerana sudi print screenkan untuk aku. Mohon maaf kerana agak lambat untuk aku tunaikan janji aku padanya.Sorry sangattttt!!!!!!

Nama tuan empunya belog ini Puan Mas dan beliau merupakan follower yang ke 2345sinar raudah. Belog beliau nie lebih kepada contest dan giveaway.Kalau ada sapa² yang berminat untuk join mane² contest atau giveaway boleh la lihat di belognya. Boleh di katakan setiap post di belognya akan update berkenaan dengan contest dan giveaway yang di sertainya.So kalau rasa u all tak nak terlepas pandang untuk turut serta , selalu² la singgah dan lihat di belognya ye! hihihi...





Nov 17, 2011

Menikmati Chim Chum di D'Mina restoran , serius memang sedap

Selamat tengahari..

Firstly aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger Citarasa Rinduan , blogger MTT dan blogger Syila di atas keperihatinan mereka terhadap aku. Serius terharu sangat! terima kasih juga kerana sudi berkongsi pengalaman dan padangan.Aku sangat hargainya..

Malam tadi aku ada dinner bersama keluarga. Selepas pulang ke rumah aku dapati ada satu mesej yang di kirimkan oleh salah seorang blogger.Tertarik dengan mesej yang di tinggalkan..En.hubby belanja makan ala² meraikan awak dah sihat kan.. hihi! Alhamdulillah syukur tapi aku dinner dekat luar semalam bukan berkenaan dengan kesihatan aku tetapi kami telah di undang oleh owner kedai untuk menikmati menu terbaru di kedai beliau.

Actually undangan itu sepatutnya perlu di hadiri kelmarin tetapi di sebabkan saudara terdekat kami baru saja meninggal duni maka kami tundakan di malam semalam.Malam yang sepatutnya tue,  kami terpaksa menghadiri majlis tahlil atau ore kelate kato majlis ngatib..

Ok berbalik pada undangan tue. So semalam selepas solat isyak aku , en.hubby dan kedua mertua pergi la memenuhi undangan.makan free tue sapa x nak kan hikhik! Sebenarnya owner kedai ini kerap menjemput kami makan di kedai beliau sekiranya ada menu² terbaru yang ingin di perkenalkan. wah kami ni dah kira macam juri pula , lepas makan kenyang² kami komen apa yang patut.tapi serius menu terbaru nie memang superb.

Bukan nak sedapkan cerita atau nak amek hati sesiapa tetapi serius menu yang di beri nama Chim Chum nie memang sedap! U all boleh pilih samaada nak sos pedas mahupun manis. Pada yang x suka manis tue , boleh la try yang pedas.Sekali makan pasti terangkat.

Actually sebelum nie aku dah pernah cerita mengenai restoran ini.Kira ini adalah salah satu restoran kegemaran kami sekeluarga. Dari masakan panas² , goreng² sehinggalah makanan² pemanis mulut boleh di dapati di sini. Selepas dah menikmati makanan , anda boleh mencuba pemanis mulut seperti lompat tikam , pulut mangga , dan beberapa jenis makanan yang lain.

Pemilik restoran ini berasal dari negara Thailand.So kalau sebut Thailand u all faham² je la,memang sedap la , tom yam yang pior lagi terangkat..ikan siakap tiga rasa yang cukup urmmm!! masakan goreng² yang enak , jadi sekiranya anda sampai ke lantan , anda harus singgah dan cuba makanan di restoran ini.

D'Mina Restoran yang terletak di jalan pengkalan chepa..
Sekiranya dari kota Bharu menghala ke air port 
anda akan dapat lihat kedai ini di sebelah kiri selepas uda murni

Keadaan kedai yang happening dengan lampu..
U all boleh pilih samaada nak duduk di atas kerusi 
atau makan secara bersila di atas lantai

En.hubby yang sedang sibuk memilih lauk untuk chim chum

pelbagai jenis u all boleh rasa

Sos untuk chim chum pedas dan manis

Pelbagai jenis pencuci mulut anda boleh rasa 
ada somtam , Phat Thai , suki yaki , lompat tikam , pulut mangga dan banyak lagi

Pelanggan restoran yang sedang memilih makanan

Ini dia owner restoran nie.. Kalau sampai di sini u all boleh cari abang nie 
nama dia zakaria but orang panggil abang lie...

Inilah makanan dinner kami semalam..
Memang best!

Bergambar sambil menikmati makanan
Owner restoran bersama bapa mertua ku


Menu yang baru di perkenalkan Chim Chum D'Mina




Menu yang ada di sini selain masakan panas dan goreng²

Bubur dan sup
-Bubur , bubur lambuk , sup sohon dan sup sayur²an

Aneka mee
-mee kari, mee Cambo , mee/kuey teaw goreng

Aneka Bebola untuk steam boat
-Telur puyuh, daging, ikan , sotong , ketam dan udang

Colek
-Phat Thai , Sukiyaki , colek buah dan banyak lagi

Dan pelbagai jenis makanan lagi

Untuk menikmati Chim Chum harganya untuk dewasa RM16.90 seorang dan kanak² hanya RM11.00 seorang.

Di mana boleh cari restoran ini :-
Restorans ini terletak di jalan pengkalan chepa , dekat jalan masuk ke taman sabariah.
Bagi yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi nombor telifon ini 09-7963423/012-9211553

Jangan lupa kalau sampai ke kalantan gunakan kesempatan untuk singgah di restoran ini.Ianya pasti tidak menghampakan anda...




Isteri banyak mulut tapi suami berat mulut

Selamat Pagi...

Isteri banyak mulut tapi suami berat mulut.. ??!! 

Ada ke yang mengalami situasi macam ni.Hrmm..jangan kata tak ada ye sebab aku adalah salah seorang yang boleh di kategorikan seperti di atas. Aku yakin pasti ada di antara korang mengalami situasi ini.  

Antara aku dengan en.hubby memang banyak perbezaan.Kalau dari segi ketinggian sudah pasti la dia yang akan menang.Tengok la aku kan ketot je hikhikhik! Kalau dari segi mengira pula for sure juga dia akan menang sebab bab kira² nie , dia memang cekap. Bak kata mak jemah la dapat A tueeeee hihi! Kalau bab mengalah pula memang dia boleh dapat awards , menang ketegori kuat mengalah.Kalau bab menyimpan pula , dia seorang yang sangat berjimat dan cermat.

Ok cukup dulu banyak dah tue dia menang ha! kang terlebih puji terangkat pula dia kat office nun hihi!.. jangan marah ye lalink ku hehehehe!!!

Banyak dah aku kalah nie.Tapi x semestinya semua dia akan menang kan.Ada juga part yang dia akan kalah dengan aku. Salah satunya bab makan , kalau bab makan dia pasti akan kalah sebab en.hubby tak kuat makan. Kalau bab memilih pula aku pasti akan menang sebab aku seorang yang cerewet tapi en.hubby jenis x kisah. Kalau ada awards menang bercakap pasti akulah pemenangnya sebab en.hubby memang x banyak cakap.

Sebut pasal x banyak cakap , aku nie memang seorang yang ringan mulut.Tak kisah la baru kenal ke atau dah lame kenal jangan cakap la.Penat la korang nak melayan aku cakap.Mungkin aku jadi cam nie sebab masa kecik² dulu bonda banyak bagi makan cunut ayam kot wakakakakakaka! sebab tu mulut tak henti² nak pot pet pot pet.ekekekekeke...

Serius aku x suka berdiam diri. Mulut nie kalau terkunci memang x sempurna la hidup aku.Korang bayangkan la setiap kali kami travel jauh perkara pertama yang en.hubby akan ingatkan aku adalah makan ubat mabuk perjalanan.Bukan sebab dia risaukan aku pening atau muntah tapi sebab dia nak pastikan yang sepanjangan perjalanan tue aku akan tido.ye la dah makan ubat mabuk sure la tido je jawabnya.

Ada sekali tue stock ubat aku dah habis.So dalam kereta tue macam² la aku dok cerita.Pasal kereta la , pasal bangla la , pasal belog la , pasal itu la..pasal ini la tapi dia just angguk je.Tak de la nak menyampuk cerita aku. Last bila dia dah penat dengar aku berceloteh , dia akan bersuara.. mama tido boleh tak! tak penat ke dari tadi asyik bercakap je..hahahahaha! hamik kau kan dah kena..

Kalau bab bersembang dengan adik beradik atau sedara mara pula , x kisah la belah aku ke belah dia ke.. En.hubby memang x banyak cakap.Sampaikan aku tanya dia..kenapa papa x nak sembang erk! mudah je dia jawab 'x tahu nak sembang apa...benar la kalau dah berat mulut tue , nak mulakan cerita pun tak tahu. berbeza sungguh dengan orang yang ringan mulut nie kan! pantang ada ruang , ada je yang nak disembang kan. Bersembang bab² tertentu je ye tapi bukan bab² mengata..kalau bab² mengata sorry , x nak mengundang dosa free yang terang² kita dah tahu habuannya..

So bab nie en.hubby akan kalah dari dulu hingga kini. Ada orang nak share awards ni dengan aku tak! hihi.. ada sapa² yang seangkatan dengan aku tak!..

Si ketot dan si tinggi..
Nie time raya di rumah bonda hari tue..

Gambar nie x de kena mengena dengan entri tapi
aku saja nak letak sekali bagi para pelanggan gadget aku kenal
mane yang nak cod barang , dengan adikku inilah u all akan berjumpa..
tengok muka bagi cam na..wajah kami x sama tapi suara kami 100% sama
serak serak basah gitu..hikhikhik!





Nov 16, 2011

Dari sinarraudah.com ke sinar raudah homestay



Selamat petang..

Just back from hospital..alhamdullih semuanya berjalan lancar dan agak mengejutkan bila mendapat keputusan ini.Syukur ya Allah.!!! Sekarang aku dah boleh tersenyum lebar sambil tido dengan lena.Tak perlu risau atau peningkan kepala lagi.Moga keputusan ini adalah yang terakhir bagi aku.Di harap selepas ini ianya tidak akan kembali lagi pada aku. Tak sanggup dowh!

Ok lepas nie aku boleh la fikir perancangan seterusnya untuk akan datang.Moga semuanya di permudahkan. Insyaallah tahun depan aku akan cuba kurangkan aktiviti² lasak aku.Di sebabkan itu juga aku akan cuba berikan lebih fokus pada bisness yang tidak memerlukan aku untuk keluar kawasan.So ada la masa untuk berehat kan!

Insyaallah juga perancangan untuk awal tahun hadapan aku dan en.hubby bercadang untuk buat homestay di tengah bandar Kota Bharu. So lepas ni kalau ada yang nak datang bercuti di Kelantan dan rasa x nak tinggal di hotel boleh la menginap di homestay sinar raudah.

Mudah²an perancangan ini akan berjalan dengan lancar seperti yang di rancangkan.-amin


Note: kredit gambar uncle google..



Nov 15, 2011

Pemenang bagi segmen teka meneka semalam

As'salammualaikum...

Pagi nie aku berada di HUSM untuk mengetahui keputusan operation aku.Doakan semuanya baik² aje ye.. serius aku risau sangat ketika ini...huhuhuhu! 

Ok untuk keputusan teka meneka semalam , ada seorang saja pemenang yang berjaya menjawab dengan tepat.Tahniah di ucapkan kepada sis DIANA. Jawapan yang di berikan adalah Tali laher atau dalam bahasa inggerisnya necktie.Insyaallah petang nie amy akan transfer wang yang di menangi sebanyak RM50 ke akaun akak.. Rasanya no akaun akak amy masih simpan di email lagi..

Tahniah sekali lagi buat blogger senyum-senyum dan terima kasih di ucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa menyertai segmen teka meneka ini.Insyaallah dalam masa terdekat ini Sinar Raudah akan mengadakan contest pula. Contest kali ini akan di adili oleh salah seorang blogger terkenal.Nak tahu sapa kena tungguuuuuuu.....!!!! hihihi :)


Tag harga beserta necktie

Necktie en.hubby shantik kan!
biru adalah color kegemarannya


Note: Terima kasih kepada follower 2345 kerana sudi print screenkan angka tue..nanti amy datang lihat belog awak ye...insyaallah nanti amy akan review belog anda.terima kasih sekali lagi!


Segmen teka meneka dan menangi wang tunai sebanyak..


Ini bukan contest tapi ianya lebih kepada suka² je. Memandangkan Sinar Raudah sudah lame tidak buat segmen teka meneka jadi di petang selasa ini rasa tergerak di hati nak buat segmen ini.Ok untuk segmen ini anda hanya perlu meneka saja , tidak perlu membuat entri atau meng'tag orang. 

Anda hanya perlu memberi satu jawapan base kepada tag barang yang di paparkan ini.Tag barang yang berjumlah RM159.90 ini adalah salah satu tag barang yang telah di beli baru² ini.Sebagai contoh anda hanya perlu meneka atau menjawab seperti berikut baju kemeja , baju kurung , kasut , handbag atau sebagainya.

Anda hanya boleh menjawab sekali saja , tiada dua mahupun tiga.

Sinar Raudah hanya mencari seorang pemenang yang terpantas menjawab dengan betul

Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM50 

Jawapan tidak akan di paparkan sehingga segmen ini di tutup.Ini bagi mengelakkan peniruan.

Segman ni akan di buka sehingga pagi esok

Good luck pada semua.....


Note: Follower 2345 minta print screen angka itu boleh!thanks...






Al fatihah moga rohnya di cucuri rahmat

Selamat petang..

Dekat tempat u all hujan x. Kalau dekat Kota Bharu nie hujan memang lebat dari pagi tadi.Perut pulak asyik lapaw je.Ok sebelum aku terus bercerita , aku nak ucapkan salam takziah buat keluarga bapak saudara MIL yang telah kehilangan puteranya pagi tadi, meninggal sewaktu tido.Alhamdulillah perkebumian telah selamat di jalankan selepas solat zohor tadi. Al fatihah dan semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang² yang beriman.

Minta luangkan sedikit masa untuk sedekahkan al fatihah..kepada Arwahyarham Nik Haikal









Istilah wanita mudah di mamah usia sama sekali tidak benar tapi sebaliknya wanita lebih matured berbanding lelaki

Selamat tengahari...

Story nie story lame aku saja nak kongsikan dengan u all. Betul ke kata orang wanita mudah di mamah usia berbanding lelaki. Siapa yang setuju sila angkat keyboard komputer anda..Tapi kalau tak setuju , minta tinggalkan komen kenapa dan mengapa anda tidak setuju. Jawab atau tidak jawab tak menjadi masalah sebab bukan ada hadiah yang di sediakan pun. Aku saja nak bincangkan topik ini kerana sejak dua menjak nie aku sering kali berdepan dengan situasi nie. Adoi sensitifnya la hehe...

Situasi 1

Bila anak buah bertanya 
mak lang..mak lang punya husband tue umur berapa??!! nampak macam budak² la

Aku jawab
Husband mak lang tua 3 tahun dari mak lang la , muka je nampak budak huhuhu...

Situasi 2

Salah seorang pemain bola sepak kelantan , bertanya kepada en.hubby?? umur berapa?? selepas mendapat jawapan dia pun berkata lor ingatkan baru 24 tahun...

Situasi 3


Rakan di facebook bertanya , laki ko ni muda dari ko ke Na??!! nampak cam muda dari ko

Aku jawab
Tak la dia tua 3 tahun dari aku

dan beberapa situasi lain........

Hadoi awat muka cheq nampak tua ke. Tapi bila aku jawab cam tue pandai pulak dorang jawab , eh! x la muka ko nampak matured je huhuhuhu! di sebabkan sering mendapat kritikan begini lalu aku sarankan en.hubby supaya tidak mencukur janggut agar wajahnya kelihatan sama dengan usianya yang dah 3 siri tue huhuhuhu.....

Tapi bila x cukur janggut ada juga yang tanya..

Beb ko tua berapa tahun dari laki ko?? x cukur janggut pun still cakap muda cam ner....

Bab ni memang agak keterlaluan la. Masa aku dan keluarga sedang makan malam di sebuah restorans. Ada sekumpulan wanita dok memandang sambil berbisik dengan rakannya. Time nie aku x perasan , sampailah kekanda aku bagitahu..tengok aweks tue dok ngorat laki ko.

Aku pun pandang la ke arah aweks tue.Haram dia nak rasa bersalah.En.hubby aku pula kalau orang pandang dia memang akan malu sebab sifat semula jadi dia dari dulu seorang yang pendiam dan pemalu.

Lagi x tahan time dah balik naik kereta , boleh pulak aweks tue lambai² tangan.Adoi! mesti dorang ingat aku ni kakak tapi bukan wife..huhuhu!

**************************


Pendapat aku la tak semua wanita itu di mamah usia. Ada yang umur dah lanjut tapi muka nampak awet muda.Kalau ada sekali pun wajah yang nampak lebih tua dari usia atau dalam erti kata lain matured itu di sebabkan faktor kematangan.wanita kan lebih matang dari lelaki. Lelaki ni lambat sikit nak capai tahap kematangan jadi sebab tue dorang sokmo nampak muda.

Satu lagi bab pergaulan.Macam orang selalu cakap aku nampak lebih tua dari en.hubby.Tak sedap betul sebut lebih tua sebut lebih matured la erk hehe.. Aku nampak lebih matured mungkin sebab aku lebih banyak bergaul dengan orang yang lebih dewasa daripada aku. dari kecik hinggalah kini kawan² aku semuanya orang dah berumur.Jadi secara tak langsung pemikiran dan perbuatan aku terikut² sama sehingga menampakan wajah aku yang agak matured dari usia huhu....alasan...

pendapat anda pula??!!!


Adakah aku nampak lebih matured!!!











Alhamdulillah rezeki akhir tahun


As'salammualaikum...

Permulaan hari yang cukup menggembirakan aku.Bermula dengan berita gembira yang aku terima malam tadi. Kemudian di tambah pula dengan berita gembira pagi nie. Serius aku happy sangat , walaupun dalam hati aku ada sedikit risau akan keputusan hospital esok. Ok kita lupakan tentang hospital dulu , now aku nak kongsikan kegembiraan aku dengan kalian semua. Kegembiraan ini juga bagi membuktikan kepada en.hubby yang sebelum ini kurang bersetuju akan penglibatan aku dalam projek ini.

Syukur alhamdulillah , rezeki akhir tahun. Semalam dalam sibuk berborak dengan rakan di facebook , sekali terlintas di fikiran aku untuk bertanyakan berkenaan dengan satu projek nie. Actually ni bukan projek aku tapi aku cuma memainkan peranan sebagai orang tengah je. Alhamdulillah ianya berjaya di perolehi!

Pagi nie pula , aku terima satu lagi mesej dari seorang rakan menyatakan projek di sungai besi berjaya di perolehi. Lagi mengejutkan aku , ke semua projek di situ kami dapat. alhamdulillah! tak tergambar betapa gembiranya aku terima berita nie.

Syukur dengan rezeki yang di beri tapi lagi bersyukur sekiranya dapat rezeki yang aku dan en.hubby nanti²kan. Moga suatu hari nanti rezeki itu akan datang buat kami berdua. Benar kata orang , Allah x beri kita rezeki yang kita inginkan tapi di beriNya kita rezeki dengan cara lain.Moga dengan apa yang di perolehi ini kita akan sentiasa belajar bersyukur dan tidak pernah lupa kepadaNya.Insyaallah!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign