Feb 11, 2012

Berkenaan kenyataan Mufti Perak


SAYA tidak berniat hendak menyokong atau membangkang kenyataan Mufti Perak yang mengatakan bahawa Perdana Menteri telah "menggadaikan akidahnya kerana menghadiri perayaan Thaipusam di Batu Caves.

"Menggadaikan akidah" adakah bermakna mencemarkan akidah? Menggadaikan akidah adakah bermakna terkeluar dari akidah Islam, dan seterusnya menjadi syirik?

Kalau inilah maksud menggadaikan akidah yang disebutkan oleh Mufti Perak itu, maka hal ini telah menjadi satu fatwa yang amat berat dan serius kepada umat Islam, terutamanya kepada batang tubuh Perdana Menteri sendiri, dan pihak bertanggung jawab tentang agama di negara kita haruslah memberikan perhatian yang serius juga kepada fatwa ini.

Hal yang berhubung dengan akidah bukanlah perkara mudah kerana akidah merupakan keimanan kepada agama Islam itu sendiri, dan akidah yang tergadai sekiranya dimaksudkan akidah yang telah tercemar atau terkeluar dari akidah Islam, maka orang itu dengan sendirinya menjadi tidak mukmin dan tidak Islam, syirik dan kafir.

Apakah pengertian ini yang dimaksudkan oleh Mufti Perak dengan ungkapan "menggadaikan akidah" itu? Juga kenyataannya tentang perbuatan syirik yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu.

Hal ini menjadi lebeh ringan sekiranya maksud menggadaikan akidah itu ialah melakukan satu perkara dosa terhadap Allah dan Rasul-Nya, kerana orang yang berdosa itu tidak akan rosak akidahnya dengan hanya melakukan dosa selagi tidak terang-terang melakukan perbuatan yang merosakkan akidahnya.

Hal inilah yang perlu diperjelaskan supaya umat Islam tidak menjadi keliru dengan fatwa Mufti Perak tentang orang Islam yang menyertai perayaan tersebut.

Mungkin Jakim, Majlis-majlis Agama Negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan, malah DYMM Raja-raja Melayu sendiri sebagai Ketua Agama Negeri perlu segera mengambil tindakan bagi membincangkan fatwa Mufti Perak ini dan memberikan keputusan yang muktamad dalam isu ini.

Isu seberat ini tidak mungkin dilihat sebagai satu perselisihan pendapat atau perbezaan pandangan sahaja seperti perbezaan pentafsiran dalam hal-hal ranting dalam agama Islam kita. Hal akidah bukan lagi merupakan masalah kecil, seperti masalah perbezaan mazhab dalam beberapa hukum cabang yang dikenali sebagai masalah Furu' bukan masalah usul. Hal akidah adalah merupakan hal iman, Islam seseorang.

Hal yang fundemental bagi seorang Islam. Hal ini merupakan fatwa untuk seluruh negara dan seharusnya mendapat ijmak ulamak di negara kita ini, terutamanya kerana kita mempunyai institusi dan agensi agama yang berotoriti.

Sebab itulah telah saya katakan di atas, saya, sebagai seorang individu, tidak dapat menyokong atau membangkang fatwa seorang Mufti. Namun fatwa seorang Mufti tidaklah seharusnya mencerminkan fatwa negara seluruhnya kerana kita mempunyai badan agama dan institusi raja-raja yang merupakan institusi agama di seluruh negara kita ini.

Jawapan yang rasmi terhadap fatwa yang tersebut haruslah disegerakan, kerana fatwa ini mungkin mengelirukan umat Islam di negara kita keseluruhannya, sekiranya tidak dimuktamadkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan seterusnya disahkan oleh Majlis Raja-raja sendiri.

Sumber - Sinar Harian



8 comments:

Kakzakie Purvit said...

Semakin bercelaru bila macam-macam fatwa dikeluarkan. Mengapa mahu melibatkan diri ke upacara keagamaan org lain kalau dah tahu itu upacara agama.... pergi masjidlah banyak majlis ilmu di masjid boleh ditimba...

Dee said...

berat tuduhan tu..jgn sbb berbeza politik, mereka jatuhkan hukuman membabi buta...

Sheherazade said...

sayang agama Allah

renung2 kan

azhariahzuber said...

ada dua yg sy dengar. satu kata dosa tak leh sertai thaipusam. satu plak kata kalau kita sekdar wish tanpa niat takpe. ntah mana yg betul

apdm said...

salam....


isu ini terlalu sensitif untuk dibincangkan secara terbuka... nak komen pun x pandai sgt..huhu

Unknown said...

saya no comment kot

me suya said...

isu yg sngt sensitif.so suya nk tgu bca lagi about this drpd bijak pandai ilmuan yg lain sampai puas hati

Myra Jay said...

Sesuatu fatwa yang dikeluarkan perlu diperjelaskan agar semua faham dan tak terkeliru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign