Feb 6, 2012

Happy Chap Goh Mei dan takziah di atas pemergian mendiang TONY



Hye uolssss....

Just back from out station..sangat memenatkan di tambah pula badan x berapa nak sihat..sakit pinggang dari semalam adoi la huhuhuhu! Rasa nak rest dekat rumah saja..Nak kuar pun x de mood..Tadi pergi KADA kejap (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu)..Than sampai dekat rumah terus tidur x larat naw la.. Tiba² sakit pinggang , kuat lak tue...

Baru nak lelapkan mata , dapat pula panggilan telifon dari salah seorang client aku. Ingatkan pasal apa la rupanya dia bagitahu , cina yang aku jumpa baru nie sudah meninggal dunia.. Terkejut betul aku dengar berita tue..ye lah baru dua hari lepas aku jumpa dia siap bergurau senda bagai lagi..Tak sangka betul , itu la kali terakhir kami berjumpa..

Takziah buat keluarga mendiang TONY.. Usyikkan dia dan kata² dia baru nie masih terngiang² di telinga aku.. Mendiang ingin aku berkerjasama dengannya dalam satu projek akan datang tapi semuanya tidak kesampaian.. Usyikkan terakhirnya mengenai tahun naga yang membawa tuah kepada aku dan mengenai zuriat..Betul katanya ini tahun terakhir dia kasi aku ang pow..tahun depan dia nak kasi dekat anak aku pula..Tak sangka sungguh itu gurauan dan usyikkan terakhir mendiang kepada aku...

Aku di beritahu mendiang yang baru sampai dari Ipoh semalam (bertemu dengan aku pada hari sabtu lalu) di katakan sesak nafas dan di bawa ke hospital Penang dan menginggal dunia pagi tadi. simpati dengan keluarga mendiang..aku turut terasa kehilangan kerana mendiang seorang rakan bisness yang sangat baik...



*******************************************************

Hari Chap Goh Mei

Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar²an, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar dan tanglung dinyalakan bagi meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.

Persembahan kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau singa, opera Cina, dan mengimbang bendera besar "Chingay".






9 comments:

Izan Ishak said...

takziah buat keluarga mendiang tony...

Fazleyatul Aini said...

takziah buat keluarga mendiang

kurus said...

semoga mendiang tenang disana .. ;)
tulah seblm2 nie akak x pernah paham kenapa mesti ada chap goh mei selepas tahun baru cina ..

hurmmm ;)

dear anies said...

mama sy mrh2 smlm sbb dia stuck dlm jammed sbb chap goh mei

Kamsiah yusoff said...

kat tempat akak ni...selagi tak abis depa beraya,selagi tu la takleh tido dgn aman...dum dam dum dam bunyi mercun...

Adzrien Shoppe said...

takziah.. tentu sedih bila kehilangan seorang rakan yg baik.

Unknown said...

takziah buat keluarga Tony

☾SHiemaCMa786☾ said...

takziah buat keluarga mendiang..

selamat berehat amy..

Sheherazade said...

takziah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign