Feb 17, 2012

Kata-kata semangat di pagi Jumaat



Salam pagi Jumaat uollsss...

Alhamdulillah, berkat kesabaran setiap hari menempuh manusia yg bermacam² ragam telah banyak mengajar aku tentang kehidupan di dunia.

Ilmu ibarat air di dalam gelas.. jika tidak dikeluarkan maka meleleh air tu keluar begitu sahaja..

So, apakata uollssss kongsikan kata² semangat atau pembakar semangat.. sehari satu kata² pun dah cukup.. Tak kisahlah berkaitan apa sekalipun KECUALI cinta..

Semoga kata² semangat yang terhimpun kat sini dapat dijadikan pendorong kepada kejayaan diri kita dan mereka yang lain. Sekurang²nya kita dapat membuatkan orang lain tersenyum pun dah cukup baik..

Terpulang sama ada kata² semangat itu anda dapat daripada orang lain, mahupun dari diri sendiri.. yang penting keikhlasan untuk anda berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Yang terbaik adalah yang datang daripada diri sendiri, ikhlas dari hati.

Jadi.. aku mulakan dengan kata-kata ini..

"Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya"

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan. Seluruh kehidupan adalah satu ujian.


17 comments:

Ayuni said...

sis, bestnye, dhlah sye ske simpan quotes, tp ug englishlh, sye bg dlm English ek...."There are three ingredients in the good life: learning, earning and yearning", ok x?

Unknown said...

alhamdullilah.. selalu tenang hati dan minda dengan kamu sayang..

Sheherazade said...

waa,menarik idea ni :)

InsyAllah

Anum said...

anum baca je entry nie terus semangat

echa takashimaya said...

gagal itu adalah untuk mencuba dengan lebih baik bagi kejayaan akn dtg.insyallah :)

cheqna said...

kegagalan sebnarnya guru terbaik buat kita =)

Qhaifa Nur said...

kegagalan mengajar kita erti kejayaan...

Cik Jannah said...

kegagalan kunci mencapai kejayaan. berusaha pasti ada kejayaan kan?

btw,salam kenal sis)

ucupiza said...

Nak share jugak la kat k.amy:
ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu atau seseorang itu,
MELAINKAN mereka sendiri yang mengubahnya.

Salina@IbuAqil said...

Selalu duk ckp pada diri sendiri bila ada benda2 yg menduga diri.. ;)
"Menangis hari ini akan buat kita lebih kuat esok & hari2 mendatang!!"
Hi3!!!
TC & Happy Weekend!! ;)

Cikrosecute said...

nice entry amy...kegagalan pertama..bukan bererti gagal selama-lamanya...

Fathiah Hamim said...

bagi fa, takkan berjaya seseorang itu without failure. :)

Izan Ishak said...

org yang betul2 gagal ialah org yg langsung tak pernah nak mencuba buat sesuatu perkara kan...

sahromnasrudin said...

"Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan"

ayat nie paling saya suka..trime kasih :-)

Aine Ainun said...

Kegagalan itu lebih banyak mengajar kita, drpada...kesenangan yang terus menerus tanpa menyukuri nikmatnya....

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam Amy..
cma pun bersemangat hupdate status mcm ni..

"Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri"

Fiza Rahman said...

Menarik nih. Nak kongsi gak ^_^

'jangan pernah mengalah. Patah sayap, terbanglah jua. Jika jatuh, jangan rebah…biar terhenyak tetapi tetap tegak walaupun terpaksa bertongkatkan dagu'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign