Mar 31, 2011

Permintaan Mat Bangla ...


Di rumah sudah , alhamdulillah semua urusan hari nie selesai juga. Walaupun ada beberapa kesulitan di bank tadi tapi berkat kesabaran aku menunggu akhirnya selesai juga. Now perut ada terasa sakit sikit coz tadi lapar sangat. Aku lihat jam di tangan baru pukul 11 lebih tapi perut dah terasa pedih sangat.. Biasa la orang yang ada gastrik macam aku nie memang cepat lapar.. Di sebabkan berada di bank so x sempat nak menjamah makanan yang telah di beli. Nie baru makan dan telan ubat gastrik supaya sakit tidak melarat. Padan la perut aku rasa pedih sangat tadi , rupanya jam tangan aku dah habis bateri.. Mati-matian aku ingat baru pukul 11 lebih , padahal jam dah 1 lebih , tertipu aku hampeh punya jam!!!

Sampai di rumah aku terima satu panggilan dari salah seorang bangla aku. Serius panggilan nie betul- betul buat aku tersentuh. Tidak di nafikan bangla nie lain sikit daripada bangla-bangla yang lain. Teringat pula masa mula-mula aku hantar dia bekerja di daerah Gopeng dulu. Tengah makan dengar azan zohor dia sanggup tinggalkan makanan dan pergi menunaikan solat. Sampai kan pekerja aku jadi malu bila bangla tue bersikap begitu. Nie tadi dia mengadu minta aku cakap baik-baik dengan majikan dia. Ikuti perbualan aku dengan Mat bangla tue...

Bangla : kakak saya sini Inayatuallah..

Aku : ya , ada apa Ina...

Bangla : kakak saya masalah juga ada. Bos tarak kasi saya masjid pigi lagi ladang juga duduk.

Aku : apasal dia tak kasi , u mau pergi sembahyang sana masjid ka..

Bangla : saya masjid pigi , bos tarak kasi suruh ladang juga duduk kerja

Aku : Iye faham..

Bangla : Kakak saya tolong minta cakap sama bos. sana masjid sembahyang.. sini ladang tarak bagus anjing juga ada..lagi bos cakap saya sana pigi , gaji kasi potong..

Aku : tak baik itu macam x pa nanti saya cakap sama u punya bos , u kerja baik-baik nanti sikit jam saya telifon u punya bos

Bangla : Kakak cakap baik2 , saya sana masjid juga pigi.. sini tarak bagus

Aku : iye saya faham..

Bangla : terima kasih kakak


Apa perasaan korang kalau pangilan ini korang yang terima. Tak tersentuh ke hati , mat bangla pun tahu memperjuangkan hak dia untuk menunaikan solat sedangkan kita yang bebas untuk ke masjid langsung tak nak pergi menunaikannya..Budak bangla nie muda lagi baru 22 tahun. Tapi sangat rajin bekerja untuk membantu keluarga. Pernah suatu ketika ada pihak yang tidak bertanggungjawab datang meminta wang dengannya. Bila tidak di beri , mula mencari kesalahan mereka. Sampaikan masa aku pergi untuk mengutip duit permit , duit mereka di tanam di dalam tanah semata-mata tidak mahu di berikan kepada pihak yang tidak bertanggungjawab nie.. Betapa susahnya mereka di sini , sampaikan nak sembahyang pun terbatas.. Jadi renung-renungkan la..








Berfikir sebelum bertindak tapi bukan bertindak sebelum berfikir




Salam perkongsian dan salam ceria untuk semua. Pagi yang indah ini , ingin aku kongsikan sebuah cerita untuk renungan kita bersama.. Al kisah seorang lelaki yang juga merupakan seorang bapa yang baru pulang ke rumah dengan membawa sebuah trak baru. Trak yang menjadi kebanggaanya selama nie. Iya lah dapat trak baru kan , sapa x gembira!!!

Trak tersebut di tinggalkan di depan rumah , sementara lelaki tadi membersihkan diri. Anak lelaki itu yang baru pulang dari sekolah ternyata sungguh teruja melihat trak baru lalu kanak-kanak itu menaiki trak itu dan bergendang dengan penuh kesukaan. Akibatnya trak baru tersebut tercalar dan sedikit kemek. Lelaki tersebut berlari ke arah anaknya , memarahi dan memukul tangan si anak kecil itu dengan kayu sebagai hukuman kerana telah mencalarkan trak barunya..

Setelah sang ayah tenang kembali , dia segera membawa anaknya ke hospital. Walaupun doktor telah mencuba segala usaha untuk menyelamatkan jari-jari anaknya yang hancur tetapi ia tetap gagal. Akhirnya doktor memutuskan untuk melakukan pembedahkan untuk membuang ke semua jarinya..Ketika anak kecil itu sedar , dia mendapati tangannya berbungkus kain putih dan di maklumkan sesungguhnya jari jemarinya telah di potong kerana tidak dapat di selamatkan lagi. Anak kecil itu berkata " Ayah adik minta maaf sebab telah merosakkan trak baru ayah" kemudian ia bertanya " tapi bila jari-jari adik akan tunbuh kembali"? Ayahnya tersentak dan seribu penyesalan menyelinap ke dalam minda.

Jadi moral dari story nie , berfikirlah dahulu sebelum kita kehilangan kesabaran dan mengambil tindakan yang membuta tuli. Trak boleh di perbaiki tetapi bagaimana dengan tulang yang telah hancur dan hati yang di sakiti ? Adakah ia mampu di perbaiki juga ?

Terlalu sering kita gagal untuk membezakan antara orang dan perbuatannya.. Kita sering kali lupa bahawa memberi maaf lebih besar daripada membalas dendam. Setiap dari kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan tapi tindakkan yang kita ambil dalam kemarahan akan menghantui diri kita selamanya. Tahan , kawal dan fikirkan sebelum mengambil tindakkan. Memaafkan dan melupakan , mengasihi satu dengan lainnya. Ingatlah , jika kita menghakimi orang kita tidak akan ada waktu untuk mencintainya.. Masa tidak akan di kembalikan , hidup kita ni bukanlah seperti DVD PLAYER yang dapat di backward dan forward.. HIDUP hanya ada punat saja iaitu PLAY dan STOP .. Jadi fikir-fikirkanlah..


Note : Setelah seminggu lebih terperuk di rumah , akhirnya hari nie aku keluar juga untuk selesaikan beberapa perkara. Jadi aku akan balas semua komen yang di tinggalkan sebaik sekembalinya aku dari bank nanti..TQ!





Mar 30, 2011

Kegembiraan dalam kesedihkan



Hati yang gembira boleh di lihat dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira. Setuju tak kalau aku katakan begitu! Mungkin ada setengah orang dapat menyembunyikan masalah mereka dengan berselindung di sebalik kegembiraan. Dan mungkin juga ada sesetengah orang yang langsung tidak pandai untuk menyembunyikan semua itu. Tapi sejujurnya aku katakan , aku sangat kagum kepada mereka yang pandai menyembunyikan kesedihan mereka di sebalik kegembiraan yang di tunjukkan melalui raut wajah. Ia bukan suatu yang mudah! Kegembiraan di wajah tidak seiring dengan kegembiraan di hati. Ia amat perit sekali..











Mata dan nafsu selari bila melihatnya...




Bila sejuk-sejuk macam nie , perut pun mula la rasa lapar je.. Tapi dalam kelaparan masih sempat berfikir menu apa yang best untuk di nikmati petang nie.. Fikir punya fikir! Akhirnya keluar la menu tue dari kepala otak aku nie. Aduh asal keluar makanan nie pulak.. Sambil telan air liur beberapa kali. Nie baru amek pic uncle gooogle , belum lagi depan mata. Alahai terliur pula aku pada hidangan nie. Dah lame tak makan kepsi. Agak-agak en.husband nak tak tolong belikan kat airport. Teringinya nak makan kepsi...Glurppp!!!!!

U all makan apa petang nie..........


Sepasang kekasih di tangkap melakukan perkara tidak senonoh di dalam tandas di sebuah shopping kompleks


Firstly aku minta maaf kalau ada pihak yang terasa hati dengan entri ini. Actually story ni aku lihat base kepada video yang di paparkan di facebook semalam. Maaf video itu tidak seharusnya aku paparkan di sini kerana akan mengundang masalah dan mengaibkan ahli keluarga pasangan yang di tangkap itu. Honestly aku katakan , aku sangat tidak setuju dengan cara dua orang pengawal keselamatan tue. Mungkin pendapat aku ini ada yang boleh terima dan mungkin juga ada yang tidak dapat terima. Terpulang la setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.

Semalam petang aku ada lihat salah seorang rakan di facebook memaparkan video aksi pasangan yang melakukan perkara tak senonoh di dalam toilet di salah sebuah shopping kompleks terkemuka. Kegiatan mereka dapat di hidu oleh pengawal keselamatan di situ. Jadi pengawal keselamatan itu telah menyoal pasangan kekasih terbabit tanpa membenarkan wanita yang masih bertudung litup dan tanpa berseluar itu untuk mengenakan semula seluarnya. Lagi bertambah kejam bila salah seorang daripada mereka merakamkan video semasa mereka di persoalkan. Bagi aku la kan , mungkin video itu salah satu cara untuk di jadikan bukti tapi yang tak kena caranya kenapa harus di download di dalam facebook atau pun you tube untuk di jadikan tontonan umum.

Aku bukan nak berpihak kepada yang salah! Aku tahu pasangan kekasih itu melakukan kesilapan tapi apa pula salah keluarga mereka , ibu bapa mereka kalau video itu di jadikan tontonan umum . Tak ke ia mengaibkan keluarga mereka. Aku yakin tak ada seorang ibu atau bapa inginkan anak mereka jadi begitu. Jadi perlu ke pengawal keselamatan itu berbuat demikian.. Serius semalam selepas aku melihat video tue , aku memang rasa tak puas hati. Aku yakin pasti korang pun dah lihat video tue kan sebab ia dah semakin hangat di perkatakan di facebook..Kalau ada di kalangan korang terlihat sila abaikan dan jangan sesekali korang letakkan di wall facebook korang kerana korang mungkin akan di anggap penyebar video itu dan x pasal2 dapat dosa free.. Nak ke!!!!



Apabila sinar raudah cuba untuk...



Morning all...

Hrmmm... Kalau u all perasan gambar di header dan profile aku sudah di tukar. Dan mulai dari hari nie aku di larang same sekali oleh en.hubby untuk memaparkan gambar yang tidak bertudung. Actually dah lame en.hubby tegur aku tapi jenis en.hubby memang tak suka mendesak. Dia selalu pesan pelan-pelan pasti boleh buat sebab asalnya aku sebelum nie memang free hair. After kahwin baru aku mula bertudung.Bukan kenyataan bangga ok tapi itulah kesilapan aku memilih jalan sebegitu. Alhamdulillah selepas berkahwin aku cuba perbaiki sedikit demi sedikit. Mungkin tidak 100% tapi aku cuba perbaiki dari sehari ke sehari.

Semalam aku dah clearkan semua album gambar aku yang free hair di facebook. Terbuka di hati selepas en.hubby bersuara , masa tue time maghrib. 'Mama letak gambar free hair papa tak nak tanggung dosa mama sebab papa dah banyak kali pesan' So semalam dengan hati yang tanpa di paksa , aku telah privatekan semua album gambar yang free hair.

Hari nie pula aku nak tukar header dan picture profile aku di sinar raudah tapi kebetulan pagi nie aku menerima satu komen. Satu nasihat dari rakan blogger , anyway thanks kepada beliau kerana sudi dan berani bersuara menegur aku. Sedikit pun aku tidak marah dan berkecil hati malah aku terima nasihat itu dengan hati terbuka. Boleh lihat dekat sini , di saat aku ingin melakukan perubahan Allah s.w.t gerakkan hati sahabat kita untuk menasihati aku. Alhamdulillah syukur masih ada yang sudi menegur aku..

Sebelum nie en.hubby sudah banyak kali cakap pada aku.'Nama blog mama sedap , SINAR RAUDAH tapi gambar pada header dan profile sangat tidak sesuai dengan nama blog'. Tapi tue la aku nie suka tangguhkan. Dan pernah satu hari en.hubby cakap , jangan nanti sampai orang lain tegur mama malu dan papa di persalahkan.. Tengok hari nie apa yang di katakan olehnya benar-benar terjadi.. Kesian en.hubby kerana aku dia dapat nama dan malu. Insyaallah selepas nie aku akan cuba jaga maruah diri dan nama baik en.hubby..

Jadi dengan ini aku ingin memohon maaf kepada semua pengunjung sinar raudah baik lelaki mahupun perempuan. Maaf kerana aku telah membuat kalian berdosa apabila setiap kali kalian singgah di sini kerana melihat aurat aku.Aku insan biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan . Beri aku peluang untuk memperbaiki setiap kelemahan. Maaf sekali lagi dan terima kasih kepada mereka yang sudi mengingatkan aku terutama en.hubby...


perbualan bersama seorang kakak di facebook semalam..
Note : Bagi sedikit masa untuk aku tukarkan semua gambar free hair aku dalam entri yang lepas2 dan yang lebih penting hari nie aku dah boleh blogwalking..Masa untuk membalas kunjungan semalam yang x sempat aku balas...tungguuuuu!!!




Mar 29, 2011

Bikin hati panas je


Harap maaf! line internet hari ini sangat la lembab. Jadi sangat terbatas untuk aku blogwalking dan membalas kunjungan korang.Insyaallah bila line dah ok nanti , aku pasti akan singgah ke rumah korang.. Tak tahu la apa hal pulak hari nie , line jadi lembab gila.Selalu laju tak terkejar , nie lembab mengalahkan siput B pulak..Hai la kasi hati panas je..

Amy Syaquena jatuh hati sekali lagi dengan....


Morning all..

Selalunya kalau aku masuk mane-mane blog yang ada pasang lagu aku pasti akan of kan volume lappy aku tapi berbeza dengan satu blog nie.. Setiap kali aku singgah pasti aku akan on volume lappy aku sekuat-kuatnya. Tak tahu kenapa sejak pertama kali aku dengar lagu tue , aku dah mula jatuh hati dengan melodi dan lirik lagu tue. Pernah satu ketika tue , tuan empunya blog removekan lagu tue dari blognya. Jenuh juga aku mencari di you tube , siapakah gerangan yang mendendangkan lagu tue tapi malangnya aku tak dapat jumpa sehinggalah baru nie tuan empunya blog meletakkan semula lagu tue di dalam blognya. Dan dengan muka tak malunya , aku bertanya kepada tuan empunya blog dan ahkirnya aku dapat cari di you tube.. Aku sharekan di facebook dan hari nie aku nak share pula di sinar raudah. Jemput la dengar ye! Lagu nie khas untuk cinta hati aku , sapa lagi kalau bukan hero kesayangan aku aka en.hubby heheheh~~

Lagu yang di dendangkan oleh Ammar
Tajuk lagu Amani...



Note : Thanks adik amani coz sudi bagitahu akak siap sent detail di sinar raudah lagi..thanks again dear , u all kalau rasa x boleh dengar di sini jemput la singgah di teratak amani pasti korang akan di hidangkan dengan lagu ini..


Mar 28, 2011

Si miskin yang tidak pernah bersyukur dan si kaya yang sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t


Satu cerita menarik untuk dikongsikan bersama..

Nabi Musa a.s. memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskin , pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., “Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya.” Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.”.

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, “Bagaimana aku mahu bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja”!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.

Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., “Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu.”

Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.”. “Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar.

Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya”, jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.



Mar 26, 2011

Redha ikhlas dan tawakal


Alhamdulillah, kerana masih diberi keizinan oleh ALLAH untuk mengemaskini blog nie. Sebenarnya aku merasakan banyak perubahan yang berlaku kepada diri aku sejak kebelakangan ini, apa pun perubahan yang lebih positif berlaku nie adalah satu kurniaan ALLAH yang tidak terhingga.

Terima kasih Ya ALLAH, Walau bagaimana pun aku ikhlas, redha dan tawakal dalam menerima apa jua yang ALLAH berikan, aku benar-benar bersyukur dengan nikmat ilmu, rezeki dan apa jua yang aku terima. Sebenarnya setiap perkara yang aku terima hari ini adalah sesuatu yang tidak pernah aku jangka ataupun fikir.

Setiap kali berdoa apa yang aku pinta daripada ALLAH hanyalah ingin menjadi hamba yang ikhlas, dan lakukan segalanya hanya ingin menjadi hamba yang bertakwa, redha dan tawakal dalam apa juga yang aku lakukan, sentiasa mencintaiNYA sehingga kehujung nyawa, dan sentiasa merinduinya setiap detik dan saat.Malah aku serahkan segala kepadaNya bagi menentukan kehidupan aku pada hari esok dan mendatang. Redha ikhlas dan tawakal.



Mar 25, 2011

Ibu bersedudukan dengan anak.. Menganggap anak seperti suami sendiri..





Pagi nie just nak share pasal satu video nie..Korang lihat dan korang fikir la sendiri.Kemudian buat la tafsiran ye. Apa nak jadi la dengan manusia sekarang nie..Mungkin dunia dah semakin di penghujung. Ibu dengan anak pun boleh bersekedudukan seperti pasangan suami isteri tanpa menghiraukan cakap-cakap jiran tertangga.. Apa pendapat korang bila seorang ibu buat kenyataan begini? Bagaimana pula nasib si anak untuk yang akan datang , bila orang sekeliling melihat kenyataan secara terbuka nie. Bukan satu kampung je tahu tapi satu dunia.. Ibu tue dah tentu la nyawa di hujung2 kuku , yang si anak tue masih muda.Kalau di beri kesempatan hidup mungkin akan menjalani kehidupan bertahnun-tahun lagi. Patut ke seorang anak akur dengan kehendak seorang ibu macam nie..Kita renung-renungkan!!! Apa pendapat korang......


Mar 24, 2011

Perempuan cuba bunuh diri di KB MALL..




Astagfirullahalazim.. Mengucap panjang aku bila lihat video nie.. Petang tadi masa en.hubby pulang dari kerja dia ada bagitahu aku , ada perempuan cuba untuk bunuh diri. Mulanya aku tak percaya coz kadang kala en.hubby suka nak kenakan aku tapi tadi dia bersungguh-sungguh cerita. Katanya masa otw back tadi , dia ada dengar berita dalam radio mengatakan seorang budak perempuan cuba untuk membunuh diri di shopping kompleks KB Mall. Malam nie pula , dah heboh orang mengupload video lagak ngeri nie di facebook.. Nasib baik la dapat di selamatkan , kalau tak mati bodoh je. Tak fikir panjang langsung! Apa nak jadi la dengan budak-budak sekarang nie.....



Bukan ku pinta jadi begini tapi semua sudah suratan takdir...aku pasrah dan redha



Morning all...

Firstly amy nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang sudi bertanya khabar dan mendoakan amy. Maaf kerana amy masih tidak berkesempatan untuk membalas email , komen dan mesej di facebook. Terharu sangat coz masih ada kawan-kawan yang amek berat dan ingin tahu apa yang terjadi pada aku baru-baru ini.Kesian u all mesti jadi tanda tanyakan.. Actually nak menulis entri ini pun aku memerlukan kekuatan. Serius bukan mudah dan senang untuk terima dugaan yang seberat ini tapi apa pun aku kena fikir positif. Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..


Petang selasa lalu , aku ke klinik pakar Reza untuk mendapatkan rawatan. Memandangkan ada sedikit bleeding dan sakit perut. Memang selalu kalau kedatangn cik P , aku akan terasa sakit di sebabkan cik S. Tapi kali nie sakit tu bukan di bawah ari2 tapi di sekitar perut yang kadang kala berbisa-bisa dan bleedingnya pun sikit sangat berwarna keperangan.So atas nasihat doc , aku di beri satu surat untuk mendapatkan rawatan di HUSM.Jadi pagi semalam aku ke HUSM dan di sebabkan itu sinar raudah tidak berupdate.


Daftar di bahagian O&G dan ambil no
untuk menunggu di dalam..

Sampai di HUSM , seperti biasa daftar diri dan amek nombor untuk menunggu giliran. Time tue ramai juga pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan rawatan dan terdetik di hati. Alahai malangnya aku , semua orang ada pasangan aku sorang je terkontang kanting sorang2. En.hubby x dapat temankan aku sebab tak ada pelepasan. Kesian juga en.hubby sekarang nie nak ke mana pun tak boleh.Cuti di bekukan pastu urusan bank semua dia kena handle.Kalau dia cuti macam mane orang nak berurusan dengan bank. Terpaksa fikir orang lain dulu dari keluarga sendiri , nak buat macam mane kan dah itu tempat dia mencari rezeki jadi redha je la..

Bila hati mula tercuit aku pun mesej en.hubby.Tapi en.hubby x cakap banyak just bagi kata-kata semangat je sebab en.hubby tahu aku nie memang mudah menangis kalau meluahkan sesuatu padanya.Dia cuba kuatkan aku! Aku cuba alihkan fikiran dengan bersembang dengan patient yang ada di situ. Semua patient yang hadir agak berumur , kiranya aku la yang paling muda di situ. Sebab tue dorang pandang aku lain macam je..Ye la aku nie kecik nampak macam budak-budak , tambah datang sorang-sorang pulak tue mau dorang tak fikir bukan-bukan. huhuhu~

Tapi luck aku semalam , name aku di panggil lebih awal dari nombor giliran aku. So berjumpa la aku dengan doc pakar sakit puan Prof. Adibah. Actually sebelum nie kes aku di handle oleh Prof.Azlina tapi di sebabkan surat yang aku terima dari Klinik pakar Reza atas nama Prof Adibah jadi bertukar tangan la kes aku nie , tapi tak pe ilmunya sama je. Bila di baca pada surat tue doc Reza suggestkan aku membuat pembedahan tapi melihatkan pada rekod aku sebelum nie , tiada masalah. Prof.Adibah tidak membenarkan perut aku di usik kerana menurut rekod , rahim aku tidak ada sebarang masalah cuma tak kuat je.So pemeriksaan pun di jalankan kepada aku...


Selang hampir satu jam lebih baru semuanya selesai. Dan menurut kata prof. keguguran yang terjadi mungkin di sebabkan aku mengalami anemia.Tambahan pula ia kerap terjadi. Dan di sebabkan itu darah aku terpaksa di ambil , untuk di test semula di makmal. Lepas nie aku kena lebih menjaga pemakanan aku dan mengambil beberapa suplemen untuk meningkatkan apa yang kurang dalam tubuh badan aku nie.Dan yang lebih penting , hari nie aku dah mula berpantang..Kalau boleh aku tak nak fikir sangat. Di harap selepas meluahkan di sini aku tidak akan lagi bersedih.Mungkin apa yang terjadi sudah tertulis dan pasti ada hikmah yang sedang menanti. Bak kata doc , awak masih muda dan masih ada waktu untuk awak mencuba lagi huhuhu~ walaupun perit harus di telan juga~~ huwaaaaa!!!!


sabar menunggu...


Inilah ubat2an yang perlu aku makan
bermula hari nie! Banyakkan..
mabuk ubat pulak aku lepas nie huhuhu~~~


Mar 22, 2011

Kehendak hati dan akal saling bergelutan


Hidup ini ada kalanya agak susah juga memujuk hati..Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir ALLAh yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir ALLAh yang sudah tertulis di sana.

Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, amat sakit sekali.

Dan di sebabkan itu juga, ramai yang tertunduk dan duduk terkulai. Tidak mampu untuk berdiri. Sebabnya, tidak dapat menundukkan kehendak diri dengan akal yang waras mengenai apa yang terjadi. Begitulah yang aku alami sekarang nie. Tiada kata yang dapat aku ungkapkan , melainkan berdoa semoga allah memberi aku kekuatan untuk menempuh segala dugaan nie. Tiada tempat untuk aku luahkan betapa sukarnya aku terima semua nie. Aku cuba menjadi lebih kuat tapi malangnya aku tewas dengan perasaan sendiri. Aku juga insan biasa , adakala aku tak mampu nak menahan sebak. Walaupun hakikatnya aku tahu semua itu dugaan illahi.Sepatutnya aku kena terima dengan hati terbuka.

Ya allah berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala ujian ini..

Kawan-kawan , aku baru balik dari klinik. Something bad news yang aku terima dan besok pagi aku terpaksa mendapatkan rawatan di HUSM. Berkemungkinan besar , aku akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat ini. Doakan aku ye kawan-kawan! Perasaan aku sekarang nie , rasa macam nak menangis dan meraung sekuat-kuatnya..Sakit sangat............


Note : Tadi baru dapat berita gembira satu projek aku telah di luluskan dan petang pula terima berita duka..Dua perasan yang aku rasa dalam satu hari..huhuhu!! :(






Effects of cold water


Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!Kita tidak akan kehilangan apa-apa, malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.

Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walau bagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa, Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.Marilah kita berwaspada dan berhati-hati, Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

Mar 21, 2011

Satu satu penyakit yang datang! Dugaan betul la..


Satu dugaan , satu dugaan yang datang. Hari tue demam x semena-mena.. Lepas pada tue asyik pening je.. Tengok orang dah macam gasing..Kalau pening je tak pe la lagi at least boleh la tido. Nie tak nak tido memang tak boleh. Sebab terasa satu badan pusing-pusing. Hari nie lak pening dah ok pinggang lak sakit. Penat en.hubby dengar rungutan aku. Aku kalau bab pinggang nie memang sensitif sangat coz satu ketika dulu aku pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya yang melibatkan pinggang aku lari dari sendi*istilah sendiri*. Berbulan juga baru baik... Nie tiba-tiba lak datang sakit pinggang..Aduhai harap malam nie boleh tido la. Nak makan ubat takut! bak kata KAK ZAKIE amy tak boleh makan ubat sebarangan.. Jadi tahan je la nak ke klinik macam malas je.. Takut pun ada huhuhu.....

Fenomena terbaru sukan bola sepak kelantan


Red Warriors!

Satu name yang tidak asing lagi dalam dunia sukan bola sepak Malaysia. RW merupakan salah satu team bola sepak yang boleh di katakan biso *kata ore kelate* dengan barisan penyerang yang cukup hebat. Sejak dua menjak nie RW sudah mula bangkit dalam sukan bole sepak dan mula mendapat perhatian umum. Malah dari segi penyokongnya pula RW merupakan team yang mempunyai penyokong yang terlalu ramai sehingga stadium Sultan Mohammad ke- lV tidak dapat menampung jumlah penyokong yang hadir untuk menyaksikan perlawan. Sebagai contoh baru-baru nie , seawal 11 pagi lagi semua tiket sudah habis di jual. Betapa semangatnya mereka untuk menyaksikan perlawanan serta memberi sokongan kepada team kegemaran mereka.

Pemain dah hebat , penyokong dah ramai cuma sikap para penyokong je perlu lebih profesional lagi.Tak nak la kalau kalah sikit nak buat hal , nak bakar sana bakar sini. Aku yakin para penyokong RW boleh lakukannya. Tengok di beberapa game yang lepas , korang boleh terima dan berbaik dengan penyokong pihak lawan.Macam tue la sikap yang sepatutnya di tunjukkan.
Semoga kalian akan terus menunjukkan sikap sebagai penyokong bola sepak yang profesional.


Sanggup berbaris panjang semata2 nak beli tiket..

Tengok bola tengok bola juga..
bila tiba masanya kena laksanakan..

Baguskan mereka masih tak lupa menunaikan tanggungjawab


Stadium yang di banjiri dengan penyokong

Penuh dan padat...



Note: kredit pic to MHMN...




Dato Siti di majlis kenduri kahwin anak Dato Solah Mat Hassan pengarah JPJ Malaysia




Tadi kawan MIL ada datang ke rumah. Wahhh!!! Bukan main suka lagi dia bercerita dapat jumpa dengan Dato Siti di rumah orang kahwin baru-baru nie. Tapi Dato Siti tidak di temani suaminya..Mungkin Dato K sibuk kot! Actually baru-baru nie , Dato Solah Mat Hassan pengarah JPJ Malaysia baru saja mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya. Sayangnya MIL tak dapat hadir di majlis tersebut , kalau tidak dapat la aku berjumpa dengan Dato Siti .Tak de la mimpi-mimpi macam di entri ini hehehe...

Ermmm..bestkan kalau jadi orang terkenal nie. Mane pergi mendapat perhatian umum tapi kan kalau aku di beri peluang macam tue. Aku lebih pilih hidup seperti sekarang. Tidak terbatas , apa nak buat aku boleh buat. Nie tak kalau jadi orang terkenal nie , nak buat apa semua terbatas. Setiap tingkah laku di perhatikan. Salah sikit jadi bualan. Payahkan! Pastu kuar la gosip-gosip yang tidak sepatutnya. Pastu mula la rasa tertekan.Rasa macam hidup tak sempurna je walaupun di limpahi dengan kekayaan... Kesian kan pada mereka-mereka nie. Sepatutnya kita bagi peluang kepada mereka menjalani kehidupan seperti kita tapi bukan sebaliknya...

Yakin dengan kebolehan diri sendiri


Hari ini adalah hari pertama Abu menaiki kapal terbang. Dia tiba lebih awal di lapangan terbang untuk meninjau persekitaran lapangan terbang yang baru pertama kali Abu jejaki. Penerbangan ke Langkawi iaitu destinasi yang dituju oleh Abu akan berlepas 2 jam lagi.

Sedang beliau asyik meninjau kedai-kedai di lapangan terbang tersebut. Abu tertarik dengan satu alat penimbang yang boleh bercakap dan Abu begitu tertarik untuk mencuba.

Dia mengeluarkan syiling 50 sen dan terus memasukkannya pada slot yang telah disediakan. Setelah wang tersebut dimasukkan alat penimbang itu mula bercakap. Selamat petang En. Abu, umur anda 36 tahun dan berat anda adalah 75kg.

Abu tersentak apabila mendengar kata-kata alat penimbang tersebut. Semua apa yang diperkatakan oleh dirinya adalah tepat. Abu terasa pelik dan timbul tidak percaya akan kehebatan alat penimbang tersebut.

Abu sekali lagi mengeluarkan duit syiling 50 sen dan mencubanya sekali lagi. Mesin penimbang tersebut masih juga memberikan jawapan yang sama.

Kening Abu semakin berkerut kerana tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Dia mencuba lagi tetapi kali ini membelakangi mesin tersebut. Kata-kata dari penimbang tersebut tetap sama dan masih tepat mengenai dirinya.

Kerana masih tidak percaya dan ingin menguji alat penimbang tesebut, Abu pergi ke kedai menjual alat solek dan menjual pakaian wanita, Abu menyarung pakaian wanita dan menyolekkan dirinya supaya berubah dari wajah yang asal. “Kali ini alat penimbang itu pasti tidak kenal aku lagi” kata Abu di dalam hati.

Abu berdiri semula di atas alat penimbang tersebut dan mesin mula bercakap ‘ Selamat petang En. Abu, umur anda 36 tahun dan berat anda adalah 75kg.

Ketika itu juga kedengaran “Penerbangan Ke Langkawi bersedia untuk berlepas”.

Moral:

Bagi sesetengah orang rasa tidak percaya pada diri sendiri adalah terlalu menebal dan ianya adalah satu sikap yang sememang merugikan. Bila telah pasti sesuatu perkara,tetap juga masih mencari bahagian mana yang perlu dipercayai. Inilah sikap semulajadi yang amat merugikan.

Tebalnya rasa kurang percaya pada diri sendiri adalah punca kegagalan dalam apa jua bidang. Ada juga yang telah pasti dengan satu-satu peluang dan disahkan peluang itu adalah terbaik, disebabkan tidak percaya pada diri sendiri, peluang tersebut terlepas .

Di dalam perniagaan ramai sekali yang kurang dan tidak mempercayai peluang yang telah tersedia. Akibat kurangnya kepercayaan tersebut, akhirnya jauh ketinggalan berbanding dengan orang yang telah pasti dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Mar 19, 2011

Fasha Sanda dan Jejai kembali menjalinkan hubungan


Huwaaa!! Hari nie tak ada mood nak blogwalking.. Kepala masih pusing-pusing lagi. Kepada Citarasa Rinduan , sorry sangat amy tak dapat nak update pasal kenduri semalam coz semalam amy masih tak sihat kepala pening sangat . Sampai rumah kenduri , makan than terus masuk dalam kereta berehat. Pening rasa nak muntah , risau jugak kot pitam dekat majlis orang huhuhu....


Ok la entri nie pun entri pendek je. Just nak cite pasal sorang artis nie , itupun secara kebetulan aku lihat di sini. Betul ke Fasha Sanda dah berbaik semula dengan Jejai. Alahai dorang nie dah macam budak-budak pulak , putus boleh sambung-sambung lak. Aku nie mengharapkan yang Jejai akan kembali bersama dengan Nora tapi lain pula yang terjadi. Kalau rasa korang tue memerlukan antara satu sama lain , better kahwin je la. Tak payah bercinta macam zaman budak di bangku sekolah. Serius nampak macam tak serius pulak! Dah la kisah korang tue memang menjadi perhatian umum. Sekiranya di takdirkan mereka bersama kembali , aku doakan semoga hubungan yang terjalin akan terus berkekalan higga ke jinjang pelamin.



Mar 18, 2011

Jemputan kahwin di Bachok


Ehem-ehem nak cerita pasal kenduri kahwin lagi boleh! hehehe.. Amboi sukanya aku asyik cite sal kenduri kahwin je. Mau bosan korang membacanya. Tak de la aku just nak bagitahu , sekarang nie aku sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis kenduri kahwin ex-staff en.hubby aku. Last week ex-staff perempuan dan this week pulak ex-staff lelaki. Wah kenyang perut asyik makan free je nie.. Tapi yang tak bestnya kepala aku nie masih pening lagi! Alahai jangan buat hal sudah la.. Ok have to go now nanti update lain pulak erk! Daaaaaaaa........

Uniknya alas makan di majlis kenduri kahwin nie..


Bile tiba musim cuti sekolah , banyak la jemputan orang kahwin. Dan baru-baru nie aku ada menghadiri satu jemputan nie.. Sangat teruja bila melihat alas yang di gunakan untuk makan. Selalu kalau kite pergi kenduri kahwin , kita dapat lihat mereka sediakan pinggan kaca , plastik ataupun pinggan polistren. Tapi kali nie memang lain daripada yang lain.

Walaupun ada beberapa kedai makan sudah menggunakan alas ini tapi aku tetap nak teruja juga coz di majlis kenduri kahwin memang jarang kita dapat lihat. Korang nak tahu apa yang dia gunakan. Tuuuuuu!!! Boleh lihat gambar kat bawah tue...

Nyiru yang di alas dengan kertas dan daun pisang..
Unikkan jarang kita dapat lihat di majlis kenduri kahwin
orang menggunakan nyiru untuk mengisi nasi dan lauk pauk.

Banyak kan !
Untung juga buat begini coz x perlu basuh pinggan hehe...

Nak snap pic makanan sendiri malu orang tengok
Jadi snap la curi2 gambar makanan pak cik nie hehehe...
Glemer la pak cik tangan pak cik masuk dalam blog wakakaka...


Kata-kata adalah satu doa



“Kata-kata adalah satu doa” Perkataan yang sering en.hubby katakan pada aku.

Korang tentu pernah dengar orang tua mengungkapkan kata-kata tersebut dan kebiasaan kita hanya disuruh untuk bercakap perkara-perkara baik dan positif sahaja. Kenapa? kerana setiap percakapan , perbuatan dan imaginasi kita akan dirakam oleh minda separa sedar, dan minda separa sedar akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap kata-kata dan imaginasi kita.

ALLAH mengurniakan kelebihan kepada minda untuk berimaginasi, tidak kira samada imaginasi positif ataupun negatif. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dengan imaginasi. Imaginasi yang baik, memberikan hasil yang baik, manakala imaginasi yang buruk akan memberikan hasil yang buruk, dalam erti kata yang lain, kita bertanggungjawab kepada apa yang diimaginasikan.

Menurut kata Geoge Bernard Shaw,” seorang insan yang mempunyai minda dan sedar mengenainya , bila-bila masa akan dapat mengalahkan sepuluh insan yang mempunyai minda tetapi tidak sedar mengenainya”.

Albert Einsten berkata, “Imaginasi lebih penting daripada pengetahuan” . Maksudnya imaginasi akan menjadi pengetahuan apabila ianya dibuktikan di alam nyata. Walau bagaimana pun sebenarnya kita memerlukan pengetahuan terlebih dahulu sebelum berimaginasi.

Oleh itu gunakan minda anda sebaiknya. Gunakan ia kearah yang positif, kerana minda sedar anda diibaratkan seperti ‘ pintu gerbang ‘ yang berfungsi melindungi minda separa sedar anda daripada kesan-kesan negatif. Oleh itu, awasilah setiap apa yang kita fikir, ucap dan percaya. Fikir positif dan lakukan yang positif..insyaALLAH kita akan berjaya..

Mar 17, 2011

Tak dapat laksa tomyam , maggie tomyam pun jadilah



Di sebebkan tak dapat cari laksa tomyam jadi maggie tom yam pun jadi la.. Janji ada rasa tom yam tue.. Tapi kalau rasa tak boleh telan maggie tue , aku tukar je la kepada laksa.. Kan mudah! Cuma rasanya mungkin tak sama huhuhu.. Dalam fikiran aku nie dok teringat kat laksa tomyam siam tue je ha.. Perghhh!!! sedapnya dengan udang besarnya , dengan kuah cukup pekatnya.. Aduh terliur la pulak.. Ishhh!! amy syaquena fikir maggie nie sudah jangan nak fikir lain ok. Itu semua mind set je huhuhuhu!.........



Teringin nak makan laksa tomyam



Kalau badan dah tak sihat , makan apa pun tak lalu. Hari nie makan nasi sikit je selebihnya aku makan buah je.. Mulut pahit dan tekak pulak tak leh terima makanan huhuhu... Mau bertambah kurus aku lepas nie.. Baru bercita-cita nak tambah berat badan , dah kurus balik. Susah payah sebelum nie aku makan banyak-banyak sebab nak berisi. Sekali demam confirm berat badan akan turun balik huhuhu..Tak sukanya la....

Petang nie ada terasa macam nak makan laksa tomyam. Tapi kat mane ada jual di KB nie ye! Sebab selalu kalau makan , aku beli kat gerai siam yang ada jual makanan-makanan dorang tue. Ala selalu kalau ada jual pakaian dari siam pasti ada makanan dorang gak. Kat sini selalu dorang buat kat tesco tapi MIL kata baru nie dia pergi x de pun.. huhuhu! Mane aku nak cari nie... Macam-macam hal la tekak nie! Makanan yang ada x nak makan , makanan yang tak ada juga la yang kau nak... Aduhai... Sape-sape yang tau kat area KB nie ada jual plsss! inform aku erk...TQ!



Di antara siput B dan kura2 sama dengan line...





Kalau lihat pada gambar semua sedia maklum akan binatang ini. Bentuknya memang x serupa tapi sifatnya ada sedikit persamaan iaitu sangat lembab dan terkedik-kedik. Jadi kesimpulanya di sini aku nak bagitahu binatang ini sama je macam line internet aku sekarang , sangat lembab sejak dua menjak nie. Sampaikan nak tunggu loading boleh tertido kejap hehe...

So kepada mereka yang mempunyai blog yang agak berat tue , harap maaf la kalau aku tak dapat singgah. Bukan tak nak singgah tapi sebab malas nak menunggu.. Lame sangat naik bosan lak jadi dalam keadaan macam nie silalah cuba kurangkan berat blog korang..Ini untuk kebaikan korang juga. Tengok dalam keadaan sekarang nie , internet memang slow.Kalau blog korang berat confirm orang akan tekan X sebab apa sebab tak nak buang masa menunggu terlalu lame.. Jadi renung-renungkan dan selamat beramal.....


Note : Kalau di facebook betul2 menguji kesabaran..di blog masih boleh di maafkan lagi.. Sabar je la.. Mungkin ini kesan dari bencana yang menimpa Jepun tue kot!

Bertambah minat dengan Lisa Surihani nie bila mendengar....



Sweetnya lisa.. Aku kagum sangat dengan dia nie. Walaupun name dia dah melonjak naik dan dah semakin popular tapi dia x pernah lupa akan peminat-peminatnya. Sikap macam nie lah yang perlu ada pada setiap artis di Malaysia nie. Selain mempunyai pakej rupa paras yang cantik , bakat yang ada malah beliau juga seorang yang pandai menjaga hati peminat-peminatnya... Tabik spring la Lisa...Tak semua artis boleh buat macam awak tau.. Aku bertambah suka dan minat dengan lisa bila mendengar panggilan hangit semalam.. Nampak sangat dia seorang yang care sangat pasal peminatnya....Love you lisa ketat!!!


Hidup ibarat kapal yang sedang berlayar di lautan


Hari ni agak sedikit lewat rasanya aku memulakan entry untuk hari ni..walaupun sedikit lewat, tapi still ada cerita yang aku nak sampaikan , walaupun sebenarnya idea belum datang. Tapi aku percaya ..idea akan datang sendiri selepas ini. Yang penting aku perlu memulakan dahulu sebelum idea yang sebenar akan muncul, kerana melalui pengalaman menguruskan blog ini, semakin banyak kita menaip semakin banyak idea yang akan muncul. Alhamdulillah setakat ini masih lagi belum mengalami ‘sindrom kekeringan idea’.

Sebagai manusia kita mempunyai jalan dan arah hidup yang tersendiri dan berbeza. Ada yang lurus sedikit, ada yang bersimpang siur,ada yang tenggelam timbul, pendek kata memang tak sama dan tak serupa.

Actually perjalanan hidup kita ibarat sebuah kapal yang belayar di lautan yang amat luas.Tak tahu apa yang akan berlaku di tengah-tengah laut nanti, ada jerung ke, ombak besar atau tsunami kita sememangnya tak boleh nak jangka. Apabila sesuatu berlaku di tengah-tengah laut, kapal tersebut sudah pasti tidak boleh berpatah balik, kerana memang sukar juga untuk berpatah balik, sama susahnya juga seperti meneruskan perjalanan, Jadi apa jua yang berlaku, ombak besar atau apa saja, kapal tersebut terpaksa mengharunginya.

Begitu juga dengan hidup kita sebagai manusia. Kita sudah lama meninggalkan pelabuhan kehidupan dan sekarang kita sedang menghampiri destinasi,dan kita sendiri pun tak boleh jangka bilakah destinasi kita akan sampai. Yalah..kita memang tak boleh nak agak..bilakah usia kita akan berakhir dan dimana pengakhirannya.

Perjalan hidup kita memang tidak boleh dijangka, tetapi kita masih boleh merancang apa yang kita ingin lakukan, apa yang ingin kita elakkan. Tetapi tidak semestinya apa yang kita rancang benar-benar terjadi.

Jadi sebagai manusia kita hendaklah sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan kita hadapi. Teruskan kehidupan kita dengan penuh ketabahan dan kesabaran dan yang paling penting tanpa putus asa. Kerana setiap ujian dan dugaan yang ALLAH berikan pasti ada hikmahnya..



Mar 16, 2011

Of ke dapur , makan bubur MCD



Di sebabkan badan tak berapa sihat.. Demam tiba-tiba datang menyerang beserta dengan kepala yang agak pusing-pusing jadi aku amek cuti ke dapur. Tak larat sangat nak masak! Lemah badan di buatnya.. Tak ada angin tak ada ribut tiba2 demam je.. Aduhai! Tekak pahit , makan apa pun cannot go. So malam ni try makan bubur MCD , hope boleh la telan huhuhu....


Perfect Children


Amazing i give them 5 star...



Anak-anak sapa la yang talented sangat nie..
Jeles i tau , dah bertahun belajar tapi masih x pro macam dorang huhuhu..

Gara-gara contest baru nie ada blogger bersedih


Firstly aku nak minta maaf banyak-banyak dekat Mrs.Asida di atas apa yang terjadi. Aku sendiri tak tahu nak salahkan sapa but serius aku x de maksud langsung nak buat Mrs. Asida sedih. Komen yang di tinggalkan ada sikit buat aku tak puas hati. Tak tahu sama ada masalah tue berpunca dari aku atau pihak dia. Sebab setahu aku setiap orang yang join contest sinar raudah , aku akan siap-siap letakkan namenya sama ada di dalam blog ini mahupun bloglist sinar raudah.Itu bagi memudahkan aku untuk double check dan tidak terlepas pandang. Sekali lagi aku mohon maaf di atas kesilapan yang tidak di sengajakan. Tapi jujur aku katakan aku x de niat nak buat Mrs.Asida sedih..

Dari apa yang aku lihat , beliau privatekan blognya. Jadi macam mane aku nak check di blog beliau. Tak tahu sama ada beliau sedar akan setting di blognya atau beliau sengaja privatekan.. Aku sangat terkejut bila beliau meninggalkan komen macam tue.Sedangkan di dalam senarai aku telah letakkan name beliau cuma aku tandakan tidak dapat di check di sebabkan apa , di sebabkan blognya di privatekan.. Macam mane aku nak senaraikan name kalau syarat2nya aku tak dapat nak semak.. Maaf sekali lagi!!! Entri ini bagi menjelaskan situasi sebenar , aku cuba nak inform di blognya tapi blog beliau still di privatekan huhuhu......

Harap Mrs.Asida tidak berkecil hati ye!




Note : Baru sempat blogwalking beberapa buah blog je , sabar ye bagi aku sikit waktu sebab masih pening lagi nie.. BW pun pelan2!!! Hari ni aku akan cuba settlekan hutang semalam.. Tungguuuu!!!






Lelaki yang mengalirkan air mata adalah lelaki jujur


Selamat pagi semua..

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

  • Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Ibu atau bapanya meninggal dunia.
  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Note : Perkongsian dari email yang aku terima..

Mar 15, 2011

Pening-pening pusing-pusing , tengok orang dah macam gasing


Entri pendek untuk tengahari nie , maaf aku masih x sempat untuk jalan-jalan rumah korang. Tak tahu la kenapa pagi nie kepala pusing pusing sangat.Pagi-pagi lagi dah uweks-uweks. Tetamu datang rumah pun tak dapat di jamu apa-apa.Last tetamu yang masak untuk makan tengahari. Badan rasa tak sedap sangat , kepala pusing-pusing badan lak rasa seram sejuk nak demam.Tiba-tiba je jadi macam nie..aduhai! Dugaan betul la..

Harap sangat tetamu yang datang tidak berkecil hati. Semua nie bukan di sengajakan. Adakah gara-gara aku makan daging kenduri (fresh) semalam atau ada sebab lain...Sebab masa gi kenduri hari sabtu hari tue pun aku pening-pening dan muntah di rumah kenduri. Sampaikan Ibu Qaleesya ajak bergambar pun aku tak de mood. Di sebabkan takut pengsan en.hubby suruh aku duduk je. Ye la aku nie kalau pening mudah pitam.. Kalau boleh memang nak elakkan dari pengsan. Hope pening nie tidak berpanjangan la.. Tak suka sangat , terbatas tambah ada tetamu datang rumah terpaksa gagahkan diri jugak nie!


Happy before success


Gembirakan dia, ukirkan senyuman di wajahnya.

Salam ceria buat semua,

Adakah kegembiraan datang selepas kita berjaya?

Jawapan bagi persoalan tersebut terpulang kepada individu itu sendiri dalam mentafsirnya. Namun, aku teringat kata-kata seorang sahabat aku yang menegaskan bahawa kita perlu gembira sebelum berjaya.

Jika kita tidak gembira sepanjang perjalanan kita menuju kejayaan, pasti kita akan lebih tertekan. Kita akan terasa lebih jauh perjalanan kejayaan kita. Kita bertambah stress apabila apa yang kita lakukan tidak membuahkan hasil. Orang sekeliling sudah mula berkata-kata. Semangat makin pudar dan akhirnya kita serah diri.

Namun, jika kita bergembira dalam perjalanan menuju kejayaan, kita akan lebih menghargai setiap jatuh bangun perjalanan menuju kejayaan yang semestinya tidak semudah yang kita fikirkan.

Perumpaannya begini, jika korang telah mendapat 1 tiket percuma untuk ke London. Korang sudah membuat persiapan, mengemas pakaian, merancang tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan 1001 persiapan lagi. Walaupun masih tidak sampai di London ( sebagai destinasi yang akan mengembirakan korang), korang sudah berasa gembira kan? Korang buat persiapan dengan hati berbunga-bunga kerana korang yakin korang akan sampai ke sana.

Jadi jika korang yakin korang akan berjaya, kita seharusnya perlu rasa gembira bermula saat ini betul tak?


Note : Entri ini untuk motivasi diri aku. Tapi kalau dah berjaya tue bersyukur sangat,,caiyokkk amy syaquena semoga aku akan memperolehi kedua2nya satu masa nanti..amin


Mar 14, 2011

Pemenang contest resepi pilihan Sinar Raudah


Masa yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Jadi dengan ini aku umumkan keputusan contest resipi pilihan sinar raudah di menangi oleh..Jeng..jeng..jeng..Releks jangan gopoh hehehe..

Firstly aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang join contest ini. Mohon maaf sekiranya sepanjang contest ini berlangsung dalam tempoh seminggu nie , ada yang buat korang kurang senang. Aku mohon maaf banyak-banyak dan aku harap dengan pengumuman ini korang semua dapat terima dengan hati terbuka. Anggap lah contest ini sekadar suka-suka untuk merapatkan lagi hubungan sesama blogger di alam maya ini. Sekiranya tidak berjaya , jangan lah berkecil hati atau marah. Adat pertandingan ada kalah dan memang. Jadi terimalah seadanya ye!

Keputusan contest ini diadakan secara rawak dengan menggunakan perkhidmatan random.org. So di bawah ini aku ada sertakan senarai kesemua name peserta yang menyertai contest ini. Dan pemenangnya adalah peserta yang bernombor 18. Tahniah kepada ummie bonda dari blog teratak ummie bonda. Sila tinggalkan name , alamat dan no telifon di alamat email amy_syaquena@yahoo.com. Tahniah sekali lagi dan kepada yang tidak berjaya jangan bersedih ye! Cuba lagi di contest akan datang.



ummie bonda

Hadiah yang di menangi

Note : Maaf cabutan tidak dapat di buat secara menual , semoga dengan bantuan rendom.org ini dapat memberi satu keputusan yang adil!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign