Apr 5, 2011

Benarkah kegagalan adalah satu malapetaka



As'salammualaikum...

Terima kasih semua di atas kata-kata semangat yang kalian berikan. Alhamdulillah hari nie aku dah mampu tersenyum ceria.. Apa yang terjadi semalam sikit pun aku tak nak simpan dalam hati. Aku tahu sekiranya aku memendam rasa , ia akan memberi kesan buruk lagi kepada diri aku. Jadi lebih baik aku buang perasaan tue jauh-jauh dan menganggap ianya satu ujian yang Allah berikan kepada hambaNya..Moga hari nie mengundang seribu keindahan buat kita semua..

KEGAGALAN! Aku pasti ramai di antara kita yang fobia dengan perkataan tersebut. Tiada seorang pun di antara kita menginginkannya. Maka tidak hairanlah bila ramai di antara kita yang berfikir bahawa kegagalan itu adalah suatu yang buruk atau suatu malapetaka. Betul ke macam tue?

Sepintas lalu mungkin ianya betul tapi bila di fikirkan dari pelbagai sudut , bagi aku kegagalan bukan bermakna selamanya menjadi malapetaka.Mungkin kita pernah dengar orang kata , setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan cerita di sebaliknya.Mungkin kerana sebuah kegagalan Allah ingin mengingatkan kita bahawa belum masanya untuk kita menerima sebuah kejayaan. Mungkin juga Allah ingin kita tahu dan menunjukkan kepada kita sesungguhnya banyak perkara yang harus dan perlu kita pelajari dan sentiasalah mendekatkan diri kepadaNya..Sesungguhnya Allah tidak akan menguji kita di luar batas kemampuan hambaNya.


Note : Motivasi untuk diri ku....


20 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

Kegagalan yang buat awe down belum permah lagi...kalu gagal biasa2 tu ada la..macam gagal exam, gagal dalam pertandingan...heheh

NARDtheNERD said...

dari kegagalan baru kita mengenal kejayaan. :)

eima said...

kadang tu kegagalan pencetus semangat baru

Kakcik Seroja said...

Kesabaran itu adalah ibarat ubat yang pahit untuk ditelan tapi kesannya InsyaAllah adalah manis juga. :)

azwa amani said...

kegagalan bukan untuk menjatuhkan kita..tetapi untuk kita sedar dan bangun sebagai seorag yg baru dengn azam dan kekuatan yang lebih dari semalam

Zura Tahir said...

kegagalan bkn malapetaka tapi kekuatan untuk kite terus berdiri...:)

nad said...

kegagalan bukan bererti gagal selama2nya..
kengkadang tu elok jugak sbb bleh muhasabah diri..
renung2 kan apa kekurangan diri kite..
sekaligus, diri akan sentiasa berusaha dan berusaha utk mencapai kejayaan..
dan tentunya kejayaan itu lebih bermakna berbanding dgn kejayaan yg dtg bergolek

cuba pikir kalau kejayaan yg bertimpa2 je yg dtg..
mungkin jugak kite akan jadi org yang takbur, sombong dan tak kan bersyukur..
(mungkin ye..maksud saya,tak sume orang)

yg penting, bykkan bersabar, bykkan berusaha, bykkan berdoa..selebihnya tawakal je pd Allah swt

takmo sedey2 k amy..

wahida said...

tanpa kegagalan kita takkan bertemu kajayaan...

fyna ahmad said...

kegagalan mengajar erti untuk kite berjaya...
:)

Sheherazade said...

thanks dear,amy selalu bagi semangat

Fazleyatul Aini said...

motivasi untuk diri saya juga. thank kak amy =)

No name said...

kegagalan, kerana tidak bersedia dengan kejayaan... I LIKE...

ieda said...

x setuju .. kalau semua org yg gagal dlm nie adalah malapetaka gamokk mcm mana lah jadinya dunia kita nie ..

ermmm yg pasti kegagalan pemangkin kejayaan .. jgn di fikirkan apa yg telah terjadi amy .. life goes on .. let it be .. biar kan org mcm tuu dengan kata2 dia .. suatu ahri nanti dia akan menyesal .. percayalah akak cakap :)

JunAina said...

gagal...semua orang pernah melaluinya tetapi cara kita mengendalikannya sahaja yg berbeza, yang kuat semangat akan merasa gagal itu hanya ujian tetapi bagi yang mudah berputus asa dia merasakan ujian itu adalah suatu malapetaka...renung2kanlah...

Zaidah said...

dengan kekagalan akan mengajar kita erti usaha yang tak putus asa...n kekuatan....

::FAIZ:: said...

kegagalan membuatkan kita lebih matang

kasihibu said...

kesabaran dan kemaafan
semua ada ganjaran dariNya..
semoga hari hari yg berlalu akan lebih indah.

BIONIC WOMEN said...

org yg selalu jer menang tanpa gagal kekadang mereka mudah terlupa...
hanyut dalam syurga dunia, tanpa sedar syurga yg sebenar..

Kekadang kehidupan yg penuh kegagalan, diuji dan teruji itu lebih manis utk dikenang...
lebih banyak cerita sukaduka utk diceritakan...
dan semestinya lebih banyak pengajaran dari kegagalan itu..

yg penting usaha + doa +tawakal

sarah-najwan said...

kegagalan itu motivasi utk tersu berusaha
seklai gagal bukan gagal utk selamanya...

☾SHiemaCMa786☾ said...

sabar ye amy..org yg tunjuk 1 jari kat kita,dia kena ingat,4jari selebihnya tala kat dia..
kegagalan bermakna suruh kita mencuba dan terus mencuba..tanpa kegagalan,x de lah kejayaan..

dun give up..pasti,bkn cma sorang je yg sygkan amy n nak amy tabah..geng2 blogger yg lain tu pun sama!
jgn mudah menyerah kalah ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign