Apr 4, 2011

Persepsi kita sendiri


Selagi kita hidup kita pasti akan menghadapi ujian atau dugaan. Namun semua itu adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri.

Adakalanya kita merasakan diri tidak diperlakukan dengan adil, dan merasakan dunia tidak berlaku adil kepada diri kita namun ketahuilah segalanya adalah datang dari persepsi diri kita sendiri.Pernah tak korang bertanya kepada diri sendiri, mengapa kita sudah pun bermandi peluh berusaha sekuat yang mungkin tetapi tidak menampakkan hasilnya. Tetapi terdapat golongan yang kelihatan bekerja dengan mudah tetapi memperolehi hasil yang berlipat kali ganda. Sehingga kita menyatakan kepada diri kita sendiri “ah! aku sememangnya ditakdirkan untuk hidup miskin di dunia ini”. Ketahuilah korang, semua itu datang dari persepsi kita sendiri..

Persepsi seperti inilah yang akan memusnahkan hidup dan impian kita selama ini.

Walau apa pun persepsi kita hari ini..PERCAYALAH, kita sentiasa mempunyai PELUANG untuk berjaya. Kita sentiasa mempunyai PELUANG untuk hidup dalam kesenangan. Kita juga sentiasa mempunyai PELUANG untuk hidup kaya raya asalkan kita sanggup MENUKAR MINDSET, KEPERCAYAAN dan PERSEPSI kita.

6 comments:

Sheherazade said...

dalam hidup kita akan diuji,semoga kita dpt hadapi dgn senyuman :)

Misz-ella said...

BTL3. SETUJU.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabatku....

terima kasih atas entri ini..memang bukan mudah untuk berfikir positif kerana ia datangnya dari ilmu, sosialisasi serta pengalaman..

bagaimana kita memandang sesuatu itu terpulang pada kita...asasnya mudah..1 + 1 tidak semestinya dua kerana jawapannya adalah ditangan kita...

azwa amani said...

betul tu kak...diri kita sendiri yg menganggap samada ujian itu hanya membebankan atau ade hikmah disebaliknya...bersangka baik kepada TUhan...agar hidup lebih tenang.. :)

bardboo said...

kena tukar persepsi la kalo camnie kan? =)

Jom Lawat: Blog Bardboo
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

nurkass said...

yes..thats true..mindset..
cuma terkadang pemikiran tu melebihi kewarasan..kena kawal lah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign