Apr 7, 2011

Nyalakan api diri kita


Aku yakin korang pasti setuju, sekiranya aku katakan air yang dimasak hanya akan mendidih pada suhu 100 darjah celcius. Aku juga yakin korang pasti tahu, apabila air tersebut mendidih kita akan dapat melihat gelombang-gelombang atau buih dipermukaan air tersebut dengan jelas dan dapat mendengar desiran air.

Dan lagi sekali aku yakin, korang tidak dapat menghentikan bunyi desiran dan gelombang tersebut, kecuali korang mematikan nyalaan api yang digunakan untuk memasak air tersebut atau korang menambahkan air yang lain bagi mengurangkan suhu air mendidih tersebut.

Dan mungkin korang juga tahu bahawa apabila hanya tinggal 1 darjah celcius sahaja kurang daripada 100 darjah celcius, gelombang-gelombang menggelegak itu tidak kelihatan . Yang muncul hanya gelombang-gelombang kecil dibawah permukaan air. Dan sekiranya korang mematikan api pada tahap ini, gelombang kecil itu akan hilang perlahan-lahan dan kita hanya dapat melihat wap air.

Ramai di antara kita yang hidup kurang 1 darjah celcius daripada 100 darjah celcius. Dan ramai juga yang kurang daripada 50 darjah celcius.Tidak ada keinginan yang kuat, tidak ada passion, tidak ada gelombang semangat seperti gelombang air yang mendidih. Mengapa? kerana mereka bersembunyi di bawah zon selesa. Mengapa semua itu terjadi?

Adakah disebabkan oleh nyalaan ‘api kita’ kurang?.atau adakah ianya padam, apabila menghampiri 100 darjah celcius. Atau tidak wujud langsung api dalam diri .

LIFE IS FULL OF CHOICES AND ALTERNATIVES!

WHY WOULD YOU LIVE 1 DEGREE BELOW BOILING POINT AND HIDING UNDER THE SURFACE?

FIND YOUR FIRE, LIGHT IT UP, BOIL YOURSELF, AND EXPLODE WITH PASSION!

STARTING RIGHT NOW !

14 comments:

wahida said...

mak aiii...falsafah baru ni...first time dgr...siap ada air gelegak bagai...heheh...

Kak Amy said...

wahida : amy kalau buat entri kalau tak ada gambar tak best haha...

Sheherazade said...

Assalamualaikum

dear,entry u selalu bgs.bg semangat

semoga api ku akan menyala,Amin

azwa amani said...

mendalam maksudnyerr :)

Kakzakie Purvit said...

Lama dah nyalakan api tapi mungkin airnya banyak sangat sampai tak mendidih-didih. Nak kena besarkan api.....

ytekecik said...

huh kalo tak de orang cocok.. tak kan tbe2 api dlm bdn ni mnyala kan..sellunye mesti kite sentiasa cool je..tp zmn skrg rmai y punya hati y amat busuk..dan suka mengada-adakan cerita yang tak benar. kalau skit2 bleh la kte sbar.. tp klo dah terlalu mlampau sgt.. api dlm bdan ni bleh mnyala dgn sdri..boleh tebakau tau...
(skrg ni tgh bengang ngan offcemate)

Hanis Azla said...

nice entry.. semoga terus mengelegak api dalam diri kita untuk terus berjaya dan cemerlang..

eima said...

memula aku baca ingat info pasal bunuh bacteria dlm air ... rupa entry semangat lagi ... TQ dear

me suya said...

tapi takat didih air akan berubah mengikut ketumpatan udara jugak kan? heeeeeee.. falsafah baru ni sis~

bardboo said...

suka baca entri nie..best!

Jom Lawat: Blog Bardboo
Hadiah Menarik Untuk Yang Tersayang

Unknown said...

gas abis kot..
tu pasal api nyala kecik je..
nyawa2 ikan je api ni..
hahahha

atuk said...

Assalamualaikum Amy

kena baca banyak kali

(tak terantuk maka tak ternada)

Wassalam

Adinda Amy Sensei said...

nice entri....

☾SHiemaCMa786☾ said...

ntry pembakar semangat..kita bako..kita bako..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign