Apr 6, 2011

Full video panas ketua parti pembangkang


Pasti semua dah tahu kan pasal video yang hangat di perkatakan sekarang.. Bagi mereka yang ala-ala paparazi tue mesti tertunggu-tunggu Full video hangat tue kan dan mungkin juga ada yang tercari-cari di seluruh pelusuk alam cyber untuk mencari video itu. Ye la yang tersebar meluas di dalam you tube dan facebook tue hanya video separuh aksi je.. Tak stim la kan tengok separuh , mesti nak tengok sampai ending.Baru best ! Best sebab lepas menonton video tue boleh bercerita macam-macam tambah lagi ia melibatkan orang kenamaan dan sering di kaitkan dalam dunia politik..

Sorry to say la kalau aku katakan orang yang sibuk dok mencari dan menonton video ini sama seperti dia melakukan maksiat. Ye la terang-terangkan video tue perkara maksiat , tak kisah la sama ada ia 100% benar atau sebaliknya. Tapi yang kita nie dok sibuk buat dosa buat apa. Kalau perkara haram yang lain kita nampak tapi perkara macam tue tak fikir pula haram ke tidak! Mereka dah tentu la berdosa yang kita nak terjerumus sama buat apa...

Serius aku malu bila lihat ramai di kalangan orang kita dok sibuk memaparkan video itu di dalam facebook. Bila dah share ramai la pula yang melihat dan memberi komen. Selain kita melihat kita juga menyebarkan , selepas tue kita keluarkan pula komen-komen yang melampaui batas. Tidak ke semua itu mengundang dosa. Please la biar la pihak yang berkenaan yang putuskan akan kesahihan video itu. Aku tidak menyebelahi mane-mane pihak tapi sebagai manusia yang di beri akal fikiran tak kan la kita nak lihat benda yang tidak sepatutnya. Lain la kalau kita memang teringin sangat nak tengok aksi panas orang lain.. Jadi fikirkanlah......

Mood geram sangat lihat dorang dok sibuk share video tue , cuba kalau share video yang berfaedah tak pe jugak...So sekarang mari kita sama-sama lihat video hot di bawah nie.. kalau nak share di persilakan........




Note : Bila letak title macam tue berdoyon orang nak lihatkan.. Cuba kalau aku letak title zikir taubat ada ke orang nak datang. Ada memang ada tapi tak serami title panas tue!


8 comments:

eima said...

betui tu ..aku pun terpngaruh ... hahahah

Sarah Syazwani said...

bab2 citer panas ni mmg laju jek..aishhh xyahla tgk benda2 mcm tu buat tambah dosa kita jek

sarah-najwan said...

akak setuju..
jika bab gtu
ramai sgt yg minat..

ieda said...

setuju sgt2 dik .. kat opis akak nie dah ramai yg tgk .. ada sekali tergerak nak tgk tapi akak x tgk punn sbb akak rasa ia sesuatu yg mengaibkan .. walau bukan dia atau dia .. malu tetap ada sbb kita org islam .. huhuhu

entahlahh x tahu nak cakap apa .. yg penting tepuk dada tanye selera huhu

zati embong said...

itulah,kita sendiri xtahu ape di sebalik video 2.cuba kalau tnpa sengaja kita tgk n percaya padahal bnda 2 salah, dah kira bersubahat, terang2 dapat dosa free.

Hudalatip said...

betul tu la amy..kita lagi tak kuasa nak amik tau pasal video ni..lagi2 sekarang ni malas nak baca berita..setakat ni tak penah lagi la nengok atau jumpa video ni..

me suya said...

akak tak letak title tu pun suya dtg..hehehe.. sebab suya dah bertemu laptop kembali.. Saya sudah pulang~

Sheherazade said...

pia pon xde hati nak letak mende tu kat blog...bgs sgt2 entry ni dear

same2 kita muhasabah diri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign