Apr 12, 2011

Sabar dan syukur padanan yang sangat harmoni


Salam perkongsian untuk semua, semoga hari-hari yang dilalui memberi seribu makna buat kita semua.

Setiap yang hidup ini dijadikan secara berpasang-pasangan, siang pasangannya malam, hidup pasangannya adalah mati, bersabar pasangannya adalah bersyukur.

Dalam meniti kehidupan kita, pasti pelbagai coretan yang akan menghiasai diari sebuah kehidupan. Namun apa jua yang terhambar di depan mata kuncinya adalah sabar. Bukan hanya ketika kita ditimpa masalah malah ketika sedang diulit kesenangan.

Bila menyentuh soal sabar, ramai di antara kita merujuk kepada musibah mahupun kesusahan. Tanpa kita sedari kita juga perlu bersabar dan bersyukur di atas segala kesenangan yang diberikan kepada kita.

Sekiranya kesabaran ada dalam diri kita, kita akan tetap meneruskan amalan walaupun seluruh tubuh kita berasa sakit dan seolah-olah tidak berupaya untuk bergerak.

Bila kita terlantar di hospital, maka kita bersabar untuk terus mengingati ALLAH. Lalu bila kita sentiasa menyebut-nyebutNYA, maka “ kesusahan ” atau “ musibah ” itu sudah tiada nilai yang boleh menyebabkan rasa gundah gulana. Malah kita terus bersabar menjalankan tanggungjawab harian kita. Ia dilakukan kerana ALLAH.

Bila orang bersyukur, maka sabarnya amat mudah sekali. Bagaimana pula mahu menterjemahkan rasa syukur? Ia sama sahaja dengan kaedah bersabar. Ia sepatutnya menyebabkan manusia lebih hampir kepada ALLAH.

Sabar dan syukur padanan yang sangat harmoni. Ia bersifat kesalingan. Aku berdoa agar kita semua sentiasa diberi rasa sabar dan syukur di atas ujian atau keriangan yang dianugerah ALLAH.

Kerana hidup ini hanya bersifat sementara dan tidak ada yang kekal buat selamanya, aku bersyukur kerana merasai pelbagai “ rasa ” dalam hidup ini kerana dengan “ rasa ” itulah aku terus bangkit untuk meneruskan kehidupan ini. Dengan “ rasa ” itu aku belajar erti bersabar dan dengan bersabar aku dapat melalui kehidupan ini insyaALLAH dengan sebaiknya.


Note: Banyak blog tak sempat blogwalking semalam , so hari nie aku akan cuba balas semua kunjungan ok..

8 comments:

azzey said...

Adakalanya setelah puas bersabar ; kesabaran itu juga menguji kita....

nurkass said...

kdg2 kita yg bersabar ni lah yg paling byk dugaan..

org lain tau push jek..geram ngan mentaliti diorang yg tak reti sabar ni..

sahromnasrudin said...

"demi masa..sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian..kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan2 ke arah kebenaran.. dan berpesan2 ke arah kesabaran..."

memang sabar itu adalah suruhan Allah SWT kpd kita...

Hudalatip said...

Sentiasa bersabar menghadapi dugaan..Percaya ada hikmah di sebaliknya..

eMMe said...

InsyaAllah, selagi iman menebal di dada, sabar dan syukur seiring....

Nur Hawa Mohd Zin said...

akak nak tahu...awe pernah jumpa org yang terlalu banyak dugaan sampai dia down..kadang2 dia sampai mempertikaikan..jikan Allah uji manusia kerana kemampuan..tapi yg hamba Allah ni tak mampu jadi kenapa diuji...

Sarah Syazwani said...

salam..dh lama x singgah..maaf ye ada kursus

azwa amani said...

betul tu....macam kalau kita takde rezeki, bersabar dengn dugaan dan bersyukur kalau rezeki sedikit... :)syukur dan sabar saling berkait

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign