Apr 28, 2011

Mulakan perubahan dalaman , pasti ianya akan menghasilkan...


Walau dalam apa jua keadaan kita hari ini,samada bahagia atau derita, jangan sekali-kali kita cuba menyalahkan takdir. Walau apa pun juga yang berlaku kepada kita sepanjang hidup ini, pasti ada sebabnya yang perlu kita terokai dengan mata hati kita kerana setiap sesuatu yang ALLAH jadikan, pasti ada penyebabnya.

Jika ketika ini kita sedang bergelut dalam pelbagai masalah tidak kira apa juga masalah yang dihadapi, janganlah merungut, tapi renungkanlah hikmah yang tersembunyi disebalik masalah itu.

jika ketika ini kita sedang bergelut dengan masalah kewangan, carilah hikmah disebalik setiap masalah kewangan yang anda alami.

Lihatlah keadaan kita ketika ini. Jika kita sudah bekerja keras tetapi masih belum menampakkan hasil kewangan yang baik, jadi buatlah perubahan. Mungkin perubahan di atas setiap usaha kita , atau mungkin juga perubahan perlu di lakukan dari dalam diri kita. Seperti berubah dari cara atau kaedah berfikir. Berubah dalam menguruskan emosi dan perubahan juga dari segi meningkatkan kekuatan spiritual. Perubahan yang paling baik adalah bermula dari dalam diri kita sendiri.

Ramai yang berkata , sudah bekerja keras membanting tulang mencari rezeki, malah ada yang melakukan sehingga 3 kerja sehari semata-mata untuk mendapatkan pendapatan yang baik. Tetapi duit yang datang umpama air, masih sukar untuk menyimpan wang atau mengumpul harta.

Malah aku juga ada menemui individu yang amat mudah untuk mendapatkan wang, adakalanya wang hadir ketika beliau tidur, malah adakalanya wang hadir ketika beliau bergelak santai bersama kawan dan teman. Malah kebanyakkan wang yang datang ketika beliau tidak menjalankan apa-apa urusan urus niaga secara fizikal. Pendek kata ianya boleh dianggap sebagai pendapatan pasif.

Adakah hanya individu yang terpilih sahaja yang mampu memperolehi wang seperti itu? Oh tidak! kerana ALLAH itu Maha Adil, setiap hambanya memperolehi peluang untuk berjaya dan gagal, malah setiap hambanya disediakan rezeki masing-masing.Cuma bergantung kepada diri kita yang mencorakkan perjalanan hidup kita. Mulakan dengan perubahan dalaman..pasti ianya akan menghasilkan perubahan diri yang hebat. Apa yang penting lihatlah sesuatu perkara yang berlaku pada diri dalam pandangan yang positif, pasti hikmah disebalik kejadian dapat kita lihat dengan sejelasnya

14 comments:

Ayuni said...

betul sye pulak bergelut nk cr ilmu....

Sheherazade said...

InsyAllah

walaupon pahit,kena sabar redha tawakal setelah usaha

kurus said...

ye setuju tuu .. kena selalu bersyukur dan redho dgn apa sahaja yg allah berikan kepada kita ..

kalau x susah pasti akan senang di penghujungnya .. insyaallahh :)

zaidah said...

zai rasa yang penting keberkatan...walau banyak sekalipun dapat duit tapi tak berkat...duit tu akan hilang macam air...tak nampak...

Kakzakie Purvit said...

Kakak memang salute org yg boleh buat kerja berbagai dlm menaikkan taraf kewangannya....

nurkass said...

hurmm..
manusiakan..
kdg2 terlepas juga..tapi cepat2 istighfar..huhu

eelobor said...

salah satu caranya jangan tidue selepas subuh kerana ketika itu pintu rezeki terbuka. elok keluar rumah, pasang niat untuk mencari rezeki & bertawakkal. Insya Allah, walaupun tak dapat banyak, yang penting keberkatan hasil yang dapat. Insya Allah, walau sikit hasilnya tetap akan mencukupi

AngahSayang2314 said...

pernah gak angah menyalahkan takdir tp hubby selalu berpesan & nasihat... bila baca n3 nie sedih tulll

Ummi Danish said...

btul...yang penting kite ada Big Heart. sebab kalau hati kecik, bile kite terguris akan tinggalkan dot hitam kat hati tuh.. lama2.. makin hitam. klu Big Heart, hati kecik td tu hanya lah 5% sahaja. so masih byk ruang positive dalam hati kita.

Unknown said...

sedang berusaha mendapatkan banyak wang ni..:)

munna said...

rezeki dari tuhan... bersyukur lah dgn nikmat yg oleh bagi pada kita pasti ada ganjarannya nanti

gadisBunga™ said...

betul. yakin je dgn bahagian rezeki kita yang dah ditentukan oleh Allah. :)

Panglima7 said...

Bila Amy akan pulangg...

nas said...

blog ni memang best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign