Aug 26, 2011

Lokasi Speed Trap di musim perayaan ini , pemandu minta take notes



The location of Speed Trap!! Take notes drivers ^^

Due to this festive season, this are the place where the speed trap are locate..
Drive Safety...

SPEED TRAP LOCATION

Plus North Highway ( From K.L )
  1. Km 197.1 , Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
  2. Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
  3. Km 271 berdekatan exit Ipoh Selatan
  4. Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
  5. Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
  6. Km 296 berdekatan exit Gopeng
  7. Km 352.6 selepas exit Sungkai
  8. Km 373 berdekatan exit Slim River
  9. Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
  10. Km 308.6 selepas exit Gopeng
  11. Km 252 masa turun bukit selepas Terowong Menora
  12. Km tak pasti tapi betul² di R&R Gurun
  13. 2 Km after tol juru ( 90 km/j )
  14. 5 kamera di atas jambatan Pulau Pinang ( So slow je la dekat situ )

Plus South Higway
  1. Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
  2. Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 ( persimpangan Seremban- Senawang )
  3. Km 253 selepas exit Senawang
  4. Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
  5. Betul² di exit Jasin
  6. Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
  7. Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng Utara
  8. Km 97.3 selepas exit Air Hitam
  9. Betul² di exit Sedenak
Plus Center
  1. Km 456 selepas exit Sungai Buloh
  2. Betul² di exit Bukit Lanjan
  3. Betul² di bawah Restoran Jejantas Sungai Buloh
  4. Km 302.8 berdekatan exit Kajang
  5. Km 296.5 & Km 297 brdekatan exit Bangi
NKVE
  1. 300 meter sebelum tol Jalan Duta ( 60km/j )
  2. Sebelah cabang jalan ke tol Jalan Duta ( 80km/j )
  3. Betul² di exit Damansara
  4. Km 11.2 berdekatan rel keretapi
  5. Betul² di exit Shah Alam ( jaga² )
Kesas
  1. Km 44.8 berdekatan exit LDP
  2. Berhadapan Endah parade
  3. Betul² di exit Hicom
Elite ( dari arah KLIA )
  1. Km 4.8 selepas exit Batu 3
  2. Km 2- Km 4 atas jambatan berdekatan makro
  3. Betul² kat bawah Restoran Jejantas USJ
  4. Km 10 sebelum exit USJ
Jalam Persekutuan
  1. Bersebelahan Mint Hotel
  2. Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
  3. Berhadapan dengan Istana Negara
  4. Berhadapan dengan Muzium Negara
  5. Kawasan turun bukit selepas Pekan Raub ( menghala Kuala Lipis )
  6. 2 Km sebelum Pekan Maran ( arah Kuantan )
  7. Selepas exit ke Bentong ( mengahla LPT )
  8. Area Paya Bungor ( arah Kuantan )
  9. Jalan Gambang- Kuantan ( turun bukit selepas Matrikulasi Pahang )
  10. Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka ( 70km/j )
  11. Berhadapan Zoo Melaka ( 70km/j )
  12. Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80km/j )
  13. Berhadapan dengan kolej INTI Nilai
  14. Persimpangan sg Manggis menghala ke Klang ( 60km/j )
  15. Berhadapan Tesco Klang ( 70km/j )
  16. Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang ( 70km/j )
  17. 2km selepas sempadan Perak - Selangor di jln Sabak Bernam berdekatan kilang kelapa sawit
  18. Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
  19. Jelutong Expressway berdekatan tesco Pulau Pinang
  20. MRR2 antara simpang SImpang Melawati & wangsa Maju
  21. MRR2 berhadapan Makro Cheras
  22. MRR2 ke Damansara antara Batu Cave ke Bandar Baru Selayang





Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011



Andai langkah membekas lara
Andai kata merangkai dusta
Andai tingkah menoreh luka
Izinkan kami bersimpuh sila
Menghulur tangan di bulan mulia...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Dari sinar raudah dot com
Minal Aidil Wal Faizin...


Aug 25, 2011

Sensitif tak kena tempat , penyerahan dividen bank persatuan



Morning...

Tak ada apa yang nak di coretkan hari ini
entah kenapa sejak kebelakangan nie
hati aku mudah sangat tersentuh
pantang di cuit sikit mesti terasa
air mata pun cepat je nak mengalir
sensitif tak kira tempat pula
selalunya aku tak begini
tak suka betul perasaan macam nie
please!!! pergi jauh²..




Note

Hari nie penyerahan duit dividen bank persatuan.
Sesiapa yang melabur di bank persatuan cepat² la pergi ye kalau tidak nanti kena berbaris panjang pula. Alhamdulillah! Rezeki hari raya tapi dah niat tak nak guna nak simpan dalam tabung haji je. Mudah²an satu hari nanti dapat aku ke tanah suci..
insyaallah...






Aug 24, 2011

Pelaburan yang bijak dan menguntungkan


As'salammualaikum...

Mulakan hari anda dengan senyuman walaupun hari nie perut aku agak meragam dik kerana ubat gastrik yang telah kehabisan stok. Maka dengan itu semalaman aku menanggung sakit perut yang amat sangat. Inilah penangan makan colek buoh. Sapa suruh makan x hingat dunia sekarang terima la padahnya huhu..

Hari nie aku bukan nak story pasal colek buoh , sakit perut mahupun gastrik tapi aku nak story pasal perancangan aku untuk tahun hadapan. Korang pulak macam mane dah ada perancangan ke atau segala yang di hajatkan semua telah tercapai tahun nie.Bagi aku ada 2 perkara saja lagi yang tidak tercapai dalam tahun nie. Satu tue mungkin akan tercapai sebelum hujung tahun dan yang satu lagi tue masih main tarik tali lagi. Jadi di sebabkan masih belum tercapai sepenuhnya , maka perancangan itu akan di bawa ke tahun hadapan.

Perkara pertama yang harus aku fikirkan adalah soal kerja. Samaada aku ingin meneruskan bisness ini secara aktif atau kurangkan mahupun aku berhenti saja. Bukan apa dah ramai yang bertanya pada aku , terutama sekali ahli keluarga la. Sampai bila aku nak jaga bangla nie. Kadang kalau di fikirkan balik betul juga , jaga bangla ni bukan suatu perkara yang mudah. Mental dan fizikal kena kuat. Jadi sebelum aku melepaskan segalanya , aku perlu buat persediaan untuk ekonomi aku yang akan datang.


So terfikir la untuk lebih aktif dalam dunia pelaburan.Kerana bagi aku dengan pelaburan yang bijak , ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi kita untuk masa yang akan datang. For example seperti pelaburan rumah. Harga rumah semakin hari semakin meningkat naik. Kalau dulu kita beli rumah bawah 100k dapat teres 3 bilik. Ruangan pun luas tapi sekarang tak dapat dah , nilai rumah tue pun dah meningkat mungkin ke 150k atau lebih dari itu.Tapi apa yang pasti harga rumah untuk 100k memang dah x pandang sekarang nie.So sangat berbaloi kalau kita buat pelaburan pada rumah. Kalau tak nak di sewakan , kita boleh jadikan homestay. Still mendatangkan keuntungan kan.


Kedua pelaburan emas. Kalau dulu aku nie paling x suka la nak beli barang kemas. Kalau ada pun cukup la yang nampak comel² gitu pada diri aku.Tapi berbeza sekarang nie , aku dah mula gilakan barang kemas. Bukan untuk di peragakan pada tontonan umum tapi kerana nilai emas tue semakin melonjak tinggi. Kita boleh lihat sendiri dalam tahun nie saja harga emas tidak pernah jatuh lagi , malah peningkatannya semakin mendadak sehingga kini. So sangat berbaloi la kalau kita memilih emas sebagai salah satu pelaburan yang menguntungkan.


Ketiga pelaburan dalam unit amanah saham. Sekarang nie banyak bank yang menyediakan perkhidmatan untuk pelaburan. Cuma antara kita bijak dan tak bijak je untuk memilih tempat yang sesuai untuk melabur. Sebagai contoh melabur di bank rakyat sangat berbaloi dengan jumlah dividen yang mengatasi bank² lain. Kedua bank persatuan kerana bank persatuan adalah bank koperasi kedua selepas bank rakyat. Maka konsep dan sistemnya lebih kurang sama dan pulangannya pun sangat memuaskan hati.Selain itu kita juga boleh membuat pelaburan di ASB , insurans , kwsp dan banyak tempat lagi yang memberi pulangan yang menguntungkan kepada kita.

So inilah perancangan aku untuk tahun hadapan. Kalau orang lain berlumba nak beli kereta baru , perhiasan rumah baru tapi tidak bagi aku. Korang pula bagaimana.......









Aug 23, 2011

Artis popular di dakwa gugurkan kandungan yang berusia 2 bulan



**Artis popular di dakwa gugurkan kandungannya yang dah berusia 2 bulan. Beliau di dakwa telah membayar sejumlah Rm4000 kepada doktor di klinik bersalin terbabit untuk merahsiakan perkara ini.Pasangannya di dakwa enggan bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Siapa? apa sebenarnya? Ikuti ??? di ??? ini 9 malam...**




************************************

Pendapat aku la kan x sepatutnya pihak berkenaan membuka aib orang. Tambahan pula ini bulan Ramadhan. Hormat la sikit! Aku tahu salah memang tetap salah tapi siapa kita nak menghukum. Fikir satu je macam mane kalau satu hari nanti ia terjadi dekat ahli keluarga kita. Adakah kita boleh terima sekiranya ada pihak membuka aib kita. Sudah tentu tidak sanggup kan!Ingat hukum karma beb!

Ini sekadar pandangan aku kalau ada pihak yang kurang senang aku mohon maaf. Post ini bukan nak berpihak pada artis terbabit tapi sekadar mengingati sesama kita. Terutama bagi pengomen² tegar bagi isu hot macam nie. Ingat wei nie bulan puasa. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi segala perbuatan dan percakapan juga harus berpuasa. Jadi elakkanlah dari berkata perkara² yang tidak baik. Sama² kita doakan semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini artis terbabit di beri hidayah agar bertaubat kerana pintu taubat di buka seluas²nya di bulan yang mulia ini..





Teguran dari salah seorang blogger



Sedih!

Kalau tak suka jangan la cakap macam tue huhuhu.. sob!sob!sob! saya minta maaf kalau kad ucapan saya tue buat diri saudari tidak selesa. Niat saya just nak beri ucapkan kepada rakan di alam maya nie saja tapi tak sangka pulak boleh jadi macam nie. Saya ikhlas memberi tapi kalau saudari tidak sudi menerima apa boleh saya buat. Sejujurnya saya katakan saya tak pandai nak mencoret kata² manis di dalam kad raya. Cukuplah dengan ucapkan yang sudah tercetak di dalam kad.Kalau itu membuatkan saudari terasa , saya minta maaf. Saya memberi bukan atas paksaan jadi tidak timbul di sini terpaksa atau memaksa. Pape pun terima kasih la kerana menegur saya. At least saudari berani menunjukkan diri dari menegur tanpa identiti. Sekali lagi saya minta maaf.


Note: Kepada mereka yang menerima kad ucapan aidilfitri dari Sinar Raudah tue , saya minta maaf kalau ada yang kurang selesa di atas kiriman kad tersebut. Maaf sekali lagi kerana saya memang tidak pandai mencoret apa² di dalam kad itu.Cukuplah dengan bait² kata yang sudah tertera . Maaffffff!!!!





Aug 22, 2011

Duit raya saya sudah tukar , duit raya anda bila lagi


Duit raya yang sudah siap di tukarrr!!!
sapa nak duit raya meh datang rumah kita ye hehe....


Selamat pagi..

Semakin hari kita semakin berada di penghujung ramadhan. Sekejap je masa berlalu kan! Pasti ramai yang tak sabar untuk menyambut hari raya terutama sekali kanak² la. Apa yang membuatkan mereka tak sabar nak beraya. Bukan kerana nak pakai baju raya dan bukan juga kerana nak makan biskut raya tapi kerana duit raya. Zaman kanak² la yang paling seronok. Bila time raya memang best! tambahan kalau pak sedara yang jenis kasi duit raya merah² tue.Memang best kan!

Cerita pasal duit raya nie! aku rasa minggu nie bank² semua dah mula sesak dengan orang. Bukan sesak berbaris nak keluar duit tapi sebab semua dok pakat nak tukar duit raya. Nak pulak kalau time tu orang dapat bonus, maka lagi ramai la yang menuju ke bank. Kalau selalu berbaris hanya dalam bank saja tapi kali nie mungkin orang berbaris sampai ke luar bank.Itulah penangan hari raya..

Ok untuk peruntukan duit raya pula tahun nie sama saja seperti tahun² sebelumnya.Kami seawal lagi dah siap tukar. Mujurlah en.hubby bekerja di bank so tidak menjadi masalah la untuk tukar duit raya.Tapi yang kelakarnya duit raya tahun lepas pun masih ada bakinya. Cam ner tue!Nampak sangat kanak² yang bertandang dekat rumah tidak ramai. Al maklum la rumah bonda kan taman jadi kebanyakkan jiran tetangga semuanya pulang ke kampung. Sedih! Itulah bezanya beraya di kampung dan di taman perumahan.Beraya di kampung memang cukup meriah.Kuala Lumpur yang sesak dengan kenderaan pun boleh jadi lengang dik kerana semua penghuni kotaraya pulang ke kampung..Huwaaa!!! rindu saat beraya di kampung.






Jatuh cinta dengan budu , layan colek buoh selepas berbuka



Setelah hampir 3 tahun menetap di Kelantan , baru bulan nie la aku sentuh budu. Kalau tidak pakat pandang je la. Nak masuk mulut memang x lalu la , bak kata ore putih cannot gOoo.. Kalau di paksa juga rasa nak termuntah di buatnya.Tapi berbeza pula di bulan puasa ni boleh di katakan setiap kali berbuka aku mesti nak makan budu. Pelik kan kalau dulu nak sentuh budu pun x nak sekarang nie siap bawa balik kampung lagi sebab nak makan budu time berbuka.
Now aku sudah jatuh cinta dengan budu. Wahhh!! lepas nie dah boleh kecek kelate la ye hehe..

kelantan food cholek buah

Kalau semalam brother eelobor tayang colek buohnya di facebook , hari nie giliran aku pulak nak menayang.Colek buah!juadah wajib selepas terawih. Setiap malam mesti nak makan. Kalau x ada memang x sah. Layan ow tambah en.hubby memang hantu colek buah nie.U all kalau lepas terawih makan apa?? meh la kongsi² di sini.....






Si laser `Azwan Ali berperang di twitter dengan miss lady gaga Malaysia ` Didie Alias


Selamat petang...

Artis perang di twitter. Dah macam trend pulak lepas sorang² artis kita berperang di twitter. Kalau ia pun nak lepaskan perasaan jangan la begitu. Awak tue artis! banyak mata² yang memandang tambahan pula awak tue ada peminat. Bukan begitu caranya nak tunjuk contoh yang baik pada peminat awak. Aduhai!Kadang kalau di fikirkan balik rasa macam lucu pun ada. Ye la yang sorang dok cakap macam nie dan yang sorang pulak dok balas macam nie. Tak ke macam kebudak²an.

Kenapalah tak nak jumpa dan luahkan apa yang rasa x puas hati sangat! Dari terjerit² di twitter tue buat apa.Bukan boleh memuaskan hati pun. Buat menyakitkan hati dan mata orang lain lagi ada la..Come on la u all dah cukup besar panjang dan dah boleh berfikir secara waras. Be profesional la! Jangan la bila ada rasa x puas hati sikit lepaskan di twitter. Macam nie ke budaya orang kita.

Aku tidak menyebelahi mane² pihak tapi bagi aku cara mereka dok berperang gitu sangat la tidak wajar. Satu contoh yang sangat tidak baik di tunjukkan pada masyarakat.Di harap kedua artis ini dapat berbaik semula dan saling bermaafan di bulan yang mulia ini.

Ingatlah korang dalam industri yang sama. Lari mana sekali pun korang akan jumpa juga. So baiklah bermaafan , raya pun dah nak dekat nie. Apakata buang yang keruh dan amik yang jernih..Moga selepas ini tidak ada lagi artis yang berperang di twitter. Kalau nak berperang sangat pergi la masuk pertandingan berdebat ke atau masuk mane² pertandingan yang berbahas mulut. At least dapat juga habuan dari buat dosa macam nie..



Note: Zaman serba canggih pun tak guna kalau ada segelintir manusia yang tidak reti menggunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin.











Betik wanita yang mantap




Serius sangat keji dan sungguh memalukan! Ya Allah apa dah jadi dengan budak² sekarang nie. Mane perginya moral dan akhlak mereka. Langsung tak ada segan silu , malah masing² dengan bangga bercakap mengikut hati dan nafsu saja tanpa memikirkan orang lain. Kalau dah tak reti nak hormat orang lain , tolong la hormat bulan yang mulia nie. Malu weiii!!!

Semua yang bersosial di page tue semuanya orang islam. Tak malu ke! yang perempuan pun sama yang join sama buat apa. Sembang open macam tue seolah² x de maruah langsung. Pakai la otak sikit sebelum melakukan sesuatu perkara. Geram betul la!!!!!!!

Confirm pahala puasa aku kurang hari nie. Mana taknya , satu sebab aku baca komen yang mereka tinggalkan di laman page tue. Keduanya sebab aku dah melepaskan marah di sini. Kalau korang baca apa yang dorang tulis , confirm korang pun akan marah sama. Page tue ibarat seperti tempat melakukan maksiat pula. Walaupun masing² tidak bersentuhan tapi perkataan yang di keluarkan sungguh keji. Maaf kali nie aku tidak akan printkan apa yang ada dalam page tue kerana menghormati bulan puasa.

Satu permintaan aku , kalau ada sesiapa yang tahu bagaimana cara untuk menutup page sosial tue. Bukan apa aku tak nak kalau di biarkan semakin ramai lagi orang yang join page tue. Terutama sekali orang islam. Ada sapa² tahu tak!!






Skodeng lagi kan dah malu , jom ke Riwayat Hariku


Selamat tengahari..

Hari nie agak kelewatan aku mengupdate blog. Sejak dua menjak nie otak aku jadi beku la! idea semua ke laut bersama nelayan. Nelayan pun ada jugak dapat tangkapan tapi aku dok termenung je dari tadi. Taip dua tiga patah perkataan lepas tue delete balik. Nak mulakan ayat pun amek masa yang lame. Last² biarkan saja kosong dan mulakan langkah untuk berjalan ke rumah korang dengan harapan ada la idea yang datang.Tapi untill sekarang idea x sampai² lagi. Penat betul la!

So aktiviti pagi nie merayap je la kat rumah korang , sampai pada satu blog nie aku lihat sesuatu yang aku rasa agak familiar sangat dengan nama tue. Ehhh!! nama aku la... hemah² akibat aku terlebih skodeng blog jejaka sorang nie tengah² malam semalam , tiba² dapat review la.. Tersenyum simpul aku , dah rasa macam siput nak sorok kepala dalam cengkerang je! nak menyorok weiii..maluuuu!! Nie lah akibatnya kalau skodeng rumah orang malam² buta hihihi^^ anyway thanks brother sop di atas review itu..

Kalau korang nak tahu brother sop dari RH blog ada buat satu segmen iaitu segmen Mesej Shoutbox pilihan. Caranya mudah saja just tinggalkan komen yang korang rasa agak menarik dan kreatif di shoutbox RH, selepas itu korang tunggu la respon dari RH mane tahu kalau komen korang terpilih.Dapat la habuannya hehe..Habuan bukan wang ringgit ye! Tapi kalau nak tahu apa habuannya korang boleh klik SINI. Amacam menarik tak! ok kalau korang rasa nak blog korang di review di persilakan la terjah ke blog brother sop nie..

All the best ok...



**************************************




Aug 21, 2011

Jangan sakiti hati ibu lagi!!!!




As'salammualaikum...

Ibu!!! Aku yakin tidak ada seorang manusia pun di dunia ini tidak sayangkan ibunya melainkan dirinya tergolong dalam golongan orang yang sakit jiwa. Tapi ada juga orang yang sakit jiwa tapi masih ada perasan kasih dan sayang terhadap ibunya. Jangan kata manusia , binatang pun tahu erti kasih sayang tapi aku pelik dengan sesetengah manusia yang langsung tidak menghargai ibunya. Mane perginya kasih sayang seorang anak sehingga sanggup melayan ibunya seperti seorang pengemis jalanan .Di cemuh , di hina , di maki hamun sesedap rasa.

Bayangkanlah kalau satu hari nanti di izinkan Allah kita pula akan menjadi seorang ibu. Bagaimana pula perasaan kita ketika itu sekiranya anak yang kita lahirkan dan besarkan bercakap kurang ajar dengan kita. Sedikit sebanyak pasti hati akan terguris kan! Kalau bertanya kepada aku² sanggup dan rela di lukai oleh seorang yang bergelar ibu , namun untuk aku melukai hatinya tidak sama sekali. Melukai hati seorang ibu ibarat seperti membongkar isi neraka. Nak ke kita menjadi anak derhaka!

Hukum karma! hari ini kita lakukan kepada ibu kita dan tidak mustahil satu hari nanti anak kita pula akan melakukan perkara yang sama kepada kita.Kalau tidak menerima pembalasan di dunia mungkin di akhirat kelak.Antara lambat dan cepat je untuk menerima pembalasan. Kadang aku pelik juga dengan sikap orang yang macam nie. Kalau dengar mereka berbicara soal agama sungguh menyentuh hati tapi sayangnya mereka hanya pandai bermain kata² tapi sebaliknya diri mereka x ubah seperti manusia yang bertopengkan syaitan. Hidup penuh dengan kepura²an. Serius tak suka orang macam nie.

Sayangilah ibu kita selagi mereka masih ada.Jangan pula bila suatu hari nanti dia sudah tiada di dunia ini baru la kita tercari². Minta ampun padanya sekiranya kita ada menyakiti hatinya. Aku yakin dan percaya tidak ada seorang ibu pun yang sanggup melihat anaknya ke neraka. Jadi mohon la maaf kerana pintu kemaafan sentiasa terbuka.

Ingat sekeras mana pun hati seorang ibu , sesakit mana pun yang dia rasa dengan perbuatan kita pasti akan lembut bila kita menggungkapkan kata maaf. Kesedaran dan keinsafan yang ikhlas pasti di ampunkan oleh Allah..Aku berharap bagi mereka yang pernah melukai hati ibunya , di bulan ramadhan yang mulia ini sama²lah kita memohon maaf kepada ibu kita. Mana tahu ini mungkin ramadhan terakhir kita bersamanya. Ingat tempat seorang ibu tidak ada penggantinya.Jadi hargailah ibu kita..


Note: Aku pernah lihat seorang anak yang derhaka kepada ibunya! sanggup mengeluarkan kata² kesat dan akhirnya Allah balas di dunia. Kata² yang di lemparkan kepada ibunya terkena pada dirinya. Nauzubillah minta di jauhkan...Semoga anak yang derhaka itu sedar akan kesilapannya..







Aug 20, 2011

Di timpa musibah di bulan puasa , rumah terbakar tinggal sehelai sepinggang




As'salammualaikum..

Malam nie aku menerima satu perkhabaran yang kurang baik. Selepas solat isyak tadi aku menghabiskan masa dengan membaca Al Quran sementara menunggu en.hubby pulang dari masjid. Tiba² telifon aku berdering dan melihat pada nama tertera ternyata salah seorang pekerja aku yang membuat panggilan itu. Lalu aku menggangkat panggilan tersebut dan kedengaran suara sayu² dengan bunyi keadaan sekeliling yang agak riuh rendah beserta dengan bunyi tanggisan.

Dengan suara yang tersekat² , pekerja ku cuba menceritakan apa yang terjadi. Dia bersama keluarganya di timpa musibah. Rumahnya terbakar , habis semuanya ranap. Sekarang tinggal sehelai sepinggang tapi mujurlah anak² serta isterinya selamat. Aku yang mendengarnya terkejut dan simpati sangat!! Menurut kata beliau punca kebakaran di sebabkan litar pintas dan sekarang beliau sekeluarga di tempatkan di sebuah dewan. Alhamdulillah penduduk setempat sangat prihatin. Sekejap je bantuan di hulurkan samaada dari segi makanan , pakaian dan kewangan.

Aku terasa sedih sangat. Nak menziarah bukannya dekat tambahan pula semalam aku baru balik dari Ipoh dan baru saja berjumpa dengan beliau. Pape pun bersyukur kerana isteri dan ke lapan² anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Rumah musnah x mengapa janji anak² serta isteri selamat. Aku sebagai majikannya akan cuba membantu sedaya yang boleh.Sedih dan sayu hati. Siapa sangka dalam kita sibuk menghitung hari untuk menyambut aidilfitri ada yang di uji sedemikian rupa. Jadi sama²lah kita beringat dan muhasabah diri.






Aug 19, 2011

Pulang ke Kota Bharu


Salam pagi Jumaat...

Kami sedang bersiap² untuk pulang ke Kota Bharu.
Doakan perjalanan kami selamat ye!
Dugaan bulan puasa bila berjalan jauh
Perut kosong , kepala mudah pening
Di tambah pula dengan jalan gerik yang sangat menguji diri
Harap puasa ku hari nie dapat bertahan
sehingga time berbuka nanti..
amin

Ok la have to go daaaa...







Aug 18, 2011

Days-18 , Selamat berbuka puasa



Selamat berbuka puasa semua..


40 hari 40 malam terseksa



40 hari 40 malam terseksa..






5 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating

1. Kawan baik kakak anda.

Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila ‘diserang’.

2. Setiausaha anda.

Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.

3. Bekas teman wanita.

Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.

4. Teman wanita kawan anda.

Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.

5. Wanita yang terlalu demand.

Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang ‘demand’ kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya.

Kad raya , sms ataupun ucapan di laman sosial. mane korang pilih!



Selamat pagi..

Hari nie sudah hari ke 18 kita berpuasa. Radio pun dah mula putarkan lagu raya. Perasaan untuk menyambut Aidilfitri semakin terasa. Masing² sibuk membuat persiapan. Mane yang bekerja di ofis tue dah mula menunjukkan rasa malas. Hati dah fikir nak raya je! Sana sini orang dok perkatakan pasal raya. Baju raya , duit raya , kuih raya , langsir raya dan cuma satu je yang jarang kita dengar iaitu kad raya.

Sekarang ni orang lebih suka menghantar ucapan melalui sms , email mahupun di laman sosial. Jarang dah kita dapat lihat orang menghantar kad raya. Kalau ada pun boleh kira berapa orang je.Dalam 1o mungkin seorang je yang berbuat demikian. Korang pulak macam mane. Adakah menghantar ucapan melalui sms , laman sosial ataupun masih mengunakan kaedah menghantar kad raya sebagai ucapan di aidilfitri buat rakan taulan mahupun sanak saudara.

Bagi aku pulak masih menggunakan kaedah menghantar kad raya. Tue lihat kat atas tue ada beberapa keping kad raya yang akan di pos hari ini. Tapi mane yang tak sempat atau terlepas pandang , aku akan hantar ucapkan melalui sms ataupun di laman sosial. Janji kaedah lame still aku gunakan. Kalau tidak semakin di lupakan pula. Kad raya dan ucapan moden sangat berbeza. Feel tue x sama! betul tak..


Note:

Hadiah pemenang contest masih belum di kirimkan
minta kepada yang berkenaan menghantar alamat ASAP.
TQ!




Aug 17, 2011

Balik kampung dan tahniah kepada pemenang contest


Maaf kerana x sempat nak listkan nama peserta contest. Tapi aku telah memilih dua pemenang bagi setiap kategori.Tahniah di ucapkan kepada yang berjaya dan terima kasih juga kepada yang sudi meluangkan masa menyertai contest Ramadhan dan Aidilfitri bersama sinar raudah. Kepada yang berjaya minta tinggalkan nama, alamat dan no telifon anda di ruangan komen ini.

Ok di kala korang sedang membaca entri ini , aku telah pun dalam perjalanan untuk pulang ke kampung.Serius excited gila coz inilah masanya dapat berbuka puasa bersama keluarga.Tapi dalam aku excited ada juga yang terlebih excited daripada aku. Sapa lagi kalau bukan mat² bangla aku. Aduhai! aku excited nak jumpa keluarga tapi dorang pulak excited nak jumpa mak tirinya ha. Sampaikan dua tiga hari nie handphone aku asyik berbunyi je.Dah macam operator pulak!Betapa tak sabarnya mereka nak berjumpa dengan aku.

Dorang tak sabar aku pulak hilang mood.Mane taknya kita balik nak berbuka dengan keluarga tapi dorang lak gunakan peluang yang ada untuk membuat aduan rakyat .Mesti pening kepala aku nanti melayan kerenah sorang². Selalu macam nie la kalau balik kampung , x sah kalau aku tak settlekan keje. Setiap kali macam tue la , amek peluang je balik pastu masa yang ada banyak habiskan dengan mat bangla je.Nak buat macam mane kan dah itu keje yang aku pilih.Jadi terima saja lah huhuhu...

Oklah doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang ye. Dan semoga Allah kuatkan ketahanan mental ku di bulan yang mulia ini.Tak mau la jadi singa macam selalu. Di harap aku dapat control diri , walaupun berpuluh kali menerangkan kepada mereka yang sememangnya x faham bahasa ini...Kena banyak bersabarrrr...



***************************

TAHNIAH

Bagi kategori Juadah Ramadhan


dan bagi kategori Ucapan kreatif Aidilfitri






Nuzul al-Quran




Salam perkongsian semua, sedar tak sedar sudah 17 hari kita berpuasa. Bagi sesetengah negeri, hari ini merupakan hari cuti umum sempena Nuzul Al-Quran. Bagi mereka-mereka yang tidak bercuti, tidak mengapa, apa yang lebih penting ialah kita masih ingat dan mengingatkan apa yang ada pada hari ini.

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’.

Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman ALLAH:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman ALLAH Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada ALLAH selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada ALLAH, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa ALLAH SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Berdasarkan informasi yang diberikan sedikit sebanyak panduan yang boleh kita ambil ialah :

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula ALLAH mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh ALLAH SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).





Aug 16, 2011

Sabar dan terus bersabar serta di iringi dengan doa



Tadi pagi aku share di facebook
so petang nie aku nak sharekan pula di sini..

Kita minta pada Allah setangkai bunga yang cantik dan segar
Dia berikan kita kaktus berduri

Kita minta kupu² yang berwarna warni
Di beri-Nya kita ulat

Terus kita sedih dan kecewa , namun kita tetap bersabar
tapi x lame kemudian kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu berubah menjadi kupu² yang cantik

Begitulah Allah mengasihi hambanya
Selalu indah pada waktunya


kata² semangat

Moga aku akan terus bersabar dan berdoa
semoga satu hari nanti ada sinar untuk aku dan suami

insyaallah....





Bukan hebatnya game di malam hari tapi hebatnya air tangan seorang isteri




Benar kata orang! setinggi mane pun belajar , setebal mane pun beg duit , secantik mane pun paras rupa tapi kalau tidak pandai memasak memang suatu perkara yang sangat merugikan dalam hidup. Tak guna kalau ada segulung ijazah kalau perut suami tidak di jaga. Bonda selalu berpesan , air tangan seorang isteri nie sangat berkuasa dan kunci kebahagian rumahtangga selain di atas katil adalah dengan masakkan. Jadi kepada mereka yang x pandai memasak atau sememangnya tidak suka ke dapur belajar²lah dari sekarang. Jangan nanti dah kahwin baru la sibuk nak belajar , time tue x de makna dah.

Mungkin boleh belajar selepas kahwin tapi tak kan tak rasa malu kot. Hantaran letak punya la tinggi. Kenduri kahwin nak grand. Mas kahwin pula selagi mahu nak minta. Belum lagi termasuk kos hantaran dan berbulan madu. Sekali lepas kahwin tak tahu masak.Tak ke suami tue frust. Bukan aku nak merendahkan mereka yang tidak pandai memasak tapi aku cuma tidak berkenan bila ada sesetengah yang menjadikan ijazah sebagai alasan. " Aku ada PHD ok so aku mampu bayar orang gaji ". Iya memang boleh ambil orang gaji tapi sampai bila suami tue boleh tahan makan air tangan orang gaji kan. Sesekali mesti dia teringin nak rasa masakan dari air tangan isterinya.

Satu lagi alasan yang sering di berikan kerana bekerjaya. HellOoo!!! orang lain pun bekerjaya juga ok tapi kenapa masih boleh masak. Dapur masih mampu berasap. So tolong jangan jadikan itu semua sebagai alasan.Kalau tak tahu bertanya dan belajar tapi jangan lah pula tak tahu lepas tue x nak belajar. Sekarang nie zaman dah canggih semua di hujung jari. Google je apa yang nak masak , sure akan jumpa. Tak kisahlah masakan tue sedap atau tidak at least kita cuba untuk belajar. Take time lame² bila dah mahir , dah pandai adjust bahan confirm dari x sedap boleh jadi sedap.Tak percaya korang cuba la..

Lelaki nie satu perkara je dia akan ingat sampai bila². Bukan hebatnya game di malam hari tapi hebatnya air tangan seorang isteri. Lelaki x akan ingat masakan orang gaji tapi masakan isteri dan ibulah yang akan di ingat sampai ke mati. Tak rasa puas ke bila suami puji masakan kita dari dia puji masakkan orang gaji atau masakkan warung mamak di luar sana. Tentu kita akan terasa betul tak. Jadi belajarlah dari sekarang! Kalau tak nak suami cari yang lain..

Bagi mereka yang belum kahwin, persiapakanlah diri dengan ilmu di dapur. Jangan jadikan belajar dan mengejar cita² sebagi alasan. Bukan kata belajar tue x penting tapi pandai²lah bahagikan masa. Besok bila dah kahwin bukan ijazah tue yang kita nak hidangkan untuk suami tapi masakan kita. Memasak nie bukan perlu tunggu minat je tapi ianya satu keperluan.

sekian..


Muncung sapa lagi seksi


Pantun Muncung..

-lebih molek di baca di hadapan cermin
pastikan korang membacanya dengan gaya dan intonasi yang betul
jangan nak tipu ye
tak bain bulan puasa
hehehe....

Du’u tugu kucung burluru,
Munu nuk sumu su kucung bulung,
Du’u tugu buluh ku curu
Munu nuk sumu cuk uduk surung.

Gunung du’uk burcubung tugu,
Huncur budun du kundung tunuh,
Budu yung bu’uk dukunung jugu,
Du’u tugu kucung burluru.

Bu’uh cumpuduk du luur pugur
Umbul guluh tulung julukkun,
Humbu buduk buru burlujur,
Kulu suluh tulung tunjukkun.

Pusung umus dubuwu burluyur
Musuk subujuk du utus putu,
Hutung umus buluh dubuyur,
Hutung budu du buwu mutu…

Suku’un turumu kusuh…


Aug 15, 2011

Saya tak pernah puasa , niat puasa pun saya tak ingat


Pagi² lagi mood aku telah di spoilkan oleh jejaka² yang perasan handsome tapi x berapa nak handsome yang di terbangkan khas dari negara Bangladesh. Aduhh serabut kepala wei! Aku ingatkan aku je excited nak balik kampung berbuka puasa dengan keluarga tapi ada lagi yang terlebih excited daripada aku. Tak sabar mat bangla mat bangla aku nie menanti kepulangan mak tirinya hari Rabu nie.

Aku baru je ingat nak happy² dengan keluarga sekali bila dapat panggilan bertalu² terus jadi spoil mood bila fikirkan soal keje.Pantang balik kampung mesti ada je keje kena settlekan dorang nie. Terima je lah dah itu keje yang aku pilih huhuhu. Kalau depa buat hal aku nak merungut pulak tapi depa tue la yang bagi sumber kewangan kepada aku. Jadi sangat x adil kalau aku nak merungut² kan.

Dah la mood x berapa nak ok sekali aku terbaca di facebook , kenyataan seorang wanita di wallnya.Perghhh!!! memang x tahu malu betul la aweks nie buat kenyataan macam tue. Siut je! kalau ye pun kau x puasa tak perlu la nak bangga sampai bagitahu kat semua orang. Mane perginya maruah kau. Aku yang x kenal perempuan tue pun bila baca sakit hati , inikan pula kawan²nya. Dah buat kenyataan macam tue satu hal , lepas tue pergi letak gambar rokok dalam pinggan apa cer. Bila aku lihat ada komen dari bangsa lain menegur.Rasa malu sangat! Tapi aweks tue x de rasa macam tue pun.Macam mane la orang lain nak respect kalau diri sendiri pun tak tahu nak respect diri.Geram betul aku..





Aug 14, 2011

Terharu dengan blogger pia-pinkylita blogspot


91 comments need to be moderated..
Wowww!!! surprising..

Walaupun x update SR semalam
tapi SR still menerima kunjungan.
Dan lebih mengejutkan aku apabila
83 comments datang dari sahabat blogger aku
yang dah lame menyepi...

Terharu betul...
Walaupun beliau dah lame x online
tapi bila sesekali online habis semua entri yang terlepas
beliau akan baca dan tinggalkan comment.
U all bayangkan la 83 comments datangnya dari beliau.
Thats means 83 entri yang dah lepas beliau baca..
Susah sebenarnya nak dapat pembaca
dan rakan blogger yang setia macam beliau

Thanks Pia..
Terharu sangat..



Contest akan berakhir


Salam hujung minggu...

Hari nie dah masuk ramadhan yang ke 14. Sedar x sedar dah 2 minggu kita berpuasa. Pantas sungguh masa berlalu. Next week pula aku akan out station untuk beberapa hari.Jadi sebelum aku ke luar kawasan , aku ingin settlekan dulu contest yang sedang di berlangsung ini.

Maka hari ini aku akan umumkan penutupan contest Juadah Ramadhan dan Aidilfitri bersama Sinar Raudah akan berakhir pada esok hari iaitu 15 ogos 2011 tepat pada pukul 12 tengahrai. Kepada yang masih belum menyertai boleh la turut serta. Keputusan akan di umumkan sehari selepas penutupan contest.Selamat berjaya pada yang menyertai..





Aug 12, 2011

Contest Juadah Ramadhan dan Ucapan Kreatif Aidilfitri bersama sinar raudah

Scroll ke bawah untuk entri baru!


Untuk beberapa hari nie , aku mungkin agak sibuk dengan urusan kerja. Bila dah sibuk tue faham² je la , masa untuk berblogging pun sangat terhad. Jadi di sebabkan x nak blog ni sunyi dan sepi maka dengan ini aku ingin mengadakan satu contest sempena dengan bulan Ramadhan nie.Contest ini terbahagi kepada dua. Jadi korang boleh pilih mane satu yang korang nak join.Syarat²nya pula mudah saja! same macam syarat² contest yang sebelum nie cuma bezanya syarat kali ini agak longgar sikit atau dalam erti kata lainnya syarat yang ringkas saja..Tak nak terlalu ketat sangat nanti membebankan korang pula.

Ok bagi pilihan yang pertama.

-Mestilah follow blog ini supaya mudah nak tahu information tentang contest.
-Macam biasa letakkan banner di atas di dalam entri korang dan linkkan ke blog ini.
-Add blog ini di dalam bloglist korang dan tagkan kepada 3 rakan blogger yang lain.
-Buat satu entri bertajuk Juadah Ramadhan bersama sinar raudah. Ingat tajuk lain tidak di terima!
-Ceritakan serba sedikit juadah yang menjadi kegemaran anda setiap kali berbuka puasa.
- Lampirkan gambar juadah bersama. Kalau x sempat nak capture korang boleh dapatkan bantuan uncle google.
-Ok dah siap! tinggalkan url blog korang di ruang komen. Shoutmix tidak di layan ok.


Bagi pilihan ke dua pula...

-Mestilah follow blog ini supaya mudah nak tahu information tentang contest.
-Macam biasa letakkan banner di atas di dalam entri korang dan linkkan ke blog ini.
-Add blog ini di dalam bloglist korang dan tagkan kepada 3 rakan blogger yang lain.
-Buat satu entri bertajuk Ucapan kreatif Aidilfitri bersama sinar raudah. Ingat tajuk lain tidak di terima!
-Buat satu ucapan kreatif sempena syawal yang bakal tiba. Tak kiralah samada nak buat kad raya ke , lagu raya ke atau apa saja yang berkaitan dengan aidilfitri janji biarlah kreatif!
-Ok dah siap! tinggalkan url blog korang di ruang komen. Shoutmix tidak di layan ok.

**********************************************

Sinar Raudah akan memilih seorang pemenang bagi setiap kategori. Tarikh tutup penyertaan akan di beritahu kemudian iaitu sehari sebelum tarikh di umumkan. Setiap pemenang akan bakal menerima Fridge Magnet dari luar negara , hamper makanan dan cenderahati dari Sinar Raudah.Ok harap jelas. Selamat menjoinkan diri dan good luck pada yang menyertai..


Tutorial- Cara nak hack blog orang


Selamat petang..

Wahhh!! aku sekarang sudah jadi hacker.Marahkan Mak Anon sekarang aku pulak yang menganas mencari mangsa. Bukan mangsa nafsu serakah tapi mangsa untuk hack blog orang. Bersiap sedia ok! Kalau ada yang nak join sama aku meh aku ajar macam mane nak hack blog orang yang korang suka. Selalu orang hack blog yang tak suka je kan tapi hari nie aku nak ajar hack blog yang korang suka pulak.Kalau ada yang x faham , x pe nanti confirm akan faham.

Actually ramai yang dah tahu cara nie tapi aku saja nak kongsikan bagi mereka yang masih tak tahu. Bagi mereka yang gemar atau minat dengan sesebuah blog tue.Minat dari segi background , template , widget atau apa saja yang ada dalam blog orang tue korang boleh hack dan curi blog dorang dengan mudah.Bukan nak mengajar korang mencuri tapi kalau dah rasa malu sangat nak bertanya atau korang rasa minat sangat tapi risau tuan blog x kasi , so boleh la guna kaedah ini. Tapi aku tak galakkan tau , sebab ini di kira menceroboh hak orang. Kalau boleh minta izin dari tuan empunya blog , lebih afdhal..

Peringatan kalau korang nak hack code , korang mestilah tahu serba sedikit selok belok tentang code. Kalau tak tahu macam mane nak gunakan code tue nanti kan? Kalau tanya aku pernah buat ke tak? jawapan aku x pasti hehehe... jangan marah na!

Ok cara untuk hack code blog orang.Korang pergi je mane² blog yang korang suka lepas tue korang tekan ctrl+u .Nanti akan keluar seluruh code template blog itu. Dari situ korang godek² la code untuk header ke , sidebar ke , blockquote ke , widget ke atau apa saja yang korang rasa berkenan dengan blog tue , tapi entri jangan la ye! lepas tue copy code html tue dan paste code tue di blog korang.Lepas tue priview kalau x de sebarang error boleh la SAVE.


Selamat mencuba kepada yang rasa malu sangat nak bertanya...




Coli wanita dan risiko kanser payudara




Salam perkongsian...

Memakai coli lebih daripada 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara.Ini kerana coli yang kita pakai akan memberikan tekanan kepada payu dara kita terutama sekali kepada sistem limfa.Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfungsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus , bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara.

Namun begitu, coli juga penting kerana ia dapat menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara.Ramai juga di kalangan wanita mengakui yang mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaianya , elakkan memakai coli sewaktu tidur.Ini antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.

Selain itu ada satu lagi cara untuk mengurangkan kanser payu dara iaitu dengan meminum air kacang soya.Selain mengatur fungsi reproduksi kandungan isoflavon dalam kacang soya dapat meningkatkan antioksida vitamin C dan E sehingga melambatkan pertumbuhan sel² kanser seperti kanser payu dara.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign