Aug 21, 2011

Jangan sakiti hati ibu lagi!!!!




As'salammualaikum...

Ibu!!! Aku yakin tidak ada seorang manusia pun di dunia ini tidak sayangkan ibunya melainkan dirinya tergolong dalam golongan orang yang sakit jiwa. Tapi ada juga orang yang sakit jiwa tapi masih ada perasan kasih dan sayang terhadap ibunya. Jangan kata manusia , binatang pun tahu erti kasih sayang tapi aku pelik dengan sesetengah manusia yang langsung tidak menghargai ibunya. Mane perginya kasih sayang seorang anak sehingga sanggup melayan ibunya seperti seorang pengemis jalanan .Di cemuh , di hina , di maki hamun sesedap rasa.

Bayangkanlah kalau satu hari nanti di izinkan Allah kita pula akan menjadi seorang ibu. Bagaimana pula perasaan kita ketika itu sekiranya anak yang kita lahirkan dan besarkan bercakap kurang ajar dengan kita. Sedikit sebanyak pasti hati akan terguris kan! Kalau bertanya kepada aku² sanggup dan rela di lukai oleh seorang yang bergelar ibu , namun untuk aku melukai hatinya tidak sama sekali. Melukai hati seorang ibu ibarat seperti membongkar isi neraka. Nak ke kita menjadi anak derhaka!

Hukum karma! hari ini kita lakukan kepada ibu kita dan tidak mustahil satu hari nanti anak kita pula akan melakukan perkara yang sama kepada kita.Kalau tidak menerima pembalasan di dunia mungkin di akhirat kelak.Antara lambat dan cepat je untuk menerima pembalasan. Kadang aku pelik juga dengan sikap orang yang macam nie. Kalau dengar mereka berbicara soal agama sungguh menyentuh hati tapi sayangnya mereka hanya pandai bermain kata² tapi sebaliknya diri mereka x ubah seperti manusia yang bertopengkan syaitan. Hidup penuh dengan kepura²an. Serius tak suka orang macam nie.

Sayangilah ibu kita selagi mereka masih ada.Jangan pula bila suatu hari nanti dia sudah tiada di dunia ini baru la kita tercari². Minta ampun padanya sekiranya kita ada menyakiti hatinya. Aku yakin dan percaya tidak ada seorang ibu pun yang sanggup melihat anaknya ke neraka. Jadi mohon la maaf kerana pintu kemaafan sentiasa terbuka.

Ingat sekeras mana pun hati seorang ibu , sesakit mana pun yang dia rasa dengan perbuatan kita pasti akan lembut bila kita menggungkapkan kata maaf. Kesedaran dan keinsafan yang ikhlas pasti di ampunkan oleh Allah..Aku berharap bagi mereka yang pernah melukai hati ibunya , di bulan ramadhan yang mulia ini sama²lah kita memohon maaf kepada ibu kita. Mana tahu ini mungkin ramadhan terakhir kita bersamanya. Ingat tempat seorang ibu tidak ada penggantinya.Jadi hargailah ibu kita..


Note: Aku pernah lihat seorang anak yang derhaka kepada ibunya! sanggup mengeluarkan kata² kesat dan akhirnya Allah balas di dunia. Kata² yang di lemparkan kepada ibunya terkena pada dirinya. Nauzubillah minta di jauhkan...Semoga anak yang derhaka itu sedar akan kesilapannya..







17 comments:

Unknown said...

selamat malam amy

terkarisma kak baca entry nie..
sangat sayu hati ini..
itulah dik, sejak bergelar isteri.. kak cuba y terbaik utk ibu..
sebenarnya.. kak terlalu rapat, bila kawin kak terpaksa tinggalkan..

kak ambil masa y lama nak sesuaikan keadaan tanpa jaga ib

syukur, skrang kak rasa lega sbb dari dahulu ibu memahami sbb kak dah bergelar isteri

lagilah, kak banyak ambil berat ttg hal mertua, sbb duduk dgn mertua..

gnesop.com said...

sayangi ibu dunia dan akhirat :)

Nurnasihah Shahbuddin said...

Sayang ummi sangat2.

Hafizin Jamil said...

selamat hari ibu kak amy..ehe

azieazah said...

Ada kalanya, bila dia buat kat ibu dia, anak dia pula balas yang sama pada dia...

exora said...

ibu lah segala-galanya...

eelobor said...

Ya Allah...banyak nya dosa aku ada mama

Kakzakie Purvit said...

Kalau punya hati yg dangkal Amy, memang payah utk berubah. Apa lagi bila diri terasa disanjung ramai, bicara bibir pula selalu berkaitan agama, kepincangan sukar kelihatan. Namun, Allah itu melihat Amy, balasan Alah juga pasti. Itu dia tak boleh lari...

Moga Amy dan bonda sihat hendaknya...

Sheherazade said...

Nauzubillah minta di jauhkan,Amin
sedih :(

Anonymous said...

Assalamualaikum Amy,

istimewanya kedudukan seorang ibu itu telah tertulis dalam kalam Allah..
sedangkan berkata Ah! pun boleh menerbitkan dosa apatah lagi menyakiti hati mereka dgn kata2 atau perlakuan..

semoga kita dan keluarga kita tidak tergolong dalam golongan org2 yg kurang ajar

kurus said...

betul tu amy .. kesalahan yg lepas ibu jgn diungkit .. itu antara dia dan allah .. sejahat mana dia kita patut hormati dan sayangi kerana syurga kita dah tersurat di bawah tapak kakinya ..

semoga ibu2 didunia sentiasa dirahmati allah dan semoga akak menjadi ibu yg terbaik buat anak2 akak .. aminnnnnnnnn

zulkbo said...

salam..
jangan kata derhaka dengan kata2 nista pada ibu..menyinggung sedikit pun dah tak bau syurga..alahai, takutnya saya..

ahmad humairi said...

I love you umi.....
and your entry amy,

Moga semuanya bergumbira,
sebar,
senyum lebar,
di lebaran...

Sarah Syazwani said...

ni yg x sabar nk balik kg jumpe mak!

sarah-najwan said...

akak percaya pada karma..
jika kita mensia2kan ibu kita
mescaya suatu hari nati..anak kita memperlakukan yg sama kpd kita..
hukum Allah..

☾SHiemaCMa786☾ said...

amy..

kasih seorg ibu tu tiada tolok bandingya..

org gila pun cma rase die syg mak die..ni mansuia jahil xde otak yg x syg mak dia..

huhu...
cma always syg mak cma..
♥♥♥♥♥♥♥♥ my mom..ketat2..♥♥♥♥

eB said...

syg mama kami sgt2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign