Aug 16, 2011

Bukan hebatnya game di malam hari tapi hebatnya air tangan seorang isteri




Benar kata orang! setinggi mane pun belajar , setebal mane pun beg duit , secantik mane pun paras rupa tapi kalau tidak pandai memasak memang suatu perkara yang sangat merugikan dalam hidup. Tak guna kalau ada segulung ijazah kalau perut suami tidak di jaga. Bonda selalu berpesan , air tangan seorang isteri nie sangat berkuasa dan kunci kebahagian rumahtangga selain di atas katil adalah dengan masakkan. Jadi kepada mereka yang x pandai memasak atau sememangnya tidak suka ke dapur belajar²lah dari sekarang. Jangan nanti dah kahwin baru la sibuk nak belajar , time tue x de makna dah.

Mungkin boleh belajar selepas kahwin tapi tak kan tak rasa malu kot. Hantaran letak punya la tinggi. Kenduri kahwin nak grand. Mas kahwin pula selagi mahu nak minta. Belum lagi termasuk kos hantaran dan berbulan madu. Sekali lepas kahwin tak tahu masak.Tak ke suami tue frust. Bukan aku nak merendahkan mereka yang tidak pandai memasak tapi aku cuma tidak berkenan bila ada sesetengah yang menjadikan ijazah sebagai alasan. " Aku ada PHD ok so aku mampu bayar orang gaji ". Iya memang boleh ambil orang gaji tapi sampai bila suami tue boleh tahan makan air tangan orang gaji kan. Sesekali mesti dia teringin nak rasa masakan dari air tangan isterinya.

Satu lagi alasan yang sering di berikan kerana bekerjaya. HellOoo!!! orang lain pun bekerjaya juga ok tapi kenapa masih boleh masak. Dapur masih mampu berasap. So tolong jangan jadikan itu semua sebagai alasan.Kalau tak tahu bertanya dan belajar tapi jangan lah pula tak tahu lepas tue x nak belajar. Sekarang nie zaman dah canggih semua di hujung jari. Google je apa yang nak masak , sure akan jumpa. Tak kisahlah masakan tue sedap atau tidak at least kita cuba untuk belajar. Take time lame² bila dah mahir , dah pandai adjust bahan confirm dari x sedap boleh jadi sedap.Tak percaya korang cuba la..

Lelaki nie satu perkara je dia akan ingat sampai bila². Bukan hebatnya game di malam hari tapi hebatnya air tangan seorang isteri. Lelaki x akan ingat masakan orang gaji tapi masakan isteri dan ibulah yang akan di ingat sampai ke mati. Tak rasa puas ke bila suami puji masakan kita dari dia puji masakkan orang gaji atau masakkan warung mamak di luar sana. Tentu kita akan terasa betul tak. Jadi belajarlah dari sekarang! Kalau tak nak suami cari yang lain..

Bagi mereka yang belum kahwin, persiapakanlah diri dengan ilmu di dapur. Jangan jadikan belajar dan mengejar cita² sebagi alasan. Bukan kata belajar tue x penting tapi pandai²lah bahagikan masa. Besok bila dah kahwin bukan ijazah tue yang kita nak hidangkan untuk suami tapi masakan kita. Memasak nie bukan perlu tunggu minat je tapi ianya satu keperluan.

sekian..


27 comments:

BeloG MTT said...

Orang tua tua kata kalau nak jaga hati suami dan jangan alihkan sayang dia pada yang lain,kena la pandai jaga perot dia.. Memasak,dan bagi lah dia makan.. Hehe :)

Nor Adzwaty Rokkafella said...

stuju bangat!skrg ni tgh mpersiapkn diri utk jd bakal isteri yg pndai masak.mak sy pn salu igtkan camtu

Unknown said...

wah! entri pembakar semangat untuk semua wanita belajar memasak ya amy.

Betul tu, sekrang semua di hujung jari. Apa resepi nak, semua boleh dapat segera. Tinggal kita je rajin nak cuba atau tidak. Sekali cuba tak menjadi, jangan putus asa kan. Cuba dan cuba lagi, pasti berjaya...ececeh...hihi

kasihibu said...

betul tu, masakan tu yg penting selain dari suami anak anak pun nak makan juga

Baiz Mamat said...

yup..masak perlu pandai...baru la abg sayang..haha

Marina said...

ye betui...walaupon tak hebat memasak janji kiter usaha utk memasak...

mizah said...

sangat2 betul! hehe

me suya said...

alhamdulillah
suya boleh kata suya tahu la memasak..pakar tak pakar tu jauh lagi la kan.. cuma boleh la hidang makan ramai2.. bagus juga mama suya dulu siap paksa anak2 perempuan belajar masak.. dan sekarang walau duk bujang suya prefer lagi masak daripada beli kat bazar~

Sarah Syazwani said...

sangat2 setuju dengan pendapat amy..isteri sekarang amik mudah je dgn benda2 mcm ni..sedangkan alasan ni la yg mudah laki nk buat hal

Anum said...

penuhi dgn ilmu2 dapur

incek.loyer said...

well said there :)

so, ince sinar pndai masak x?

hoho.

atuk said...

Assalamualaikum Amy

air tangan ibu boleh mengelakan anak derhaka kpd ibu

Wassalam

puteraduyong said...

betul betul dan betul...amy tolong masak boleh...nak try rasa sedap ke tak... ;)

Unknown said...

selalu sangat makan masakan orang gaji dari seberang lama2 nanti sedar2 je suami dah ikut pembantu rumah balik indon..
ekeekekekek....

kurus said...

setuju dik .. akak dari awal2 dulu mak dah pesan .. belajar masak dari lepasan belajar layie .. soo duk sorang2 di kl sempatlah belajar , buat pandai2 akhirnya ok dah skrg nie :)

Fazleyatul Aini said...

alhamdulillah sket2 nak memasak tuh ok la tapi still kene berguru lagi dgn mak. saya pon belek2 resepi kat blog sifu2 memasak je. memasak ni best, enjoy. lagi best bila tgk org makan, masakan kita. rasa penat memasak tuh hilang je

Tieah Madian said...

Jyeah!!! Even telur gorang je pun kalo isterim masak, laki tetap suka kan??????????? Ngee :)

Tieah Madian said...

Tapi tak boleh lah d amalkan selalu.. Kang tak pasal2 laki pasang lain.. Auwwwwwwwwwwww..

CIK PAPAU said...

yezza sy sngat2 bersetuju~

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam ramadhan..Setuju sgt dgn post kamu ni tapikan org lelaki ni kebanyakkannya dh ada isteri pandai masak dan game terbaik pun dia nak gak cari yg lain... tak dapat kawin pun tak pe dpt buat main2 pun ok gak.

Rasanya lepas ni kaum hawa kena interviuw bakal suami yg boleh jadi imam lak..berapa kerat agaknya lelaki blh jadi imam sembahyang zaman skrg ni?

Nurnasihah Shahbuddin said...

Haah, tengah cuti sem sekarang ni pun nasihah nak belajar msk. (eh, yeker, hehe)

☾SHiemaCMa786☾ said...

betul2...
asben cma suka mkn..mg kena belajar msk SETIAP hari..

juelee said...

Setuju dgn akak..sy sorang engineer,penat cmne pn ari2 bk msti msak wpun berdua je mkn,rasa lg puas dan suami pn suke mkn mskan sy yg tk bape sedap tu compare mkn kedai

azwa amani said...

huhuhu.tengah belajar masak dengan ibu ni kak..hehee

Panglima7 said...

betul amy...sebagai seorang lelaki, Panglima sokong bangat...;)))

Sheherazade said...

tengah belajar msk ni,hehe

azimask said...

tambat perut suami ngan masakan.. ok la tuh.. heheh bagus baguss...

jom kawan kawan.. baca citer kat blog saya plak pasal umah mertua saya kena rompak semalam.. ada perkara pelik piulak tuh berlaku.. emmmm.. memacam orang sekarang nieh...

// klik sinie jom ke blog mimie azimask untuk entry baru :D ... //

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign