Bahan
* 400 gram udang besar
* Sedikit serbuk kunyit
* Sedikit garam
* 1 sudu makan tepung jagung
* 1 labu bawang besar
* 1 biji cili merah
* 3 ulas bawang putih
* 3 sudu makan madu (bancuh dengan 2 sudu makan air)
* 2-3 biji cili api (diketuk)
* 1 sudu makan sos cili
* 1 sudu makan jus lemon/limau kasturi/limau nipis sedikit daun ketumbar (dihiris)
* 1/2 sudu makan kicap pekat
Cara²nya
1. Gaul udang bersama serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Perap selama 10 minit. Kemudian goreng sehingga garing. Ketepikan.
2. Kisar bawang besar bersama cili merah dan bawang putih.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan yang dikisar hingga garing.
4. Masukkan madu, kicap dan sos cili kemudian kacau sedikit
5. Masukkan cili api dan daun ketumbar. Selepas kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul hingga mesra.
6. Angkat dan hidangkan.
Cara mengopek dan memasak udang
* Pegang belakang badan udang, keluarkan lapisan kulit pada bahagian kepala.
* Buang setiap bahagian bawah misai dan insang udang serta matanya.
* Pegang hujung ekor udang dan picit, kemudian kupas bahagian kulit dari bawah dan ke atas.
* Buang bahagian ekor.
Fakta
* Udang tidak perlu dimasak terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan isinya hancur dan hilang rasa udang sebenar.
* Cukup sekadar mencelur udang ke dalam air panas.
* Perahkan limau atau lemon pada udang untuk dimakan begitu saja.