Jan 11, 2012

Amalan untuk mendapatkan zuriat



Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh

- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.

Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.

Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.


Bagi yang masih tiada zuriat , boleh la cuba amalkan...


Sumber : Ustazah Siti Norbahyah


Note: TAHNIAH! kepada blogger Diana kerana Maisara bakal dapat adik...









16 comments:

Kakzakie Purvit said...

Doa kakak buat mereka yg belum punya zuriat akan beroleh juga akhirnya. mana tahu tahun ini kan...

Unknown said...

:)...nk bt gak...tq
mg Puteri Mia cpt dapat adik..

Sheherazade said...

thanks for sharing dear

insyAllah semoga dipercptkan dan dipermudahkan untuk kita ;')

Tea said...

hmmm kena selalu berjimak ni...

azwa amani said...

mudah-mudahan dengan usaha Allah berikan anugerah cahaya mata yg dinantikan :)..

Myra Jay said...

TQ kak, sama2lah kita amalkan ye :)

Unknown said...

tq sharing:)

Unknown said...

kak amalkan dari tahun lalu, moga ada rezeki buat kita..
amin

dik, kak tak boleh masuk blog diana senyum2 tau..
sangat sedih, hampir 2 minggu

kalau dia masuk baca entry ini. haraplah dapat menolong...

Panglima7 said...

Assalam Amy. Semoga Amy Syaquena dikurniakan zuriat, cahayamata oleh Allah di tahun ini. aaminn.

azhariahzuber said...

tq bagus tips ni

eMMe said...

Doa dan usaha sampai berjaya InsyaAllah..

Unknown said...

anak dah 3 ...cukup lah kot :)

Rosniena said...

tq for sharing

Unknown said...

yang pentimg doa dan usaha tu seiring..kan??
terima kasih amy...:)
semoga kita semua dapat merasai nikmat Allah bersama2..

Unknown said...

lagi 1 istighfar 1000 kali sehari dengan niat nk dapat anak..insyaallah boleh try jugak..;)

☾SHiemaCMa786☾ said...

Tq for sharing..
Amy pun jgn lupa amalkan tau..
Insyallah.. ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign