Jan 27, 2012

Sukar nak puaskan hati orang yang baget bagus nie



Salam pagi Jumaat olllsss....

Hrmmm...Bukan senang nak puaskan hati orang sebenarnya..kadang² aku pelik dengan dorang nie tak fikir ke..kita nie manusia mane mungkin kita dapat puaskan hati semua orang..Cuba kita lihat pada mereka yang pernah melakukan kesilapan atau perkara kejahatan sebelum ini..bukan main lagi orang sekeliling mengata , x suka dan benci tapi bila mereka nak berubah ke arah yang lebih baik , pun ada juga yang mengata..meluat aku tengok! ish² x faham sungguh...semua serba tak kena..

Ada juga yang mempertikaikan bab agama.. Bila mereka nie belajar untuk lebih ke arah keagamaan...orang sekeliling dok mengata tak payah nak berlagak alim la , sedangkan mereka nie nak beribadah nak mendekatkan diri kepada Allah dan menyucikan diri dari kejahatan dan kesilapan lampau..sepatutnya kita beri sokongan ini sebaliknya pulak.. cuba kalau mereka nie ingkar suruhan agama , wahhh!!! time tue bukan main lagi di keji.. di hina,.. habis seluruh keturunan di sebut , nama mak bapak jangan cakap la..x lekang kat mulut keluar..

Bila mereka nie ikut peraturan dengan betul ada pulak yang kata skemanya budak nie tapi cuba kalau mereka langgar peraturan tue , mulalah cakap x de masa depan , x ada cite² , otak tak berkembang..benak mentega..habis semua terkeluar , ikut sedap mulut je berkata...macam mane lagi...buat yang betul di salah ertikan , buat yang salah jangan cakap la...44 hari dok canang cerita anak sipolan tue bla bla bla..Adoi senak otak wei kalau jumpa orang macam nie..

Orang yang jenis susah nak puaskan hati sendiri nie.. mereka lebih suka mencari kelemahan dari kelebihan orang lain..Di mata mereka semuanya tidak sempurna , mungkin dia seorang je yang sempurna kot..mane taknya cuba kalau mereka berdepan dengan orang yang baik , bersopan santun ,  lemah lembut tutur kata ,..pasti dorang akan mengata juga macam kampung sangat..ala macam la dorang tue bukan dari kampung.. tapi cuba kalau berdepan dan terlihat orang seksi , tau pulak cakap tak de maruah x de harga diri...fenin² dengan orang macam nie..

Kalau kita bagi nasihat di katanya kita nie baget bagus sangat nak bagi nasihat dekat aku , sibuk nak jaga tepi kain orang padahal dia yang sibuk mencanang perihal orang...kalau orang berkasar atau sindir menegur tahu pulak cakap kurang ajar.. macam dia sorang je betul.. Eeee rimas dan melemaskan betul...

Kalau boleh minta di jauhkan la ahli keluarga kita dari bersikap sebegini.. kalau boleh tak nak bertemu langsung dengan orang macam nie..boleh hilang sabar ow..


Moral of the story : Jangan kisah apa orang nak label kepada kita , nak mengata apa kepada kita.. kita lahir dekat dunia nie bukannya nak puaskan hati semua orang tapi apa yang perlu kita fikirkan , apa pandangan Allah pada kita.. kalau ada yang salah cepat² betulkan..orang nak atau tidak menerimanya x payah amek pusing..as long as Allah tahu niat kita....



17 comments:

Fariza said...

morak, sila tukar moral. ehehe. silap eja ea.
terima kasih info di atas.

Unknown said...

serba tak kena manusia ni..kan???
susah nak puaskan hati semua orang..

atuk said...

Assalamualaikum Amy

tak semua perfect

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabat..

apa yg penting, sebarang perilaku kita hendaklah seiring dengan islam agar kita tidak tergelincir...

Kakcik Seroja said...

Ramai manusia yang merasakan hanya mereka yang betul dan orang lain penuh dengan salah silap. Semoga kita semua mendapat hidayah dariNya.


Selamat berhujung minggu Amy. :)

dear anies said...

yg penting siapa kita di sisi-Nya

dwatyKNY said...

setuju... bukan dorg yang bagi kita makan... so, kenapa mesti nak puaskan hati dorg...

eima said...

kite tak perlu pikir ape org pikir ...just lakukan utk terbaik utk diri sendri

ozzy said...

memang rimas nak berdepan dgn org mcm ni tapi apakah org mcm ni boleh kita katakan ianya sebahagian drpd ujian Allah sepertimana entry amy sblm ini?
http://www.sinarraudah.com/2012/01/confused-orang-kecilkan-hati-kita-kita.html
bermakna kita x boleh kecil hati kan??..erkk saya mmg keliru lahh amy..atau saya yg x faham kut..

Semut Senyum said...

hidup ni sentiasa ada 2 pilihan, nak buat baik atau sebaliknya. kita bijak membuat keputusan. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia macam mana caranya? Itu lumrah alam. =)

psst : kalau boleh hati semua orng kita nak jaga kan,.

Mrs. Nisa DK said...

Setiap manusia ni memang macam2 feelnya dan kita sbg hamba Allah elakkan tidak termasuk dlm golongan tu, biarlah apa org nak kata, sebab memberi teguran dan nasihat sebenarnya tanggungjawab sesama Islam, nampak salah tegur, dia tak suka dia punya pasal, janji kita dah tegur dan lepas dah tanggungjawab kita.. Ingatlah perjuangan Rasulullah S.A.W, baginda sendiri banyak kali dicemuh, di hina apabila baginda menegur dan memberi nasihat semasa menyebarkan agama Islam, maka ambik ia sebagai iktibar, perkara baik yang hendak kita lakukan, akan ada banyak dugaan menguji kita...semoga sabar hendaknya..

Nur Hawa Mohd Zin said...

biasala kak...manusia ni kan ada nafsu dan keinginan sebb tu la tak pernah puas

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam amy..
betul tu.. pedulikan apa yg dilabel manusia ni..yg penting kita disis allah kan..
selamat berhujung minggu..

ErnieFaizal Siti said...

biasalah..lain padang lain belalang..masing-masing banyak expectation..kalau nak aman, kenelah amalkan give & take..tapi itu pun tak mudah sebenarnya kan?

Dee said...

setuju dgn kata2 sis..dh jumpa pun spesies yg mcm tu...jenis dia je yg betul..orang lain semua salah..dee hya mampu senyum dan gelak je..

eelobor said...

bukan senang tidak tepat sebenarnya kita tak mampu & tak berdaya....

Unknown said...

alahai.ni mesti ada terguris dgn seseorang..dulu masa kat opis lama pun kita ada gak bengang ngan sorang yg perasan bagus ni tapi bila difikirkan balik wat pe ambil pusing janji di sekeliling kita masih ada yg sudi berkawan dan berkongsi duka..tak ramai pun tak pe asalkan setia ^_^

*feel free to visit Manjadiri Home Beauty Salon*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign