1. Tutup periuk atau kuali ketika masak untuk mengelak kehilangan haba.
2. Pastikan kuali atau periuk yang digunakan cukup meliputi lingkaran tungku dapur. Jika anda masih nampak lingkaran tersebut terlebih daripada periuk atau kuali bermakna anda membazirkan tenaga dan memerlukan kuali yang lebih besar.
3. Cuba guna satu periuk saja. Stew, sup dan masakan lain hanya memerlukan satu tungku untuk memasak dan ia masih tetap enak dan memuaskan hati.
4. Sejurus sebelum masakan anda masak sepenuhnya, tutup suis api dan biarkan kepanasan pada kuali atau periuk meneruskan proses memasak.
5. Semakin kurang menggunakan cecair atau lemak untuk memasak semakin cepat tempoh memasak.
6. Cuba masak lebih daripada yang anda rancangkan dan bekukan dalam ruang penyejuk beku sebagai ‘makanan segera’ buatan anda sendiri.
7. Makanan berlebihan mengambil kurang tenaga untuk dipanaskan semula di dapur berbanding di dalam ketuhar.
8. Bagi yang gemar makan pasta, masak lebih kemudian tapis dan masukan minyak zaitun sebelum disimpan dalam peti sejuk. Jadi anda tidak perlulah merebus air semula.
9. Jika anda ada periuk tekanan itu sangat baik kerana ia sangat menjimatkan tenaga.
7 comments:
thanks for sharing sis.. good tips though
bagus tips ni..boleh amalkan.. ^_^
bila tenaga byk digunakan lapisan ozon dunia semakin menipis dan dunia semkain panas ........selain menjimat kan wang
Wah... banyak tips Amy ye. thanks dik...
byk petua yg boleh diamalkan pasni...
thanks for da tips..ina jrg masak letak penutup, bazir gas rupanya..nnt boleh cuba ^_^
*salam ziarah dari adlina putrajaya*
kena take note ni... :)
Post a Comment