Jan 16, 2012

Dalam hidup ini ada tujuh hal yang TIDAK BOLEH kita ubah



Dalam hidup ini ada tujuh hal yang TIDAK BOLEH kita ubah iaitu :

1. Jenis Kelamin dan Jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah alat sulit. Tetapi masih tidak mampu mengubah roh orang berkenaan. Lagipun hukumya haram. Terimalah diri seadanya samada lelaki atau wanita.

2. Ibu Bapa
Mesti hormat ibu bapa dengan apa cara sekalipun! Samada dia kaki botol, pelacur mahupun perompak, tetap kena hormat mereka. Cuma kita wajib memberi nasihat dan teguran tanpa henti.

3. Tarikh Lahir
Sudah ditetapkan oleh Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan sejak azali dan jangan sesekali kita menyesalinya.

4. Bentuk Fizikal
Jika rambut anda kerinting, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, kulit gelap, terima sajalah. Memang ramai yang ingin mengubah bentuk wajah mereka samada membuat pembedahan plastik mahupun mencukur kening, tetapi tetap nampak aneh dan tidak semulajadi.

5. Masa Lalu
Past is the past. Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk dijadikan sebagai pengajaran. Jadikan masa lalu sebagai batu loncatan untuk masa depan.

6. Kedudukan Dalam Keluarga
Kedudukan kita sebagai anak sulung, bongsu atau tengah, tidak akan dapat diubah sekalipun anda merasa beban memikul tanggungjawab sebagai anak sulung.

7. Suku Bangsa
Jangan menyesal jadi orang Melayu, Jawa, Cina atau India. Walaupun Melayu sering di'cop' sebagai pemalas, berusahalah untuk mengubah tanggapan tersebut. Perkara yang kita boleh ubah adalah cara kita berfikir. Jika berubah maka berubahlah hidup kita.




9 comments:

eelobor said...

No.8) Duit yang dah koyak, hilang separuh lagi. Kalau kita bawa ke kedai runcit untuk tukar dengan duit baru yang lain, nescaya tokey kedai akan hantuk ngan senduk kat kepala kita. hihihihihi

Kak Amy said...

@eelobor wakakakakakaka...tersenyum sorang kawe baca komen demo nie...

Unknown said...

KALAU BOLEH UBAH MASA LALU KAN BEST..HEHEH..TAPI TAKDE MASA LALU TAK DE LA AKAK YANG SEKARANG..:)

Kak Amy said...

@diana betul tue kak , kalau x de masa lalu x akan ada la kita yang sekarang....

kurus said...

suke entry nie dikk
kadang tuu x fikir punn ..
no 6 tuu x pernah terfikir pun .. hurmm sbb selalu konflik dgn adik beradik nie huhuh

Kak Amy said...

@ieda sabar ye kak semoga semuanya akan kembali jernih seperti dahulu...

Nur Hawa Mohd Zin said...

suke..suke..hehe

Sheherazade said...

betul tu,yg penting attitude kita blh ubah

dear anies said...

satu lg..suara kita..bleh berubah time skt tekak.. or pindahkn peti suara ttp ttp x asli..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign