Jan 18, 2012

Masalah sukar dapatkan zuriat



Definisi Ketidaksuburan:

Sekurang - kurangnya setelah setahun mencuba untuk hamil dan yang sering mengalami keguguran.

Untuk Hamil :-

1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya ( ovulasi ).
2. Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus ( rahim ).
3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.
5. Masalah yang menggangu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.

Kira - kira 1/3 kes ketidaksuburan berkaitan dengan wanita dan 1/3 daripada lelaki dan selebihnya adalah campuran faktor-faktor yang dikenalpasti.

Penyebab Ketidaksuburan:

1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan.
2. Tanda - tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.

Penyebab lain :

1. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis.
2 Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.

Selainnya umur, stress, pemakanan seharian yang tidak elok, latihan olahraga, terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan, merokok, alkohol, penyakit kelamin dan masalah kesihatan yang disebabkan hormon.


TIPS-TIPS DAN INFO UNTUK ANDA YANG INGIN HAMIL

1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan.
2. Sekiranya mengambil produk Kehamilan anda perlu ambil secara berterusan. Sekiranya anda ambil tanpa disiplin,mengakibatkan produk tak berkesan kerana badan anda sudah immune dengan produk tersebut.
3. Pengambilan pil kesuburan Clomid berterusan melebihi 6 bulan boleh mengakibatkan masalah bengkak   rahim
4. Niat dan focus untuk hamil, fikir positif, elakkan stress.
5. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.






9 comments:

Myra Jay said...

Yup setuju.. Setelah berusaha 2 tahun inginkan zuriat tapi belum menampakkan hasil :(
Sama-samalah kita berusaha ye :)


p/s : Nak minta tolong VOTE MJ di FB ye, TQ
https://apps.facebook.com/boniavalentine/?share=276694f128094ba57c7.46496071

Unknown said...

info bagus nie..anak harta yang tak ternilai...semoga yang belum dapat anak.akan dapat berita gembira selepas mendalami info kat sini..tq share..:)

arituarini said...

jika haid tk ttp..dan mkn provera secara brterusan selama 6 bulan ok ke?

provera juga utk kesuburan kan..dan utk lancarkn darah haid yg tk teratur..kompius?

Unknown said...

tips berguna

Unknown said...

USAHA DAN DOA TU YANG PENTING..KENA BERTERUSAN..:)

ozzy said...

Moga tips ni memberi manfaat dan panduan pada mrk yg blm dapat cahayamata

p/s- dah ada tanda² ke?

Ckin Kembaq said...

tak kawen gi..hehe tp boleh dijadikan panduan.. ^___^

eB said...

xper, cepat ato lmbt ttp ader. insyaallah :)
ps: eB bkn gi korea btl la yang. x mampu. kami ke CH jerk :)

☾SHiemaCMa786☾ said...

tq for tips..
semoga mereka yg berusaha dipermudahkan oleh allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign