Jan 20, 2012

Tips Memancing jodoh



Bagi mereka yang di saat ini masih bujang dan ingin segera menikah tapi belum dapat jodoh, di sini aku akan berikan sedikit tips menarik untuk anda semua...

Cara yang sesuai untuk memancing jodoh...Jangan ingat ikan saja yang boleh di pancing , jodoh juga boleh di pancing taw dengan beberapa cara untuk memastikan pancingan anda terkena tepat pada sasaran...nak tahu apa ikuti langkah di bawah..Insyaallah pasti jodoh anda akan segera tiba sekiranya anda melakukannya dengan ikhlas...

1. Perbanyak sedekah :: 
Perbanyakkan sedekah samaada untuk anak yatim , fakir miskin mahupun di masjid dan di tempat yang memerlukan bantuan..Tidak sedekah dengan wang , anda juga boleh sedekahkan dengan benda lain sperti barangan keperluan... Sebagai contoh baju lame² yang masih boleh di pakai , buku² rujukan sekolah yang sudah tidak di pakai lagi dan bermacam² cara lain yang kita boleh bersedekah...Niat bersedekah biarlah kerana Allah dan ingin membantu mereka yang memerlukan dengan ikhlas...

2. Rajin ibadah, baik sunnah atau wajib ::
Rajin menunaikan ibadah baik sunnah mahupun yang wajib..

3. Minta doa dari orang tua ::
Mohon kedua ibu bapa mendoakan jodoh untuk diri anda dan di temukan anda dengan jodoh yang baik..

4. Perbaiki sikap, perilaku, dan lisan ::
Perbaiki sikap , tingkah laku dan lisan anda sekiranya sebelum ini anda seorang yang tidak menyenangkan orang lain , selalu berkasar samaada dari segi percakapan mahupun perbuatan , keras kepala , baran x menentu dan sikap² negetif yang lain...Cuba ubahkannya ke arah yang lebih baik.

5. Memantaskan diri di hadapan Allah Azza wa Jalla ::
Sentiasa berserah diri kepada Allah dan perbanyakkan doa...

6. Minta pada Allah Azza wa Jalla ::
Berdoa agar di percepatkan jodoh dan di temukan jodoh dengan wanita atau lelaki yang soleh dan solehah.


7. Ikhtiyar semaksimal mungkin ::
Sentiasa berusaha dan berikhtiyar untuk menemukan jodoh yang baik.

8. Tawakkal kepada Allah Azza wa Jalla ::
Selebihnya berserah kepada Allah , jodoh itu ada..antara cepat dan lambat saja..jadi banyakkan bersabar


Semoga yang singkat, padat, dan jelas ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua.




4 comments:

Unknown said...

klu di amalkan ni leh kawen sorang lagi nih ..hihi joke jer

dear anies said...

setuju tp syg nyer ramai yg x buat / x sedar

KuNanGKuNanG said...

tip berguna ni tuk org cam sy yg blm bertemu jodoh ni...pertemuan tu ada tp xsampai ke tahap jodoh..

☾SHiemaCMa786☾ said...

tq for sharing this dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign