Jan 11, 2012

Cara mengesan Scammer Online



Nak membebel lagi boleh tak uolllssss.. di sebabkan post semalam , aku x nak la di katakan menutup periuk nasi orang..Mungkin cara aku sampaikan nampak umum tapi aku tidak bermaksud nak burukkan kedai online yang lain. uollsss..masih boleh bershopping di online shop dengan beberapa cara iaitu dengan mengesan seller itu mempunyai masalah dengan customer atau pun tidak..

Sesetengah online shop memang menjalankan perniagaan secara jujur.. Sangat tidak adil kalau kita menyalahkan semua online shop itu teruk..Bak kata orang jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga...jadi berbelanja la dengan bijak dan memilih seller yang betul² boleh di percayai...

Di sini aku ada sertakan beberapa langkah untuk anda mengesan seller² yang bermasalah. Just ikuti langkah ini jika anda benar² ingin shopping online.

1. Semak nama² seller shop yang anda ingin berurusan di SINI.. Sekiranya tiada pengenalan diri beliau maka anda selamat untuk berurusan dengannya...

2. Selain di forum lowyat anda juga boleh menyemak status seller di SINI...sekiranya nama seller ini tidak pernah di mention di page itu maka anda juga selamat berurusan dengannya..

3. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan uncle google dengan menaip nama seller atau page seller tersebut.. Dari situ kita boleh lihat samaada page itu bermasalah atau tidak

4. Sebelum membuat apa² pembelian , cuba lihat komen dari customer sebelumnya yang pernah berurusan .. cuba ajukan beberapa soalan kepada mereka..Insyaallah x ada seorang pun akan marah kalau niat kita bertanya untuk kebaikkan.

5. Make sure sebelum membeli minta butiran lengkap seperti no ic , alamat , no telifon atau apa saja yang dapat membantu anda sekiranya berlaku penipuan.

6. Jangan sesekali mempercayai seller yang menjalankan pre-order dalam tempoh yang terlalu lame dan jangan sesekali anda menyerahkan deposit kepada mereka...

7. Cuba semak status seller sebelum ini , adakah ada respon yang baik atau sebaliknya.. sekiranya nan adoo je anda masih berpeluang untuk tidak berurusan dengannya

8. Perlu di ingatkan setiap seller online harus mempunyai lesen perniagaan yang sah ( SSM ) anda boleh check status company itu di SINI..

9. Sekiranya seller tidak mahu berurusan melalu fon call atau lebih mudah sms aje , anda masih belum terlambat untuk melupakan hasrat anda untuk membeli dengannya.

10. Cuba ajukan pelbagai soalan kepada seller , kalau boleh secara terangan..bukan melalu peti mesej...


Selamat bershopping online tanpa rasa takut...






11 comments:

Kakcik Seroja said...

Setakat ini, seingat kakcik selain dari membuat tempahan tiket kapalterbang, kakcik belum pernah membuat pembelian atas talian. :)

atuk said...

Assalamualaikum Amy

terima kasih Amy

Sheherazade said...

waaa,bgs tips ni

kena berjaga2 kan dear ;)

Salina@IbuAqil said...

Yelah Amy, lepas ni kene siasat betul2 dulu supaya jgn tertipu.. Tp x semuanya niat x baik kan dik.. Biasalah tu.. Kalo meniaga kat kedai pun kadang ada yg lurus ada deme yg x lurus.. Jual brg2 x berkualiti.. ;)

Puan Besar Shag Yahaya said...

Alhamdulillah semua kedai online yg Shag pernah berurusan semuanya tip top. Hihi ;))

|| NaFiRaa || said...

tips yang bagus nih.. saya pon suka shopping on9..alhamdulillah setakat nih belom jumpe ngan peniaga yang penipu..

Anum said...

thanks for sharing

☾SHiemaCMa786☾ said...

xpe amy..entry smlm tu hanya sekadar luahan..mmg betul pun kan..

insyallah..tq for sharing this tips!

Sarah Syazwani said...

hmm..tq for the info..selama ni selambe je beli on9..nasib baik semuanya yg jujur2 belaka..kalau yg kene tipu org..aduhaiii..

eB said...

perbnah skali jerk wat online. len2 x mo dh sbb dpt brg len color. hu3

munna said...

munna selalu juga beli online..setakat ni alhamdulillah tap pernah di tipu lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign