Jan 20, 2012

Confused : orang kecilkan hati kita , kita pulak yang berdosa



I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then A asked B what’s that mean.

Si A  : Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia , kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

SI B : Uiikk...Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa² pun?

SI A:  Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

SI B : Blurrr..blurrr

SI A:  Kenapa kita di hina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

SI B : Ooooooo...Ook...

SI A : Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan² kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

SI B : termakan cili..alamak rase pedas...

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati... Maknanya kita tak redha dengan Allah...Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah.


note : "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."









13 comments:

kasihibu said...

TQVM....atas entry ni

eelobor said...

ooooooooo...... panjang deh o tuh

cheqna said...

thanks 4 sharing this =)

Kakcik Seroja said...

Kita selalu memikirkan kecil hati kita, kecil hati orang jarang kita nak ambil tahu...

faraherda.razalan said...

Tapi manusia kan tak sempurna....

=(

aanie said...

ala, confius jugak ni.....huhu..

☾SHiemaCMa786☾ said...

ade terbaca psl ni..mula tu confudes jugak..last baru faham..tq for sharing.. :)

Nadyahoney said...

mohon share..

Marina said...

ooo..macam tu ek? marina kadang terkecik hati gak kalau orang menghina...sadiss je tau..

Cik Ecah said...

nice tazkirah di hari jumaat :)

zety said...

betulakah begitu?

nak tahu bagaimana kesahihannya diambil kira

ozzy said...

Saya mmg confius..

Islam tidak menggalakkan umatnya menghina atau mengeji/perkecilkan sesiapa..sepatutnya ia harus dihindari dan kita perlu ingat bentuk hinaan dan cacian itu biasanya adalah dari bisikan syaitan bukannya peringatan dr Allah..subhanallah
Islam mengajar kita mengingatkan org lain dlm bentuk nasihat & kata² yg baik tidak sesekali dalam bentuk hinaan atau cacian.
Mungkin perkara ini agak subjektif tapi pada saya, saya tetap berpegang pada prinsip Islam tidak mengajar umatnya untuk menghina orang lain barulah seiring dengan ungkapan Islam Itu Indah.. wallahualam.

mamawana said...

Kalau Si A selalu berbaju ketat dan berkain jarang ke ofis.

Si B menegur "Tak cantik or Tak manis" berpakaian begitu.

Mesti Si A rasa terhina (tak sedar dia sedang berdosa krn tidak menutup aurat dgn sempurna). Pernah terjadi si A jerkah balik orang tu. " Kau ingat kau tu bagus sangat ker? Alim sangat ker? Errkk..!? (Mungkin ada malaikat mencatit dosa ketika amukkan Si A)
Si A bleh dapat dosa.... Si B kena lebih berhemah ketika menegur seseorang.

Gitu gamaknya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign