**Artis popular di dakwa gugurkan kandungannya yang dah berusia 2 bulan. Beliau di dakwa telah membayar sejumlah Rm4000 kepada doktor di klinik bersalin terbabit untuk merahsiakan perkara ini.Pasangannya di dakwa enggan bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Siapa? apa sebenarnya? Ikuti ??? di ??? ini 9 malam...**
************************************
Pendapat aku la kan x sepatutnya pihak berkenaan membuka aib orang. Tambahan pula ini bulan Ramadhan. Hormat la sikit! Aku tahu salah memang tetap salah tapi siapa kita nak menghukum. Fikir satu je macam mane kalau satu hari nanti ia terjadi dekat ahli keluarga kita. Adakah kita boleh terima sekiranya ada pihak membuka aib kita. Sudah tentu tidak sanggup kan!Ingat hukum karma beb!
Ini sekadar pandangan aku kalau ada pihak yang kurang senang aku mohon maaf. Post ini bukan nak berpihak pada artis terbabit tapi sekadar mengingati sesama kita. Terutama bagi pengomen² tegar bagi isu hot macam nie. Ingat wei nie bulan puasa. Puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga tetapi segala perbuatan dan percakapan juga harus berpuasa. Jadi elakkanlah dari berkata perkara² yang tidak baik. Sama² kita doakan semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini artis terbabit di beri hidayah agar bertaubat kerana pintu taubat di buka seluas²nya di bulan yang mulia ini..
26 comments:
Hmm,kalau dah tahu tu diam diam jela ..Tak elok aibkan orang lain.. =..="
tak baik mengaibkan orang..kesian pada keluarganya , mereka tidak bersalah..
hurm...x reti nak menghormati bulan ramadhan
kalau terjadi pada orang2 yang berhampiran baru tahu agaknya apa perasaan jika aib dibuka sebegitu...
errr..ayat agak tunggang langgang sebab cheqna pening..=(
ye la kan.. apa je perasan orang tue bila aib dibuka..
Membuka aib orang lain nescaya Allah swt akan membuka aib kita pula.. Tak baik sggh lah..
laa sapa la tu
macam-macam la cite artis ni....masing2 berlumba nak malukan orang....
hurm macam2 hal. yang komen tuh pon tak agak2 nak jaga bahasa
skrg ni gugur ni mcam mainan jer... dh tak ingat dosa pahala...
Na'uzubillahiminzalik.
Tak tahu kakak nak kata dah Amy. Moga kita tahu bahawa hukum Allah itu benar....
Assalamualaikum Amy
Subhanallah
Wassalam
macam macam kes sekrang ni..
yeke kak... errmmm.. semoga dia diberikan hidayah untuk bertaubat.. aminnn..
rindu akak...
kiter dah ada rabbit, tak yah susahkan akak bagi lagi..hehehe...
haishhh..dunia2..=='
Tiba-tiba teringat kes Dang Suria yang bercerai di bulan Ramadhan dulu...
tak perlulah membuka aib orang
nauzubillah...
nasihatkan dia lebih baik daripada kutuk..kan.kan..hehe
no komen
amy, leh bagi address amy dak?
send kat email akak yer
(cilo_wan@yahoo.com)
tq
sokong per yg akak sinar raudah ckp..:)
sapela artis tu ekkk
kalau betul lah cite ni..memang si dia seorang yang kejam...
akak setuju .. mereka memang salah dan berdosa .. tapi tu hal dia .. kita yg aibkan mereka pun dah terima dosa juga .. huhuh
adakalanya kita x sedar dikk .. benda2 mcm nielah yg mengunda dosa huhuh
betul tu,tak yah nak komen leebih2..diamkan aje..artis pun manusia jugak
Post a Comment