Aug 1, 2011

Biar miskin harta , jangan miskin jiwa


Salam perkongsian...

Ramai orang tidak dapat membezakan antara keseronokkan dengan kebahagiaan dan ketenangan jiwa. Atau mungkin mereka tidak pernah menikmati kebahagiaan , sekalipun seringkali mengecapi keseronokkan.Begitu ramai penghibur bertaraf lima bintang yang berjaya menjadikan ribuan peminatnya bersorakkan gembira apabila melihat pertunjukkanya tapi diri dia sendiri tidak bahagia.Maka tidak hairanlah jika ramai artis ternama terlibat dengan dadah dan hidup dalam tekanan.

Sesungguhnya keseronokkan bukan semestinya kebahagiaan atau ketenangan jiwa. Sesiapa yang kita lihat Allah swt tidak merezekikan kepadanya keseronokkan atau kegenbiraan tertentu, bukanlah bererti Allah tidak memberikan kepadanya ketenangan jiwa.Maha luas kurniaan Allah swt, betapa ramai orang yang kurang harta dan rupa tetapi lebih bahagia daripada yang hartawan dan rupawan.

Bukan semestinya seorang raja , presiden,perdana menteri dan menteri itu lebih bahagia perasaan dan jiwanya dari seorang guru yang tidak di pagari pengawal, tidak di kenali ramai melainkan anak didiknya yang masih mentah dan terpencil.Entah berapa ramai mereka yang berjawatan besar itu yang jauh lebih serabut perasaan dan jiwa mengenangkan masa depan kedudukan, pengikut dan nasibnya.

Lebih daripada keserabutan ribuan manusia yang lain.Mungkin meja makan orang besar itu hebat.layanannya istimewa, makanannya mahal, tempat tidurnya enak, kenderaannya mewah, sorak sorai untuk meriah tetapi kebahagiaan dan ketenangan jiwanya belum tentu muncul di celahan itu semua.Bahkan berapa ramai manusia dalam dunia ini yang Allah swt azabkan menerusi harta dan anak pinak mereka.Oleh itu janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak² mereka kerana sesungguhnya Allah hanya mahu menyeksa mereka dengan harta dan anak² itu dalam kehidupan dunia.

Islam bukan memusihi harta ,tanpa harta bukan punca sebenar ketenangan jiwa...



Perkongsian dari sumber bacaan...




11 comments:

Scha406 said...

gud n3 Amy..i really like it!

Unknown said...

salam ramadhan utk kamu amy..

sebenarnya antara keseronokkan kebahagian dan ketenangan jiwa..
kak lebih suka dari sudut yang menyenangkan jiwa..
rasa damai..
rasa tenteram
tak tertekan

moga2 kita sentiasa diberi ketenangan dariNya

deqlis said...

setuju2x....jiwa bahagia + tenang itu amat2 ternilai dari kaya harta + keronokkan dunia yg sementara.....

singgah sebelum nk Zzzzz nie..bangun sahur pukul berapa nanti?

zulkbo said...

salam..
bersyukur dengan apa yang ada sekarang walau belum kepuasan sebenar,lumrah duniawi.lagi di kejar makin tak puas,jadi berpadalah apa yang ada..
:)

☾SHiemaCMa786☾ said...

perkongsian yg sungguh bermakna..
terima kasih amy~~

eima said...

makin besar pangkat ..makin besar hutang nye ....

sahromnasrudin said...

kadang2 kita tertekan kerana berusaha untuk menyelesaikan masalah org lain..

trime kasih atas perkongsian

ahmad humairi said...

Salam Ramadan Al Mubarak,
Selamat berpuasa,
dan selamat menyambut hari raya,
Maaf Zahir dan Batin.

exora said...

hi amy...
ketenangan n kebahagiaan bknnya dari keseronokan hidup atau kekayaan..
ramai yg hdp dlm populariti tp hakikatnya mereka xda ketenangan n kbhgiaan...
bersederhana itu lebih indah...

shahrilhakime said...

errrr...awok tersilap komen pulak....patotnye komen awok kat bawah tu....kat sini....

awok setuju beno dengan entri mike ni cik Amy..... dunie kite kejo...akhirat kite jinjing.....kene belen......

Sheherazade said...

setuju sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign