As'salammualaikum..
Malam nie aku menerima satu perkhabaran yang kurang baik. Selepas solat isyak tadi aku menghabiskan masa dengan membaca Al Quran sementara menunggu en.hubby pulang dari masjid. Tiba² telifon aku berdering dan melihat pada nama tertera ternyata salah seorang pekerja aku yang membuat panggilan itu. Lalu aku menggangkat panggilan tersebut dan kedengaran suara sayu² dengan bunyi keadaan sekeliling yang agak riuh rendah beserta dengan bunyi tanggisan.
Dengan suara yang tersekat² , pekerja ku cuba menceritakan apa yang terjadi. Dia bersama keluarganya di timpa musibah. Rumahnya terbakar , habis semuanya ranap. Sekarang tinggal sehelai sepinggang tapi mujurlah anak² serta isterinya selamat. Aku yang mendengarnya terkejut dan simpati sangat!! Menurut kata beliau punca kebakaran di sebabkan litar pintas dan sekarang beliau sekeluarga di tempatkan di sebuah dewan. Alhamdulillah penduduk setempat sangat prihatin. Sekejap je bantuan di hulurkan samaada dari segi makanan , pakaian dan kewangan.
Aku terasa sedih sangat. Nak menziarah bukannya dekat tambahan pula semalam aku baru balik dari Ipoh dan baru saja berjumpa dengan beliau. Pape pun bersyukur kerana isteri dan ke lapan² anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan. Rumah musnah x mengapa janji anak² serta isteri selamat. Aku sebagai majikannya akan cuba membantu sedaya yang boleh.Sedih dan sayu hati. Siapa sangka dalam kita sibuk menghitung hari untuk menyambut aidilfitri ada yang di uji sedemikian rupa. Jadi sama²lah kita beringat dan muhasabah diri.
14 comments:
syukur lah semua selamat..
wah,,harap2 dia redha dengan ujian bulan ramadhan ni yer =]
Semoga mereka yang diberi ujian dgn ditimpa musibah itu, akan lebih tabah dan bersabar...
setiap kejadian ada hikmahnya. simpati apa yang terjadi pada pekerja amy & keluarganya.
Takziah kepada mereka yang terlibat..
Moga ada rezeki yang melimpah ruah datang kepada mereka selepas ini,
Amin..
tumpang simpati.. semoga dia tabah menghadapi ujian ramadhan ini..
siannyer kt diorang...nasib baik xder nyawa yg terkorban
sedihnya, lagi-lagi nak raya ni kan..
salam amy
dugaan beliau di bulan ramadhan ni
semoga mereka sekeluarga tabah.
alhamdulilah..nsb baik ank dan isteri selamat..tu yg penting
Assalamualaikum Amy
moga beliau dan amy dipermudahkan dlm semua urusan
Wassalam
Alhamdulillah....xde nyawa yang menjadi korban....
dugaan dah nak raya plak ni. takpe la yg penting syukur semuanya selamat
ya Allah,semoga mereka tabah
Post a Comment