Duit raya yang sudah siap di tukarrr!!!
sapa nak duit raya meh datang rumah kita ye hehe....
Selamat pagi..
Semakin hari kita semakin berada di penghujung ramadhan. Sekejap je masa berlalu kan! Pasti ramai yang tak sabar untuk menyambut hari raya terutama sekali kanak² la. Apa yang membuatkan mereka tak sabar nak beraya. Bukan kerana nak pakai baju raya dan bukan juga kerana nak makan biskut raya tapi kerana duit raya. Zaman kanak² la yang paling seronok. Bila time raya memang best! tambahan kalau pak sedara yang jenis kasi duit raya merah² tue.Memang best kan!
Cerita pasal duit raya nie! aku rasa minggu nie bank² semua dah mula sesak dengan orang. Bukan sesak berbaris nak keluar duit tapi sebab semua dok pakat nak tukar duit raya. Nak pulak kalau time tu orang dapat bonus, maka lagi ramai la yang menuju ke bank. Kalau selalu berbaris hanya dalam bank saja tapi kali nie mungkin orang berbaris sampai ke luar bank.Itulah penangan hari raya..
Ok untuk peruntukan duit raya pula tahun nie sama saja seperti tahun² sebelumnya.Kami seawal lagi dah siap tukar. Mujurlah en.hubby bekerja di bank so tidak menjadi masalah la untuk tukar duit raya.Tapi yang kelakarnya duit raya tahun lepas pun masih ada bakinya. Cam ner tue!Nampak sangat kanak² yang bertandang dekat rumah tidak ramai. Al maklum la rumah bonda kan taman jadi kebanyakkan jiran tetangga semuanya pulang ke kampung. Sedih! Itulah bezanya beraya di kampung dan di taman perumahan.Beraya di kampung memang cukup meriah.Kuala Lumpur yang sesak dengan kenderaan pun boleh jadi lengang dik kerana semua penghuni kotaraya pulang ke kampung..Huwaaa!!! rindu saat beraya di kampung.
16 comments:
amy, kalau duit raya by pos aci dok??
hehehe
banyaknya duit!!
Akak..jangan lupa bagi duet raya kat Suya.. hehehe Baru la habis duet raya yang tinggal tahun lepas tu.. Suya pun dah tukar duet raya.
akak tukar kan utk org , akak puna terlupa huhuhu
wahhh...nk note 50 sekeping..hehe..
Wahhhhhh banyaknya duit rayaaaaaa ! Kite baru nak tukar.. :) Nak jugak ! =D
Psttt ! entri tu akan ada tittle kalau view whole page kalau view 1 entri jer memang tak appear..Tak taw nape :( Amy boleh tolong ker? Hehe
Duit raya orang jangan lupa pulak..nak yang note rm50 tue hehehe....
raye di kampung paling indah...
banyaknyeee! nak duit raye kaler biru yg sblh kiriii tu bolehhh?hehe.
Salam sis..
Saya pun nak duet raya jugak! huhu..
Maka nak minta jasa baik & sokongan sis sikit boleh? Lawati link di bawah & vote di bahagian poll & comment (cari responses ke-36) untuk laman qamarguyz.blogspot.com - Aksara Cinta Ilahi.. ‘Tinta hamba..menuju Yang Esa’..Thanz yer =)
http://komuniti.2dayblogger.com/undian-tagline-blog-terbaik-2011/
wah meriahnya dengan duit raya..jeles, kita belum tukar lagi..mungkin esok ler kott
saya nk not 50 tuh barang 3-4 keping bleh? hihihi
duit raya untuk akak ada tak? ;p
wah..banyaknya duit raya....note 50 pun ada jugak...menarik betul...
dear nak juge,hehe
Post a Comment