Selamat pagi..
Hari nie sudah hari ke 18 kita berpuasa. Radio pun dah mula putarkan lagu raya. Perasaan untuk menyambut Aidilfitri semakin terasa. Masing² sibuk membuat persiapan. Mane yang bekerja di ofis tue dah mula menunjukkan rasa malas. Hati dah fikir nak raya je! Sana sini orang dok perkatakan pasal raya. Baju raya , duit raya , kuih raya , langsir raya dan cuma satu je yang jarang kita dengar iaitu kad raya.
Sekarang ni orang lebih suka menghantar ucapan melalui sms , email mahupun di laman sosial. Jarang dah kita dapat lihat orang menghantar kad raya. Kalau ada pun boleh kira berapa orang je.Dalam 1o mungkin seorang je yang berbuat demikian. Korang pulak macam mane. Adakah menghantar ucapan melalui sms , laman sosial ataupun masih mengunakan kaedah menghantar kad raya sebagai ucapan di aidilfitri buat rakan taulan mahupun sanak saudara.
Bagi aku pulak masih menggunakan kaedah menghantar kad raya. Tue lihat kat atas tue ada beberapa keping kad raya yang akan di pos hari ini. Tapi mane yang tak sempat atau terlepas pandang , aku akan hantar ucapkan melalui sms ataupun di laman sosial. Janji kaedah lame still aku gunakan. Kalau tidak semakin di lupakan pula. Kad raya dan ucapan moden sangat berbeza. Feel tue x sama! betul tak..
Note:
Hadiah pemenang contest masih belum di kirimkan
minta kepada yang berkenaan menghantar alamat ASAP.
TQ!
8 comments:
tak kisah mana2. asalkan org bg ucapan, tuh tanda dia igt kat kita =)
Nak jugakkk kad raya... :)
Betul tu kak, kad raya sekarang dah semakin dilupakna..
Hope anak2 warisan tak melupakan kenangan nie kan..
Memang la kad raya lebih best..tapi sekarang ni kalau dapat SMS pun dah kira beruntung dah...hehehe
tetap dengan kad raya..tak best la wish2 guna laman sosial ni..tapi takder orang mau bagi saya kad raya..huhu
Assalam..
Betul tu..kalau guna kad lebih terasa tapi kalau sms rasa mcm ucapan biasa je..
sms or fb/twitter je boleh?? huhuhu
mesti sorang yg special dpt kad raya dr amy tuu. Panglima hantar kad elektronik ajer...melalui email. :)
kat laman sosial je sekarang ni
rindu zmn kad raya
Post a Comment