Aug 24, 2011

Pelaburan yang bijak dan menguntungkan


As'salammualaikum...

Mulakan hari anda dengan senyuman walaupun hari nie perut aku agak meragam dik kerana ubat gastrik yang telah kehabisan stok. Maka dengan itu semalaman aku menanggung sakit perut yang amat sangat. Inilah penangan makan colek buoh. Sapa suruh makan x hingat dunia sekarang terima la padahnya huhu..

Hari nie aku bukan nak story pasal colek buoh , sakit perut mahupun gastrik tapi aku nak story pasal perancangan aku untuk tahun hadapan. Korang pulak macam mane dah ada perancangan ke atau segala yang di hajatkan semua telah tercapai tahun nie.Bagi aku ada 2 perkara saja lagi yang tidak tercapai dalam tahun nie. Satu tue mungkin akan tercapai sebelum hujung tahun dan yang satu lagi tue masih main tarik tali lagi. Jadi di sebabkan masih belum tercapai sepenuhnya , maka perancangan itu akan di bawa ke tahun hadapan.

Perkara pertama yang harus aku fikirkan adalah soal kerja. Samaada aku ingin meneruskan bisness ini secara aktif atau kurangkan mahupun aku berhenti saja. Bukan apa dah ramai yang bertanya pada aku , terutama sekali ahli keluarga la. Sampai bila aku nak jaga bangla nie. Kadang kalau di fikirkan balik betul juga , jaga bangla ni bukan suatu perkara yang mudah. Mental dan fizikal kena kuat. Jadi sebelum aku melepaskan segalanya , aku perlu buat persediaan untuk ekonomi aku yang akan datang.


So terfikir la untuk lebih aktif dalam dunia pelaburan.Kerana bagi aku dengan pelaburan yang bijak , ia sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi kita untuk masa yang akan datang. For example seperti pelaburan rumah. Harga rumah semakin hari semakin meningkat naik. Kalau dulu kita beli rumah bawah 100k dapat teres 3 bilik. Ruangan pun luas tapi sekarang tak dapat dah , nilai rumah tue pun dah meningkat mungkin ke 150k atau lebih dari itu.Tapi apa yang pasti harga rumah untuk 100k memang dah x pandang sekarang nie.So sangat berbaloi kalau kita buat pelaburan pada rumah. Kalau tak nak di sewakan , kita boleh jadikan homestay. Still mendatangkan keuntungan kan.


Kedua pelaburan emas. Kalau dulu aku nie paling x suka la nak beli barang kemas. Kalau ada pun cukup la yang nampak comel² gitu pada diri aku.Tapi berbeza sekarang nie , aku dah mula gilakan barang kemas. Bukan untuk di peragakan pada tontonan umum tapi kerana nilai emas tue semakin melonjak tinggi. Kita boleh lihat sendiri dalam tahun nie saja harga emas tidak pernah jatuh lagi , malah peningkatannya semakin mendadak sehingga kini. So sangat berbaloi la kalau kita memilih emas sebagai salah satu pelaburan yang menguntungkan.


Ketiga pelaburan dalam unit amanah saham. Sekarang nie banyak bank yang menyediakan perkhidmatan untuk pelaburan. Cuma antara kita bijak dan tak bijak je untuk memilih tempat yang sesuai untuk melabur. Sebagai contoh melabur di bank rakyat sangat berbaloi dengan jumlah dividen yang mengatasi bank² lain. Kedua bank persatuan kerana bank persatuan adalah bank koperasi kedua selepas bank rakyat. Maka konsep dan sistemnya lebih kurang sama dan pulangannya pun sangat memuaskan hati.Selain itu kita juga boleh membuat pelaburan di ASB , insurans , kwsp dan banyak tempat lagi yang memberi pulangan yang menguntungkan kepada kita.

So inilah perancangan aku untuk tahun hadapan. Kalau orang lain berlumba nak beli kereta baru , perhiasan rumah baru tapi tidak bagi aku. Korang pula bagaimana.......









24 comments:

si cantik sally said...

wah!! gile masyukkk.. saye pon ingat nak buat pelaburan tapi tu la lom tukar ke akaun dewasa agi..ntah bile nak buat..>_<

Anum said...

bestnya... insyaallah akan tercapai

aanie said...

beli rumah untung skrg...sy pun dlm proses nak beli rumah....sebab harga sewa lebih kurang je harga yg kita bayar loan bank..huhu....

Kakzakie Purvit said...

Kakak ada rumah tapi tak mahal Amy sebagai cagaran utk masa depan juga. Semua kakak sewakan. Kalau di JB rumah utk disewakan ok juga. Lagi pula kakak kerja swasta, anak-anak pula masih panjang utk belajar. Ekonomi kena kukuh....

Perabut/perhiasan rumah kakak tak ada betul kakak cakap....

Unknown said...

rancang nak beli rumah...tapi terpaksa fikir2 dulu sebab harga rumah makin mahal! kalau buat pinjaman agaknya sampai tua baru habis...

echa takashimaya said...

tapi tapi tapi nak buat pelaburan kene ade modal dulu kan.hmmm

Panglima7 said...

Assalam Amy. Panglima pun memang nak melabur. Itu hari nak buat pelaburan di Bank Rakyat, last2 dengar citer dah pun tutup..huhuhu tak berkesempatan. Belum dikurniakan rezeki lagi.

sahromnasrudin said...

harga emas mmg sgt mengejutkan kan huhuhhhh

Kakcik Seroja said...

Kakcik tiada perancangan lagi setakat ini. :(

me suya said...

betul2.. Rumah tu belum mampu la Suya nak buat kak. Tapi emas, Suya dah memang start beli dgn gaji pertama.. biar la kecik2.. Hehehe NAk pulak sekarang kerja deal dgn emas.. mmg hari2 kena check harga emas.. ASB pun suya buat.. tapi sekadar simpan duet raya la..yg dulu2.. nt nak tambah jugak la bulan2

kurus said...

bijakkkk bijak .. memang bijak :)

Baiz Mamat said...

jaga bangla?saya pun jage bangla gak..hehehe..tapi dorang dengar kate..

Anum said...

yezaaaaa
anum setuju dengan pelaburan emas

☾SHiemaCMa786☾ said...

kita sama..cma pun dlm proses itu..
(pelaburan perumahan)

Fazleyatul Aini said...

setakat ni saya beli emas je la. itu je yg mampu. nak beli rumah, tunggu kawen.kikiki

Unknown said...

betul tu.. rumah tu harta plg penting.. :)

Sheherazade said...

Utk masa hadapan ;)

PearlKaz said...

bagus2.. ketiga2 perkara tu pernah disoal oleh kawan.. yg pasal pelaburan emas tu pun baru minggu lepas kawan tanye kalo berminat. tp sy masih fkir2kan lg... uhuhu..

Unknown said...

beli emas memang berbaloi2 kan...

akak sempat beli emas pada harga 1gm RM170, sekali minggu berikutnya akak dengar dah naik 1gm RM190. Sekarang dah RM200 kan..huhu

cik kartun said...

belum bekerjaya nk kumpul pape aset hehehe

zulkbo said...

salam..
ermm..jangaan lupa bayar zakat harta
dan zakat emas..melainkan di pakai di badan :)barang kemas tu..

exora said...

buatla pelaburan dinar emas yg jual kt klntan tu...untung sgt2, sy pun blum beli lg..dok hbs kt mende lain jer..

Ibu Amani said...

skrg ni pon sy tgh dalam proses beli rumah....harga sewa umah mahal...baik beli je...huhu

dhiera zainudin said...

beli rumah memang berbaloi. ayah saya beli rumah kat puchong dl rm30k++. sekarang ni ayah saya nak jual rumah tu, harga dah jadi rm180k~ 6x ganda..

pelaburan emas pun ok. tp klo saya lg suka kan silver investment. modal kecil tp untung agk tinggi.

main saham pun ok~ baru ni ayh saya jual saham cimb untung 199%. itu pun sebab orang yg uruskan macam malas2 sikit. klo dapat agen bagus, boleh dpt untung 200-300%~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign