Aug 9, 2011

Ramadhan bulan mengejar pahala atau mengejar wang?



Salam Ramadhan yang ke 9 dan salam perkongsian untuk semua. Selamat menjalani ibadah puasa. Bercerita tentang bulan Ramadhan, memang banyak perkara yang boleh di kongsikan namun bukan bermaksud untuk memandang redah atau merendah²kan sesiapa jua tapi sebaliknya hanya sekadar berkongsi agar kita semua tidak lupa hakikat sebuah kehidupan di dunia ini.

Bulan Ramadhan memang bulan rahmat bagi sebahagian besar dari kita, tidak kira samaada yang berniaga makanan dan minuman, membuat kuih atau biskut dan juga tempahan untuk membuat baju raya. Kearan keuntungan yang di perolehi sepanjang bulan Ramadhan ini boleh di katakan lumayan.Alhamdulillah betapa murahnya rezeki bulan Ramadhan.Tapi lebih baik dan lebih bermakna lagi jika sepanjang Ramadhan ini kita penuhi dengan amal ibadah tanda kesyukuran kita pada yang maha Esa.Banyak amalan yang boleh di lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini dan salah satunya solat terawih yang tidak terdapat pada bulan lain.

Walaupun solat ini sunat namun selepas berlalunya Ramadhan kita tidak lagi berpeluang untuk melakukannya.Malah peluang untuk tahun yang seterusnya juga belum tentu ada.Jadi rebutlah peluang untuk melakukan solat terawih, tidak kiralah berapa jumlah rakaat yang mampu kita lakukan dan yang penting kita sudah laksanakan.Jika banyak rakaat kita lakukan maka banyaklah pahala yang kita dapat, insyaALLAH.

Jangan jadikan urusan berniaga sebagai penghalang untuk melakukan ibadah.Janganlah kerana letih berniaga sehingga tidak mampu untuk solat terawih.ALLAH suka orang yang berniaga sebab ia satu usaha yang mulia di sisi islam, namun balaslah kenikmatan yang ALLAH kurniakan itu dengan amal ibadah.Andai kata urusan berniaga itu menghalang solat atau beramal, maka kita perlu menguruskan masa dengan lebih cekap.

Begitu juga bagi mereka yang menerima tempahan kuih dan baju raya. Pendapatan yang di jana sepanjang bulan puasa tidak kurang hebatnya.Tidak hairanlah selepas berbuka puasa terus bergelumang dengan bahan² untuk membuat kuih bagi memenuhi segala tempahan. Selalunya hampir subuh baru siap dan setelah bersahur barulah mereka tidur.Begitulah keadaannya sehingga menjelangnya hari raya..

Jadi timbul persoalan di minda, apakah sebenarnya yang kita kejarkan sepanjang bulan Ramadhan ini? Beramal atau mengumpul keuntungan?mengejar pahala atau mengejar wang? jadi sama²lah kita fikirkan.

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? kerana kita cuma ada satu persinggahan" renung²kan dan selamat beramal..-sumber bacaan




15 comments:

sahromnasrudin said...

SEMOGA KITA SEMUA ISTIQAMAH DALAM MEMBUAT AMALAN DI BULAN MULIA INI

Fazleyatul Aini said...

di samping menambah keuntungan, jangan lupa menambah keredhaan dan keberkatan dari NYA. peringatan untuk diri sendiri jugak. huhu

Anum said...

terima kasih atas perkongsian ilmu

Kakzakie Purvit said...

Allah beri pilihan pada diri masing-masing cari yang terbaik demi kebahagiaan dunia dan akhirat...

Hafizin Jamil said...

kejar pahala tetapi jangan biarkan wang berciciran..blh ke macam tu?

ozzy said...

Assalam..

Memang betul rebutlah peluang untuk mengerjakan solat terawih tu sbyk mungkin krn ia hanya ada dlm bln ramadan ini.

Tieah Madian said...

Betul gak kan.. Tapi tabik kat orang yang buat makanan kat bazaar dengan sedap pastu boleh plak tunaikan solat terawih di malam hari.. Ngee :)

*Tapi kadang2 tengok kat bazaar jam 1 gitu dah sibuk kat bazaar.. Yang malu tengok bila Jumaat, yg lelaki tu nampak tak pegi solat jumaat.. Malu eh..


Entry Terbaru : Nota Tun Dr Mahathir Bertajuk "Menghancurkan UMNO"

aanie said...

dua-dua peluang terbaik kita masa bulan ni....tp pandai2 la kan...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kene pandai seimbangkan kedua nye...
wallahualam...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Kedua2nya mmg penting buat kita...maka biarlah dlm mengajar keuntungan,amalan2 tuk mendptkn pahala tidak diabaikan.

BeloG MTT said...

Biar lah berjalan seiringan..Jangan ada yang terlebih mahupon terkurang.. Boleh cmtu tak? Hehe :)

Thanks for sharing this Amy :)

me suya said...

yakin setiap bulan pun ALLAH bg kita rezeki..cuma mungkin bulan ramadhan ni lebih sikit kot.hehehe rajin2 beramal la kan kak :)

eB said...

smthng utk difikirkan kan?
ps: jadik ker nk wa5 header?

zaidah said...

seeloknyer kita mengambil kesempatan bulan ramadhan mengumpulkan pahala...di samping menjana pendapata...dua2 kena seiring....

Sheherazade said...

bulan ramadhan yg mulia ni,ibadah yg kena di utamakan :)

semoga istiqamah ke bln2 yg lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign