Aug 1, 2011

Tiada lagi jalan terbaik buat Khairul Fahmi Che Mat dan Aimie Harmelia jejari runcing




Selamat berpuasa semua..

Pasti ramai yang telah mengetahui tentang kemelut yang melanda penjaga gol no 1 negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra di panggil Apex. Sejak berita kenyataan Apex memutuskan pertunangannya dengan Aimie Harmelia (Elia)di harian metro semalam , bermacam spekulasi yang di keluarkan samaada dari pihak Apex mahupun pihak Elia.Tidak cukup dengan itu hari nie keluar pula kenyataan bagi pihak Elia menyuarakan rasa tidak puas hatinya mengenai kenyataan yang di berikan oleh Apex.

Ya allah berat sungguh dugaan yang mereka lalui. Dugaan di alam pertunangan memang sangat mencabar , antara kuat dan tidak je kita mempertahankanya. Apa yang terjadi di antara Apex dan Elia telah di tentukan yang jodoh mereka hanya setakat ini sahaja .Terimalah seadanya dan anggaplah apa yang terjadi adalah satu kesilapan yang datang dari diri masing². Perbaikilah kesilapan itu agar kelak kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi.

Bawalah berbincang secara baik dengan kedua belah pihak sekiranya dengan memutuskan pertunangan ini adalah jalan terbaik bagi mereka tapi janganlah pula saling menuding jari , salah menyalahkan antara satu sama lain. Tak ada gunanya! Ambil lah langkah bijak untuk menjernihkan keadaan tapi bukan menyatakan kepada media. Kadang apa yang di sampaikan dengan apa yang di terima mungkin tak sama. Jadi berbincanglah dari hati ke hati. At least apa yang cuba di sampaikan dapat di terima oleh pihak satu lagi dan ianya tidak di salah ertikan.

Kepada peminat² Apex mahupun Elia janganlah kalian terus tuduh menuduh mahupun bercengkam lidah di atas apa yang terjadi di antara Apex dan Elia ini. Aku lihat dari semalam sampailah ke hari ini masing² tak henti² menuding jari. Ingat satu je kita sebagai manusia hanya mampu merancang! rezeki, ajal , jodoh semua di tangan Allah. Perancangan Allah adalah yang terbaik dan ianya pasti akan berlaku.Jadi tak perlulah mempertikaikannya dan menyalahkan sesiapa.Kita sememangnya tidak layak menentukan pihak mane yang salah dan benar jadi biarkan mereka menyelesaikan masalah peribadi mereka.Kita sebagai peminatnya hanya mampu berdoa yang terbaik untuk mereka dan tidak perlulah menyindir mahupun mengeji mana².

Sekadar pandangan peribadi! Selamat berpuasa dan beramal di bulan Ramadhan yang mulia dan di berkati nanti. Sudah²lah nak menuduh tu ye ingat ni permulaan kita berpuasa jadi kurang²kanlah memperkatakan perkara yang tidak baik dan banyakkanlah berbicara perkara yang boleh meningkatkan amalan kita..



16 comments:

BeloG MTT said...

Semoga Allah menemukan jalan yang terbaek untuk mereka berdua..Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya..

Keduanya ada salah dan silap yang mereka dah pon lakukan tanpa sedar atau pon tak..Apa pon doakan yang terbaek buat mereka berdua..Amin :)

Selamat berpuasa Amy .. :)

Alin Marlini said...

Jodoh ditangan Allah. Jika kt ditakdirkan hy utk betunang jek..dah tertulis. harap2 jodoh kita & suami kita berkekalan ye mi..

Selamat Berpuasa mi...

bunga_rose said...

zaman bertunang mmg byk dugaan kan.. takpela masing2 pun muda lagi... klu ada jodoh tak ke mana gak kan amy..

Panglima7 said...

Nasib baik bulan pose..kalau tak panglima dah komen dah

sarah-najwan said...

doakan yg terbaik utk mereka walaupun mereka sudah tidak terikat sbg tunangan..

pasti ada sebab musababnya..hanya mereka berdua yg mengetahui..

Semut Senyum said...

aisey man... nape la ngan dorang2 yang dikenali oleh rakyat malaysia ni... seblum tunang tu fikir btol2...
tapi mcm senang2 je putus....

mrs kayrul said...

harapnya dengan ketibaan ramadhan nie akan memberi penyelesaian terbaik untuk diorang

Hanis Azla said...

betullah.. hanya mereka yg tahu apa masalah yg sebenar dlm hubungan mereka.. jdnya kita pun tak boleh ikut menunding jari sbb kita langsung tak tahu salah benarnya.. kita doakan yg terbaik buat mereka..

Selamat berpuasa amy..

ozzy said...

Salam Ramadhan & Selamat berpuasa..

Banyak faktor sebenarnya selain dr wujud org ke3 spt yg didakwa.. biasalah darah muda & bercerita di akhbar juga bknlah jln terbaik.

sahromnasrudin said...

semoga mereka berdua menerapkan semangat probitas et fides ( kesetiaan dan kejujuran)dalam memberi kenyataan..
jangan saling menyalahkan apabila jodoh sudah tiada...

kurus said...

kita lihat sahaja .. bercakap pun x guna kan .. doakan jika ini yg terbaik buat mereka .. insyaallahhh pasti ada hikmahnya ...

masalah mereka kita nampak dan komen .. masalah kita sape nak kesah kan huhuhuhuhu

selamat berpuasa dik ! :)

Fazleyatul Aini said...

semuanya dah ditentukan DIA

eima said...

tatau la nk komen pe...

Myra Jay said...

Ada hikmah tu atas semua yg berlaku..
Apapun moga Apex & Elia tabah..

azwa amani said...

semoga diberikan petunjuk agar peroleh jalan yang baik untuk kedua-duanya..

Sheherazade said...

suratan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign